Selasa, 5 Mac 2013

tanda tanya

Kenapa manusia zaman sekarang masih memilih perang sebagai jalan penyelesaian atau jalan untuk mendapat kuasa? Dah tahun 2013 pun masih lagi tak peduli akan keburukan perang. kalau seorang di bunuh, maknanya akan terus berhenti ke pembunuhan? Harini Ahmad bunuh Ali, kemudian adik Ali, Abu akan duduk diam diri? tak bersedih? manusia dikurniakan satu perasaan iaitu dendam. Ditambah pulak dengan usaha, dan di tambah pulak dengan hasrat kemudian disusuli dengan cara. maka akhirnya Abu tewas kepada desakan hasrat dan dendam lalu membalas dendam dengan membunuh Ahmad.

hasilnya kerabat Ahmad pulak juga seorang manusia, lalu hasrat dan dendam jugak terpendam. hasilnya diserang kembali kerabat Abu, lalu perang dendam sebenarnya tercetus. Semua ni kan akhirnya akan berakhir dengan pertumpahan darah. bukan senang nak melahirkan manusia, dikurnia nyawa. tapi begitu mudah diputuskan nyawa dengan tewas kepada akal.

Apa salahnya diselesaikan tanpa melibatkan nyawa? kan ke nyawa tu hanya sekali bukan boleh di ganti ganti. kenapa perlu pilih pengorbanan yang macam ni di alaf kini? takde ke teori lain lagi untuk ganti nyawa sebagai taruhan? kenapa mainan politik harus melibatkan pengorbanan yang bernama nyawa baru berjaya?

Itu sebab la ada penggiat buat filem pasal perang. tayang kedahsyatan perang, kesan yang ditinggalkan hasil dari perang. semua ni dah di jelaskan dalam filem. apa askar tak pergi tonton filem? ahli politik tak pernah tengok filem perang? Orang tua orang muda terlalu sibuk untuk tahu apa itu perang? ke takut tengok orang mati dibunuh?hakikatnya naluri membunuh itulah yang digunakan bila keadaan terdesak.

Sebenarnya benarlah jika diteliti, lidah itu lebih tajam dari mata pedang. kenapa orang boleh hilang akal sehingga sanggup berkorban nyawa kerana mereka telah disihir oleh ideologi, di naikkan semangat badi dalam badan seperti orang yang dilahirkan semula, mempunyai kuasa, mempunyai gerento yang paling besar bahawa kematian bukanla apa apa demi masa hadapan. KATA KATA adalah senjata pemusnah yang terbesar mengalahkan senjata perang ditempat kedua. manusia yang mempunyai kata kata yang hebat adalah manusia mesin pembunuh yang paling dahsyat!