Memaparkan catatan dengan label buah fikiran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buah fikiran. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Disember 2011

Karektor.

Ada banyak jenis manusia. Ada banyak jenis karektor. tak perlu untuk terikut-ikut menjadi pelbagai-bagai jenis karektor. Hipokrit juga karektor. Tapi kebanyakannya masih mencari-cari apakah karektor diri sendiri. Jangan terlalu cepat untuk menilai orang lain punya karektor kerana manusia berubah-rubah. tak boleh lari dari stigma. tapi untuk jadi manusia yang tetap pendiriannya tak perlu ada sebarang kriteria. Jadilah diri yang semulajadi. Semua kena tengok pada pengalaman, gaya hidup dan mungkin sedikit sebanyak rujukan karektor dari biografi filem..


Kyung-chul

Daniel Plainview

Tony
Kakihara
Anton Chigurh
Driver
Johnny

Jumaat, 9 Disember 2011

teladan

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”

Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
>Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Selasa, 21 September 2010

Bang!

Licik mana pun buat jahat, akhirnya mampos jugak.
sapa yang paling jahat antara penjahat?
tapi yang ada karisma lebih prolifik..
teknik pembunuhan tak semestinya menjadi jagoan..
yang penting tak ditangkap atau dibunuh..
itu baru hebat..

Man Bites Dog (1992)arahan/lakonan sendiri Rémy Belvaux.

filem mockumentary black komedi secara hitam putih dari Perancis yang berkisarkan krew pembikin filem menemuramah Benoit, seorang pembunuh bersiri yang berkarisma, hati kering, tak makan belacan dan gila babeng jahat..bukan saja temuramah malah mereka krew-krew ni mengikuti Benoit dan merakam sendiri aktiviti-aktiviti pembunuhan yang secara spontan..mereka merakam di crimescene setiap modus operandi pembunuhan Benoit. Macam-macam terjadi sepanjang merakam aksi tembak-menembak yang Benoit lakukan termasuk ada krew yang menjadi korban akibat tindakan tembak-menembak antara geng-geng kongsi gelap..

Benoit, nampak seperti orang biasa,kelakar, skema,tapi memang otak dia gila..seorang yang licik, hebat, berani dan berpegang teguh pada falsafah..juga seorang pemuzik klasikal yang hebat! apa yang dia rasa tak betul dia akan lawan, bunuh..apa yang dia marah pada masyarakat..dia akan bunuh..apa yang dia tak puas hati dia akan bunuh..bosan je..dia akan bunuh..termasuk la nenek tua yang mana dia secara tiba-tiba masuk ke rumah nenek itu dan bunuh tanpa sebab nenek tu..kekejaman Benoit semua dirakam sendiri oleh krew-krew yang secara tak langsung bersekongkol terlibat menjadi kompromi Benoit..

filem ni memang Unik, sama ada anda akan menyukai Benoit dengan falsafahnya atau anda akan membenci gila Benoit kerana kekejamannya..filemnya dark komedi, badget ciput tapi berkesan, realistik dan lakonan yang mantap hasil kerja pengarah yang berlakon sendiri..pengakhiran cerita buatkan aku teringat cerita Cannibal Holocaust dimana video kamera yang dirakam terjatuh dan merakam sendiri juruvideo mati di tembak..

layan trailer ni..


Selasa, 20 Julai 2010

tukar.

Sejak kena duduk di kaunter menguruskan buku pulang dan pinjaman, aku dah menyampah dengar perkataan buku. Sampai tengok kat blog aku ada perkataan buku..aku rasa nak tukar.
aku gantikan dengan Brains!!..quote yang aku ambil dari movie zombie Return of the living dead..bila mana zombie sedang ketagihan daging manusia,sambil mengejar manusia sambil berkata "brains!Brains!"...macam tu jugakla zombie di library aku ni yang dahagakan brain!brain! dengan menyedut lemak-lemak yang terdapat dalam buku!

The Return of the Living Dead (1985)


Mr.Tarman

Rabu, 12 Mei 2010

Mak & Mama

Ini adalah story hari Ahad yang lalu.
Hari Ibu sedunia.
Dalam pukul 5 pagi lepas balik dari Gigs kat Ipoh tu..sampai umah terus aku rehat dan lelap.
Aku tak tau lah pukul berapa boleh bangun ni, ingatkan sampai rumah dalam pukul 2,3 pagi ke..tapi dah lepak lupa la pulakkan,lagi pun aku pun menumpang, tak bawak kete sendiri.ikut je lah diorang semua.

Sebenarnya hari Ahad tu aku nak jumpa family & Mak aku.Mak aku datang KL.jadi kesempatan yang ada bolehla aku hang out.lagi pun Mothers day kan?
So, inilah program aku yang menyebabkan aku nak balik awal dari Ipoh & tak leh nak join kawan-kawan lama di Ipoh tu..

Mak aku datang KL ni pasal adik aku pun masuk hospital..tapi everything dah ok dah..mujurlah aku sedar dalam pukul 12.00 tghari tu..kalau ikutkan tido sampai petang pun tak cukup, langsung tak jalan program..Aku terus Call mak dan dia ada kat Bndr Tun Razak rumah abang aku..terus aku siap2 pergi ke sana dan mengajak isteri aku..aku ke rumah Mertua dulu nak jemput Ellia..kemudian wish Happy Mothers Day to Mama.

lepas tu gerakla kami ke KL, dan jumpa Mak & family Abang Long, makan-makan..kemudian layan Drama kat TV, Mata aku masih ngantuk tapi gagahkan juga..sambil rehat-rehat kat rumah tu..kemudian Mak ajak keluar..Dipendekkan cerita kami pun keluar dan akhirnya destinasi kami ke Hospital Serdang untuk berjumpa adik aku..sampai je sana rupanya dia dah balik rumah pulak..kami pun patah balik..dan akhirnya dapat juga jumpa adik di kedai Mamak kat area rumah Abang Long..kemudian dalam 5 minit lepas tu, Abang aku Cikgu Lias pun join juga minum-minum..kami sekeluarga pun hang out borak-borak.hmmm..tetiba aku terfikir...

Aku rasa pada hari ibu, "kalau boleh kita bukan setakat mengucapkan saja "selamat hari ibu"..marilah kita pada hari tersebut jumpa ibu jika berjauhan dan meluangkan masa bersamanya..dan jadikan hari itu hari yang istimewa yang menunjukkan penghargaan kita dan komitmen kita kepada ibu"..

Macam situasi aku ni,aku sekarang dah ada dua "ibu".hehe..jadinya aku dah plan sebelah siangnya untuk mak dan sebelah malam untuk Mama..Jadi malamnya lepas dah ucapkan selamat tinggal dan jaga diri pada mak, aku & isteri pun nak pulang untuk jumpa mama..sambil makan-makan..tapi tak plan untuk makan di luar pun..cukuplah kat rumah jer..jadi kami pun beli bungkus satey kajang kat R&R Awan Besar..beratur punya panjang tapi apa ada hal,..janji enjoy makan satey malam tu.yeah!..

Demikianlah ye cerita aku menyambut hari Ibu dengan Mak & Mama..Mungkin aku takde hadiah tapi cukupla aku dapat bersama mereka.Aku harap mereka gembira.

Jumaat, 30 April 2010

Prihatin.

Pagi tadi masa nak pergi kerja aku layanla MTV kat TV kan, pastu munculla video klip lagu Harapan Tanpa Suara nyanyian artis-artis Malaysia pasal kempen prihatin yang motifnya untuk memberi kesedaran dan pencegahan pembuangan bayi..



Jadi, terlintasla kat kepala aku ni pasal berita-berita yang selalu ditengok, dibaca, didengar kat media-media..yelah memang gejala yang sudah semakin meruncing..sesiapa pun yang punya Otak mesti sedih, marah & simpati dengan perkara ini..Kenapa ada manusia yang sanggup buang malah ada yang bakar bayi itu kan..apalah dosa.tetapi sebagai masyarakat apa pula tindakan kita?

kempen yang dijalankan tu berhasil ke?
berita pembuangan bayi tetap keluar...

perkara ini bermain di fikiran aku sambil aku memandu kereta..Aku tak mahu melihat pada perkara yang besar-besar..cukuplah aku melihat di persekitaran yang berlaku pada keluarga aku, jiran-jiran..dimana gejala sosial yang berada di mana-mana..mempengaruhi juga keluarga aku..terjadi kepada adik aku..tetapi aku tak mahu mengulas lanjut di sini..

Yang penting di sini adalah mangsa itu..bayi itu..jagalah elok-elok seperti juga kisah kucing di kampungku..yang aku rasakan patut menjadi ikon kepada konsep "‘anak orang anak kita’."

Ibu kucing dalam gambar ni, mempunyai 3 ekor anak je..kakak aku menjumpai 2 ekor anak kucing yang dibuang tidak dibela oleh manusia..lalu dia ambil bawa balik..(dalam gambar yang berwarna putih tompok tu..) kesian jer tengok anak kucing tu mengiau-ngiau nak susu ibu kucing..lalu kitorang ni cuba lah ambil anak kucing ni dan bawa ke ibu kucing ni untuk menyusu sekali dengan anak dia..betapa terkejutnya kami di mana ibu kucing ni baik betul bagi anak kucing yang lain ni menyusu dengannya..dan sampai sekarang pun si ibu kucing ni memberikan belaian sama rata kepada anak dan anaknya yang baru itu...

Apakah nilai etika kucing lebih bagus dari manusia zaman kini?
ataupun kasih sayang itu terhapus disebabkan banyak sangat tengok cerita horror/ gore?
ataupun sebab kucing tak digoda syaitan berbanding manusia?
ataupun having fun?..

Khamis, 29 April 2010

mudah.

Cerita yang nak aku kemukakan ni amatlah mudah. Semudah kelip mata, dan tak perlu di fikir panjang..tapi kenapa perkara mudah kadang kala tidak dianggap mudah?

Terpulanglah kepada orang itu kerana ini hanyalah riadah..tetapi sebabkan dah memang orang itu mudah untuk malas. Jadi perkara yang mudah tidak di endah dan bukan satu kesalahan pun..sikap mudah itu takdelah menyusahkan..tetapi perkara lama memang bukan mudah untuk di jadikan perkara baru..Aku pun kadang kala leka akan perkara yang mudah-mudah. kerana tidak dipermudahkan dari dahulu..sudah tabiat..memang perkara ni mudah diungkapkan dengan pepatah ini

" bersusah dahulu bersenang kemudian "

Jawapan mudah kepada perkara yang aku asyik susahkan dari tadi ni adalah peristiwa aku pergi Ke masjid untuk bersembahyang Jumaat tadi..hehe..memang majoritinya nak masuk ke masjid selipar di letak menghala ke arah masuk masjid..kerana...mudah bukan? takde masalah pun..

tapi kalau cuba bila nak masuk ke masjid selipar diletakkan menghala ke arah untuk keluar masjid...mudah juga kan? susah ke? aku cuba la lakukan perkara yang memang kadang-kadang aku lupa buat.

OK keadaan bila sudah selesai semua keluar ke masjid apa jadi?..sama saja kan..tetap boleh pulang dengan jayanya..tapi aku rasa aku lebih mudah dan cepat untuk keluar kerana aku sudah permudahkan terlebih dahulu ketika hendak masuk masjid tadi..

Jadi aku rasa ini adalah amalan yang menunjukkan sikap tak perlu untuk mudah..kerana malas menjadi mudah..tak perlu disusahkan perkara yang mudah..tetapi kesannya adalah seperti pepatah di atas tadi..itulah realiti.