Ahad, 4 Julai 2010

Nasib.

Kadangkala kita boleh tengok nasib kita ni macam mana.Sepanjang hidup kita selalu diberikan "warna" yang pelbagai..tak selalu nya baik..tetapi baik ke buruk ke ia tetap merubah hidup kita..jadi kaya, miskin, cacat, sempurna, gembira, sedih..

Cuba flashback balik apa yang kita dah buat tu betul-betul datang dari nasib ke tak? Betul tak ada usaha tangga kejayaan?

Permainan dunia kadang-kadang menjadikan kita boneka yang sempurna..ke mana kita sudah ditentukan arah tujunya..nak keluar rumah melintas jalan, kalau bernasib baik tak selisih dengan lori..kalau nasib malang dah la kena langgar depan-depan, di gilis sampai terburai perut lagi..dapatla sikit nyawa-nyawa ikan,masih diberi peluang bernafas dan hidup..

Baru nak cakap lega..dah dipertaruhkan lagi nyawa tu dengan kena pulak patukan dari ayam yang berada di tepi jalan..dia ingatkan makanan pagi..awak dahla terbaring tak bermaya lagi mengharapkan bantuan sekeliling..ayam tu dia gigit usus perut..dicarik-carik berebut dengan kawan...bawa lari jauh-jauh..hempedu pecah,pahit direjectnya..pilih yang lagi sedap ala-ala rupa bentuk cacing kerawit..

pedih woi kena macam tu..nak pulak terbelit-belit usus dibuatnya..dah la di beri peluang bernyawa lagi..kaki putus ni..takpe asalkan boleh lagi hidup..dalam fikiran baru nak terbayang "takpe,Alhamdulillah..", janji boleh juga tengok tv kat rumah..dah ayam pulak buat spoil..hmm malangnya nasib camtu..

baik mati.pejam jelah mata tu..tunggu dalam 2,3 minit lagi betul-betul tak tahan..matilah tu nanti...

**********************

p/s : sebenarnya aku nak cerita, baru-baru ni aku bernasib baik..dah dua kali hampir terlepas bas untuk balik ke Shah Alam..tapi akhirnya berjaya juga di sebabkan dah nasib aku BAIK!!..syukur..

ini semua kes nak saving dari balik jumpa bini naik kereta sendiri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan