Isnin, 7 Februari 2011

Band.

Shiela baru nak buat band grindcore..die jadi vocalis, imej ala-ala baju kelawar macam surirumah..corak-corak batik terengganu.Shiela sekarang perlukan pemain drum dan gitaris.itu je.lain tak perlu.suara merdu-merdu pun tak perlu.sebab dari awal sampai akhir lagu Shiela cuma jerit meroyan je..tapi lirik Shiela bikin memang mantap.Cukup utuh,cukup buat orang insaf,.

Masalah sekarang ni, kawan-kawan Shiela banyak yang dah kahwin.kawan baik Shiela"Jenab",dia jelah jadi harapan untuk dia tarik buat main gitar..walaupun tak terer.dapat keluar bunyi dari gitar dengan power chord dah cukup buat Sheila naik gila naik syok layan nyanyi.Drummer pulak ada la kawan Shiela boleh main, tapi masalah nya die duduk jauh.kalau setiap kali nak jamming shiela kena jemput ambik drummer.Drummer shiela cacat,kaki sebelah kiri dah kena potong.sebab gaduh dengan penyamun.takpe, kaki kanan sihat. boleh tekan lah pedal..siap sodok lagi..itu pun dah cukup, janji boleh tempo laju..

fikir Shiela, dah banyak lagu dia bikin,tinggal nak praktis dan release je dengan bantuan kawan-kawan dia.Shiela cukup semangat dah.ada dalam 20 lagu nak ditunjukkan dekat kawan dia..Shiela fikir semangat-semangat je tak guna kalau tak bagitau sekarang kat diorang..

Baru je nak call member, tiba-tiba Shiela tersedar lepas dengar bunyi anak kecik shiela meronta-ronta menangis..Hoi ko gila!..pantang tak habis lagi dah nak buat band!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan