Dah lama aku tak update pasal band..Ok terbaru ni Toxic Toy akan main di Singapura..Bila dapat tau perkara nih dalam beberapa bulan lepas, aku dah rasa teruja sebab dapat pergi sana terutamanya melakukan persembahan kugiran..Ini semua atas jemputan Akiff dari band Random Arrival yang berasal dari Singapura..perkenalan dan sama-sama menjayakan gigs di Melaka membuahkan rasa minat di antara kami..minat yang macam mana tu?minat muzik yang menyatukan kami.Punk Rock.tak sangka rupanya ajakan Akiff bukan omongan kosong..Rupanya dia aktif juga dalam mengajurkan aktiviti kugiran di sana..
Dan kali ni, aku mengajak isteri untuk turut sama pergi ke Singapura.kebetulan masa kerjanya terluang.tiada halangan kali ini dan seterusnya kami perlu buat pasport untuk ke sana.Bila mana nak kena buat pasport tu mencuakkan diri aku kejap.pasal apa?sebabnya takut tak boleh ke luar negara di sebabkan sekatan dari PTPTN.leceh betul.nasib cek senarai blacklist nama aku dan Ellia tidak terlibat.mungkin belum lagi..dengan kepercayaan itu, kami membuat pasport dengan perasaan teruja.Bukan apa, selain ke Singapura mungkin di hujung tahun boleh pergi ke mana-mana destinasi lain pula..dapat pergi ke Bali pun da cukup bagus..Abang aku pun setiap tahun pergi ke Indonesia, kali ni aku mesti ikut dia!Al Maklumla pasport dah ada kan.
Berbalik pada show di Singapura ni nanti, dalam minggu ni aku giat praktis..dengan kesempatan masa yang ada aku gunakan untuk mengocok-ngocok tali gitar aku.Mengikut alunan lagu Punk Rock ciptaan Man Ken Ron..dah seberapa lama tak jamming bersama.memasing dengan agenda hidup sendiri.tapi sekali lagi muzik menyatukan kami..Khamis malam barulah Man akan ke KL dan malam tu kami akan praktis..persediaan memang perlu, demi menjayakan show di singapura..walaupun agendanya berhibur selain itu dapat jugalah berkenalan dan tukar-tukar stuff ke.. Ini adalah kali pertama kami ke Singapura.kali pertama Toxic Toy begitu jauh menjelajah dan bermain muzik.Jadi, Ini perlu di pandang serius.kami kena berikan persembahan yang terbaik.
Kali ni juga kami menjemput Boy dari GGK untuk sama-sama memeriahkan Toxic Toy.hehe sebenarnya untuk bantu aku yang selalu tersalah chord bila bermain di khalayak..dengan bekap dua gitar juga boleh dapatkan sound yang lebih padat dan harmoni..Terima Kasih Boy sebab ko mau join..Goyang jugak ni aku nak main kat sana..sebab kali pertama.Tapi dengan ada Boy aku ok sikit..Tambah pulak Boy sudi bagi khidmat kenderaan beliau..setel masalah tansport.Asalnya nak pergi ke sana menaiki keretapi dari sentral.Tetapi tiket dan penuh pulak, lepas tu nak naik bas, tetapi kami rasa goyang la pulak nak naik bas..akhirnya keputusan di buat dengan menaiki kereta sahaja..dua biji kereta.kereta Ellia dan Kereta Boy.lepas tu cadangnya nak singgah di rumah Yanti di JB dan esoknya menaiki Bas masuk Singapura.Mungkin itu plan yang terbaik buat masa ini..
Tengok kat Flyers tu.Betapa penghormatan diberikan kat Toxic Toy.Tulisan besar-besar pulak tu.Malaysian Punk Rockers dan opening band datangnya dari band-band singapura.Betul-betul kami rasa macam budak sekolah yang baru pindah ke sekolah lain dan dikerumuni oleh Budak sekolah yang hensem-hensem dan cantik-cantik.Macamlah kami ni band yang besar dan bagus sekali di Malaysia.Walhal, Kami ni amatlah barainya dan kelu/kaku bila melakukan persembahan..tapi apa ada hal, dah orang ajak,pergi jelah..timba pengalaman.hehe
Buat sesiapa yang nak join.Marilah ke Singapura sama-sama..Meriah-meriahkan walaupun venuenya di Studio sahaja.kira ok lah tu sebagai permulaan.

power lah!! nama toxictoy je beso. headline!
BalasPadamhmm anehnya tiada contact no penganjur... lain kali toxictoy perlu mantapkan pengurusan...=p
BalasPadam