Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Disember 2011

Karektor.

Ada banyak jenis manusia. Ada banyak jenis karektor. tak perlu untuk terikut-ikut menjadi pelbagai-bagai jenis karektor. Hipokrit juga karektor. Tapi kebanyakannya masih mencari-cari apakah karektor diri sendiri. Jangan terlalu cepat untuk menilai orang lain punya karektor kerana manusia berubah-rubah. tak boleh lari dari stigma. tapi untuk jadi manusia yang tetap pendiriannya tak perlu ada sebarang kriteria. Jadilah diri yang semulajadi. Semua kena tengok pada pengalaman, gaya hidup dan mungkin sedikit sebanyak rujukan karektor dari biografi filem..


Kyung-chul

Daniel Plainview

Tony
Kakihara
Anton Chigurh
Driver
Johnny

Rabu, 14 Disember 2011

Layan!

Sekali pandang aku tengok dah banyak tulisan sangat dekat blog ni.okay taruk sikit gambar lah,tadi aku baru habis tengok filem-filem horror 2011 ni.layan!

Hostel part 3




Wrong Turn 4




The Human Centipede 2




Dari ketiga-tiga filem ni, aku paling suka Human Centipede 2!!

Selasa, 28 Jun 2011

Culik

Apabila menonton the Chaser, pemikiran aku terkenangkan kehilangan Mila.Apalah nasib yang menimpanya, kena culik ke..kena bunuh ke atau sesat jalan pulang? Tambahan pula kehilangan Mila semakin menimbul spekulasi bila menonton filem-filem penculikan seperti di bawah ini.

Man of Vendetta (2010)


penculik yang licik, selama 8 tahun menculik dan membela budak ni.
Seorang yang kejam, prolifik, membunuh untuk wang & untuk mendapatkan hiburan semata-mata

Memories of murder (2003)

2 orang detektif yang hampir gila untuk menangkap penculik dan pembunuh bersiri yang licik.
tapak pembunuhan, pembunuh masih bolos dan bebas.

The Host (2006)

Makhluk yang menculik kanak-kanak sebagai barang mainannya


Hebat.

The Chaser (2008)



The Yellow Sea (2010)


Kejar-mengejar. Ganas, garang. Pembunuhan besar-besaran.Sama-sama hebat.Tanpa belas kasihan dan korupsi. gandingan mantap pelakon Kim Yoon-seok dan Ha Jeong-woo dari 2 filem yang berlainan tapi dari seorang pengarah yang sama iaitu Na Hong-jin .Filem yang hebat dan patut ditonton untuk aktifkan otak dan gegarkan andrenalin.

Rabu, 2 Mac 2011

French

Antara filem horror kegemaran aku dari Perancis. watch if you dare!
3 hari termenung lepas tengok filem-filem ni!

1.irreversible
Cerita ni memang gila babi..pening kepala aku tengok..berpusing-pusing macam nak pitam..jahat betul jalan cerita dia. Rasa macam nak cari perogol@orang jahat dan sepak-sepak, pijak-pijak kepala! mudah kata, cerita ni memang buatkan korang banyak mencarut dan maki surat khabar metro atau jadi sayang je dekat wanita.seriously! tak percaya? cari cerita ni.




2. Inside/À l'intérieur.
hui cerita ni pulak, buat aku tak sedap nak duduk diam. tak selesa lah punggung nak lepak..perut rasa kena iris-iris je.tapi akhirnya aku suka dan boleh stabilkan diri.jangan bimbang..pada yang mengandung memang sesuai layan.sebab boleh kuat semangat nanti bila nak beranak..hehehe.
Gilalah kejam campur ngeri! senang cakap! pyscho!fikiran terganggu macam rasa nak panjat pokok jer untuk menyorok.





3. high tension/ haute tension
Bangsat betul jalan cerita memang best. scene kejam-kejam dia memang dasyat.itu jer yang layan..yang lain bila korang dah biasa layan filem gore, korang akan jadi lali dan siap boleh makan kacang sambil menonton ok.Tapi masih cerita terbaik juga! jangan pandang rendah ok.sebab filem ni pakai darah banyak ok.sila hargai.




4 Martyrs
erkss....rasa kulit macam kena siat-siat masa tengok cerita ni.!Jalan cerita agak berat dan sukar untuk fahami. tapi.jangan main-main dengan pisau ok lepas ni.. agak-agak nak siang ikan pun dah jadi takut..lagi satu, adus,scene dekat bilik air..ni buat malas nak mandi ni.cerita yang buat orang takut, sekian!


5.frontier(s)
Filem yang boleh buat orang hilang semangat nak mengantuk.nak derma darah pun mungkin akan takut selepas ini. Tapi positif nya. filem ni menunjukkan selagi ada nyawa di badan, kuatkan semangat anda untuk terus hidup..never give up, never surrender. sayangi wanita serta jangan pandang rendah terhadap wanita.darah berpeket-peket pakai dalam filem ni..jenis AB, O semua ada kot.



Ada banyak lagi filem yang lain. Tapi yang ini tetap lebih jahanam!

Selasa, 21 September 2010

Bang!

Licik mana pun buat jahat, akhirnya mampos jugak.
sapa yang paling jahat antara penjahat?
tapi yang ada karisma lebih prolifik..
teknik pembunuhan tak semestinya menjadi jagoan..
yang penting tak ditangkap atau dibunuh..
itu baru hebat..

Man Bites Dog (1992)arahan/lakonan sendiri Rémy Belvaux.

filem mockumentary black komedi secara hitam putih dari Perancis yang berkisarkan krew pembikin filem menemuramah Benoit, seorang pembunuh bersiri yang berkarisma, hati kering, tak makan belacan dan gila babeng jahat..bukan saja temuramah malah mereka krew-krew ni mengikuti Benoit dan merakam sendiri aktiviti-aktiviti pembunuhan yang secara spontan..mereka merakam di crimescene setiap modus operandi pembunuhan Benoit. Macam-macam terjadi sepanjang merakam aksi tembak-menembak yang Benoit lakukan termasuk ada krew yang menjadi korban akibat tindakan tembak-menembak antara geng-geng kongsi gelap..

Benoit, nampak seperti orang biasa,kelakar, skema,tapi memang otak dia gila..seorang yang licik, hebat, berani dan berpegang teguh pada falsafah..juga seorang pemuzik klasikal yang hebat! apa yang dia rasa tak betul dia akan lawan, bunuh..apa yang dia marah pada masyarakat..dia akan bunuh..apa yang dia tak puas hati dia akan bunuh..bosan je..dia akan bunuh..termasuk la nenek tua yang mana dia secara tiba-tiba masuk ke rumah nenek itu dan bunuh tanpa sebab nenek tu..kekejaman Benoit semua dirakam sendiri oleh krew-krew yang secara tak langsung bersekongkol terlibat menjadi kompromi Benoit..

filem ni memang Unik, sama ada anda akan menyukai Benoit dengan falsafahnya atau anda akan membenci gila Benoit kerana kekejamannya..filemnya dark komedi, badget ciput tapi berkesan, realistik dan lakonan yang mantap hasil kerja pengarah yang berlakon sendiri..pengakhiran cerita buatkan aku teringat cerita Cannibal Holocaust dimana video kamera yang dirakam terjatuh dan merakam sendiri juruvideo mati di tembak..

layan trailer ni..


Selasa, 20 Julai 2010

tukar.

Sejak kena duduk di kaunter menguruskan buku pulang dan pinjaman, aku dah menyampah dengar perkataan buku. Sampai tengok kat blog aku ada perkataan buku..aku rasa nak tukar.
aku gantikan dengan Brains!!..quote yang aku ambil dari movie zombie Return of the living dead..bila mana zombie sedang ketagihan daging manusia,sambil mengejar manusia sambil berkata "brains!Brains!"...macam tu jugakla zombie di library aku ni yang dahagakan brain!brain! dengan menyedut lemak-lemak yang terdapat dalam buku!

The Return of the Living Dead (1985)


Mr.Tarman

Sabtu, 17 Julai 2010

Keluarga

Oh kehidupan berkeluarga nyata berbeza..Aku sudah punya keluarga yang besar..bukan saja keluarga sendiri..tapi keluarga mertua lagi..komitmen juga berubah, Aku kena berada bersama keluarga jika ada sebarang peristiwa..tidak boleh pentingkan agenda sendiri..Aku sudah berkongsi hidup..dan aktiviti dilakukan bersama keluarga..waktu cuti lebih banyak isi..itu ini kena sama-sama tolong..tengok movie pun kena ada inspirasi keluarga sikit..kalau begitu apa kata tengok cerita ni?

love, music, horror..oklah tu kan?
dah mati pun happy kan..
aneh dan ikut suka dia la.

Citer yang unik ni ala-ala the sound of music + sweeney todd..Ia ada unsur komedi-horror..dengan slot-slot lagu karaoke riang-riang..tapi jalan cerita ada sedikit unsur komedi horror dan gore..pasal satu family ni menjalankan perniagaan rumah penginapan (hotel)...tapi setiap kali orang datang check in jer mesti mati..dan menyusahkan keluarga ni nak uruskan mayat diorang..masing-masing ada kisah tersendiri di kalangan ahli keluarga..cerita dia memang lain macam..Takashi Miike ni memang kaya dengan idea cerita yang pelbagai..tapi menten dengan trademark horrornya..tak kira la nak buat cerita seisi keluarga santai-santai pun tak terlepas dengan adegan gore dia.Apa pun yang penting mesejnya tetap berlandaskan nilai-nilai kekeluargaan..dan happy!