Memaparkan catatan dengan label mimpi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mimpi. Papar semua catatan

Isnin, 21 November 2011

Mimpi 2

Pendedahan mimpi #2.
(siri mimpi pertama di sini)

Semalam aku bermimpi macam terlibat dalam satu drama, atau mungkin filem yang tiada kesudahan ceritanya..(kerana hari sudah pagi dan aku bingkas bangun tido dengan tanda tanya).

Mengikut pada ingatan aku yang samar-samar ni,mimpinya lebih kurang macam ni, Ada satu kumpulan remaja, lelaki dan perempuan terlibat sama, tinggal dalam satu rumah, aku tak tahulah rumah sewa atau kem,tetapi nampak seperti kem...

Tetapi ada jugak kelihatan macam tapak kilang dan sekumpulan remaja ni juga seingat aku adalah kumpulan pekerja kilang, tetapi terdiri dari pemuzik dan samar-samar juga aku ingin katakan mungkin banduan kepada satu organisasi atau kumpulan penjenayah...kerana ada satu ketika dua orang remaja ini keluar rumah tetapi diburu oleh sekumpulan makhluk yang tak pasti samada manusia atau alien, atau robot, yang pasti ianya sememangnya ganas..mengejar dua remaja tadi..

Yang peliknya salah satu remaja yang terdiri dari lelaki dan perempuan ini kelihatan seperti kekasih, dan automatiknya watak lelaki itu tiba-tiba adalah aku, dan perempuan itu adalah isteri aku.pandangan kali ini adalah seperti wayang filem found footage di mana aku melihat pandangan goyang-goyang, seperti berlari, dan imej dalam kelajuan.Sambil memegang tangan kekasih,kami berlari ke sana kemari, dan aku masih ingat debaran melihat mahkluk yang seperti bayangan ini seperti memegang senjata berat tetapi tak melepaskan tembakan hanya mengejar.
Ada satu part ni dimana aku bersandar,menyorok di satu hujung dinding,kemudian aku mencapai batu dan menunggu bila muncul saja bayangan itu aku akan mengetuk kepalanya..

Kemudian pandangan aku tiba-tiba pada scene balik rumah, rumah sewa barangkali bersama-sama geng remaja awalnya tadi..kali ini seingat aku ada kumpulan yang bercerita ternampak hantu ketika hendak pulang ke rumah..

Ada juga scene di mana kami satu rumah ni mandi bersama-sama di mana rumah itu kelihatan usang pula, seperti mandi di kolej asrama,scene di bilik mandi dengan air pancut berderet sambil persekitaran kelihatan hutan, semak samun dan sekali lagi ada kelibat asing yang memerhati dan ahli-ahli yang mandi kali ni muncul imej orang yang aku kenali..(kawan aku yang tak perlu aku sebutkan di sini). yang bestnya kami mandi pakai spender tanpa segan silu dan bertukar-tukar sabun mandi..sehinggalah tinggal berduaan(lelaki) dan masa ni timbul perasaan seram.lagi sekali kelihatan imej memerhati, aku dan kawan aku tu bertanya sesama sendiri kemana lagi kawan-kawan yang lain pergi,kemudian aku menjeling di celah-celah semak dan hutan, kelihatan kawan-kawan yang lain tadi sedang enak bermandi swimming pool berbikini (wanita mat salleh kot) dan berspender bagi pihak lelaki.imej kali ni memang vintage dan seperti imej mat salleh sedang berparty sakan di dalam hutan sambil mandi kolam dengan gembira..

Pengakhiran cerita ini adalah sangat pelik, sebelum aku tersedar dari lamunan, aku dapat lihat imej yang seperti ending kredit di mana jelas sekali cerita yang aku mimpikan malam tadi adalah bertajuk " Cinta Amar Amir"dengan tulisan berwarna oren dan memakai font seperti airbrush.Ahhh..peliknya!

Khamis, 3 Jun 2010

Call.

Pendedahan mimpi. # 1

semalam aku mimpi...

" situasi kat dalam hutan atau kebun sape ntah..sebab macam ada ura-ura sebatang pokok durian.
aku ngan segelintir manusia kena tangkap, dijadikan tebusan kot..tak pasti..tapi dikurung dalam kandang.luas. siap dipagar ngan kayu..

yang aku ingat. maybe terorist, atau askar bintang 3, atau askar jepun.aku tak pasti.atau aku rasa penjahat dalam citer naruto kot.tak salah aku..sebabnya camni.

diorang saiko aku ngan beberapa tahanan..diorang bakar pagar tu ngan api.maknanya ini macam nak bakar kitorang(tahanan)..dah macam askar nazi pun ada ni..pastu sebelum api marak..aku tengok ada la segelintir tahanan yang lari keluar dari kurungan..berlari ke sungai belakang tempat aku ditahan..pastu ada yang menjerit baek lari dari di bakar dalam ni!

pastu aku terpandang seorang tua, die kata "aku taknak lari..korang larila..nanti kena bunuh!"
aku dapat lihat..3,4 orang yang lari tadi dikejar oleh kelibat manusia yang memegang pedang samurai..kejar semua tahanan yang lari..masa tu memang panik..aku tak tau nak lari atau nak stay..api makin marak..tetibe aku terlintas..dalam fikiran aku..mati la aku..pastu aku ada henpon..aku hanya ingat nak telepon bini aku jer..nak gitau yang aku maybe takle jumpa dia dah..genting ni, macam nak mati la kot..pastu aku call la..tak dapat-dapat..huh!..pastu aku dah gelabah..nak lari ke tak..ada yang macam boleh selamat jer kalau lari..

Tetibe henset aku berbunyi..vibrate die kuat giler..pastu aku tengok nama yang kol aku tuh!..eh!?SI GERSANG..?!
alamak, sapa nih?ingatkan bini aku kol..aku tak jawab..last-last aku lari jugak..kandang dah terbakar..aku perasan ada askar yang nak kejar aku..berdebar-berdebar!!
tapi aku dapat rasakan betapa laju aku lari..dah macam citer kubungman pun ada..lari dalam hutan..memang ramai yang kejar aku..tapi tak dapat..diorang kejar ikut jalan sungai, aku jalan darat..pastu aku letih berlari..aku terbaring..kunun nyorok kat tanah..."

itu jer..mimpi aku..(yang aku ingat).

petanda :

bila aku bangun pagi tadi..pas bersiap untuk pergi kerje..terus aku kol bini aku..tanya kabar, sembang-sembang...malam tadi langsung aku tak kol die,terus tertido..maybe aku..rindu die kot..sampai terbawak dalam mimpi..dan...
kalau situasi genting camtu,perkara yang paling kite ingat adalah orang yang kita paling sayang kot..terus 2 kali aku kol die,saja bawak sembang-sembang lagi pagi tadi.

dan..pada Ellia jangan lambat jawab telefon ok..!