Selasa, 19 Julai 2011

Takut.

sekarang aku merasa takut! Aku berdebar tengok kalendar. berdebar tiap kali dengar telefon aku berbunyi di tempat kerja. Berdebar melihat jam. berdebar melihat huruf "H". berdebar untuk tidur nyenyak. Berdebar setiap kali memandu dan terakhir berdebar mendengar satu "suara" sakit & "suara" kecil.

Isnin, 18 Julai 2011

Taklimat.

Perjalanan karier sebagai "jaga" di library sini memang mencabar Fuad. Sepanjang beberapa tahun berjuang di sini, Fuad dah banyak tempuhi bermacam jenis penangan sesungut zombi-zombi. Tetapi kali ini cabarannya sangat berbeza & lebih mencabar.kerenah zombi rupanya tidak lah berat cabarannya jika nak dibandingkan dengan ciptaan kerja yang perlu ditanggung oleh Fuad. Tekanan dari jeneral-jeneral atasan membuatkan Fuad naik jari tengahnya secara automatik. Fuad bukan jenis berjuang secara terbuka, Fuad jenis haluan kiri. Fuad diperintah untuk memberi makan pagi, petang sampai malam ke atas zombi-zombi. Selepas ini, Fuad harus membina kubu.Medan pertempuran Fuad selepas ini akan menjadi semakin luas dengan jumlah pejuang yang sedikit terpaksa menghadapi ribuan virus spek mata zombi-zombi. bukan itu sahaja..

Hari ini Fuad menerima pula perintah dari jeneral supaya pejuang-pejuang seangkatan seperti Fuad harus menjadi library representative memberikan taklimat kepada zombi bila mereka masuk library nanti. Fuad bukan jenis banyak bercakap. sehari boleh dikira berapa patah perkataan saja yang terpacul dari mulutnya. Inikan pula mahu memberi ribuan patah kata dalam taklimat? Fuad adalah pejuang, bukannya penceramah. Fuad tak hinginkan SKT seperti yang ditawarkan. Fuad tahu itu hanyalah agenda semata-mata. Tetapi Fuad & friends tunduk menurut perintah. bayangkan status "Jaga" selepas ini menjadi "pengajar". Alamat kelu lah lidah Fuad menyusun ayat berhadapan zombi nanti. Lihatlah betapa masyurnya pemerintahan jeneral Fuad.Library glamor ini akan menjadi pusat disko kegemaran zombi.Adakah Fuad sudah bersedia?..