Khamis, 24 Februari 2011

Lumat.

mak!..lumat! mak!..lumat!.Maklumat!

Apa perbezaan pepatah di bawah?

"seperti telur di hujung tanduk"

"seperti tahi di hujung jubo"

maknanya : dah dekat dah! esok lusa je ni weh!

Isnin, 21 Februari 2011

SEMAK




Penulis merasa rimas, zombie-zombie makin buat kacau. mereka sudah semakin berani untuk memasang strategi melumpuhkan tamadun manusia.mereka memancing umpan untuk memilih yang terbaik di kalangan mereka..sungguh berani meletakkan gambar-gambar yang menggelikan di depan library. Ini memberi tanda bahawa mereka akan menyerang tempat ini tak lama lagi.

Secara senyap-senyap penulis menyusup keluar dari library, diam-diam mencarik sekeping untuk melihat sapa bakal "kepala" mereka nanti..betapa terkejutnya penulis apabila melihat gambar ini!
Dia ni memang ganas! sudah 3,4 kali penulis pernah bertembung dengan makhluk ni!dia punya style serang memang lain macam! sebelum cekik, carik kulit, dia terlebih dahulu memberi pantun 2 kerat, dan menyoal soalan matematik tajuk calculus!

Nampaknya, kita kena lebih berhati-hati!

Jumaat, 18 Februari 2011

Perihal.

Hari ini Kasim nak pergi Cash Converters . Harini ni hari pertama kedai ni dibuka cawangan dekat seksyen 9, Shah Alam..Dulu Kasim memang suka berkunjung ke Cash converters ni, masa tu Kasim tinggal dekat Ampang..Asal ada masa je jenguk cash converters, ada masa je usha barang apa yang masuk untuk dijual. Kasim tak jual barang, Kasim suka beli barang. lama ke tak lama ke tu tak kisah.

Kasim memang suke kolek barang-barang murah yang "rare", ada nama, terpakai, sebab mampu, kadang-kadang rasa untung jugak dapat beli barang bagus dengan harga murah. Kena dengan gaya, orang boleh respek wo cammane Kasim boleh mampu dapat barang-barang power yang kalau kat kedai sebenar,mahal harga dia.

Ada satu ketika tu, "luck" Kasim memang ada. sesuai dengan duit poket yang ada pada Kasim, Kasim dipertemukan mata dengan barang..barang kesukaan di depan mata, melambai-lambai meminta duit dalam poket Kasim untuk meng"grab"nya..kamera jenis DSLR yang ada nama, tapi murah, sedia untuk dimiliki Kasim. Tanpa menoleh kanan kiri, kasim menewakal tanda rela untuk beli, sebab satu keunikan beli barang terpakai ni adalah kita kena reda dan kental jiwa terhadap kondisi barang tu.Main yakin je yang barang tu berfungsi dengan baik. dah kata pun seken hand.lagi satu style beli kat cash converters ni adalah sapa cepat dia dapatlah..

Kalau tangguh beli, kemungkinan tak dapat dah barang ni dengan harga ni dik, itu la keunikan kedai barang terpakai. bukannya ada stok melambak..esok lusa masuk barang jenis lain pulak..Kasim kini sudah semakin bergaya dah, da banyak barang yang dia nak beli, dia dah beli.peduli la barang seken class ke, seken hand ke, janji apa barang yang diimpikan dapat, kualiti pun tahap ok.memadailah kan.

Kasim, warrior of barang terpakai, sekian.

Terkini

Lama dah tak letak gambar mayat atau orang kena seksa kat sini. kata keras tapi lama-lama blog ni turut mempunyai perasaan ihsan nya.Agaknya mungkin mengikut perasaan penulisnya tatkala ini.Penulis dibatasi dengan remeh-temeh kehidupannya..dihiasi dengan padat kehidupannya kini. macam musim bunga yang boleh dipetik untuk dijual di kedai-kedai bunga. terlalu banyak berjambak-jambak. inikah dikatakan bahagia, sebab mengimaginasikan sekuntum bunga?

Tahilah. mana ada itu semua. tunggula sikit masa lagi.kekerasan seketul batu akan terkeluar dari serpihan kulit manusia yang sudah mati..masa itu penulis sedang ditimpa kemurungan.banyak bende yang sangkut. banyak benda yang terjerumus ke kancah masalah. masa tu, hidung pun dah tak rupa hidung, telinga dah bernanah-nanah, pusat dah hampir besar ditebuk....mmm ditebuk drill..

sebabnya, rumah penulis belum sempurna. sekian.

Isnin, 7 Februari 2011

Band.

Shiela baru nak buat band grindcore..die jadi vocalis, imej ala-ala baju kelawar macam surirumah..corak-corak batik terengganu.Shiela sekarang perlukan pemain drum dan gitaris.itu je.lain tak perlu.suara merdu-merdu pun tak perlu.sebab dari awal sampai akhir lagu Shiela cuma jerit meroyan je..tapi lirik Shiela bikin memang mantap.Cukup utuh,cukup buat orang insaf,.

Masalah sekarang ni, kawan-kawan Shiela banyak yang dah kahwin.kawan baik Shiela"Jenab",dia jelah jadi harapan untuk dia tarik buat main gitar..walaupun tak terer.dapat keluar bunyi dari gitar dengan power chord dah cukup buat Sheila naik gila naik syok layan nyanyi.Drummer pulak ada la kawan Shiela boleh main, tapi masalah nya die duduk jauh.kalau setiap kali nak jamming shiela kena jemput ambik drummer.Drummer shiela cacat,kaki sebelah kiri dah kena potong.sebab gaduh dengan penyamun.takpe, kaki kanan sihat. boleh tekan lah pedal..siap sodok lagi..itu pun dah cukup, janji boleh tempo laju..

fikir Shiela, dah banyak lagu dia bikin,tinggal nak praktis dan release je dengan bantuan kawan-kawan dia.Shiela cukup semangat dah.ada dalam 20 lagu nak ditunjukkan dekat kawan dia..Shiela fikir semangat-semangat je tak guna kalau tak bagitau sekarang kat diorang..

Baru je nak call member, tiba-tiba Shiela tersedar lepas dengar bunyi anak kecik shiela meronta-ronta menangis..Hoi ko gila!..pantang tak habis lagi dah nak buat band!!