Memaparkan catatan dengan label Bands. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bands. Papar semua catatan

Isnin, 7 Mac 2011

Siap.

Sesi rakaman dah selesai semalam. Tapi title lagu belum decide lagi nak letak apa.semua bergantung pada man la sebab dia yang buat lirik dan lagu.Part aku cuma tambah sikit-sikit je pada gitar. Sekarang aku tengah layan lagu yang dah siap dirakam. series!lagu man bikin memang gempak..memang melodik..sesuai dengan muzik Toxictoy. Untuk pengetahuan semua lagu ni nanti akan dimuatkan dalam kompilasi daripada band-band Nervhous Records.

Untuk nak gali lebih lanjut datang je ke blog ni selalu http://www.nervhousrecords.blogspot.com

Khamis, 3 Mac 2011

Rekod

Esok aku ada recording satu lagu bersama Toxictoy dekat studio Zahid..Yang anehnya..kitorang langsung tak praktis jamming bersama sebelum rekoding..sangat power!

Selasa, 27 Julai 2010

Bandito..


Dah lama aku tak update pasal band..Ok terbaru ni Toxic Toy akan main di Singapura..Bila dapat tau perkara nih dalam beberapa bulan lepas, aku dah rasa teruja sebab dapat pergi sana terutamanya melakukan persembahan kugiran..Ini semua atas jemputan Akiff dari band Random Arrival yang berasal dari Singapura..perkenalan dan sama-sama menjayakan gigs di Melaka membuahkan rasa minat di antara kami..minat yang macam mana tu?minat muzik yang menyatukan kami.Punk Rock.tak sangka rupanya ajakan Akiff bukan omongan kosong..Rupanya dia aktif juga dalam mengajurkan aktiviti kugiran di sana..

Dan kali ni, aku mengajak isteri untuk turut sama pergi ke Singapura.kebetulan masa kerjanya terluang.tiada halangan kali ini dan seterusnya kami perlu buat pasport untuk ke sana.Bila mana nak kena buat pasport tu mencuakkan diri aku kejap.pasal apa?sebabnya takut tak boleh ke luar negara di sebabkan sekatan dari PTPTN.leceh betul.nasib cek senarai blacklist nama aku dan Ellia tidak terlibat.mungkin belum lagi..dengan kepercayaan itu, kami membuat pasport dengan perasaan teruja.Bukan apa, selain ke Singapura mungkin di hujung tahun boleh pergi ke mana-mana destinasi lain pula..dapat pergi ke Bali pun da cukup bagus..Abang aku pun setiap tahun pergi ke Indonesia, kali ni aku mesti ikut dia!Al Maklumla pasport dah ada kan.

Berbalik pada show di Singapura ni nanti, dalam minggu ni aku giat praktis..dengan kesempatan masa yang ada aku gunakan untuk mengocok-ngocok tali gitar aku.Mengikut alunan lagu Punk Rock ciptaan Man Ken Ron..dah seberapa lama tak jamming bersama.memasing dengan agenda hidup sendiri.tapi sekali lagi muzik menyatukan kami..Khamis malam barulah Man akan ke KL dan malam tu kami akan praktis..persediaan memang perlu, demi menjayakan show di singapura..walaupun agendanya berhibur selain itu dapat jugalah berkenalan dan tukar-tukar stuff ke.. Ini adalah kali pertama kami ke Singapura.kali pertama Toxic Toy begitu jauh menjelajah dan bermain muzik.Jadi, Ini perlu di pandang serius.kami kena berikan persembahan yang terbaik.

Kali ni juga kami menjemput Boy dari GGK untuk sama-sama memeriahkan Toxic Toy.hehe sebenarnya untuk bantu aku yang selalu tersalah chord bila bermain di khalayak..dengan bekap dua gitar juga boleh dapatkan sound yang lebih padat dan harmoni..Terima Kasih Boy sebab ko mau join..Goyang jugak ni aku nak main kat sana..sebab kali pertama.Tapi dengan ada Boy aku ok sikit..Tambah pulak Boy sudi bagi khidmat kenderaan beliau..setel masalah tansport.Asalnya nak pergi ke sana menaiki keretapi dari sentral.Tetapi tiket dan penuh pulak, lepas tu nak naik bas, tetapi kami rasa goyang la pulak nak naik bas..akhirnya keputusan di buat dengan menaiki kereta sahaja..dua biji kereta.kereta Ellia dan Kereta Boy.lepas tu cadangnya nak singgah di rumah Yanti di JB dan esoknya menaiki Bas masuk Singapura.Mungkin itu plan yang terbaik buat masa ini..

Tengok kat Flyers tu.Betapa penghormatan diberikan kat Toxic Toy.Tulisan besar-besar pulak tu.Malaysian Punk Rockers dan opening band datangnya dari band-band singapura.Betul-betul kami rasa macam budak sekolah yang baru pindah ke sekolah lain dan dikerumuni oleh Budak sekolah yang hensem-hensem dan cantik-cantik.Macamlah kami ni band yang besar dan bagus sekali di Malaysia.Walhal, Kami ni amatlah barainya dan kelu/kaku bila melakukan persembahan..tapi apa ada hal, dah orang ajak,pergi jelah..timba pengalaman.hehe

Buat sesiapa yang nak join.Marilah ke Singapura sama-sama..Meriah-meriahkan walaupun venuenya di Studio sahaja.kira ok lah tu sebagai permulaan.

Isnin, 28 Jun 2010

Indo.

wow!post-Metal bertemu Horror Punk...dari Indonesia..lagi ada band crust dari kota singa..
jahat-jahat belaka..pergi dengan gaya horror lagi masyukk..kelelawar Malam..teringin aku nak tengok.

so sial

Rabu, 5 Mei 2010

Excited!

Maka malam-malam bermulala latihan demi latihan untuk memantapkan lagi permainan senapang aku! ..fuh banyak makna ni.

cover songs :

1. Hi-standard - Nothing
2. Hi-standard - Maximum Overdrive
3. SecondShot - Today
4. Sorry For A Frog - Never Give Up

fuh! excited..

ps: mana Northern19 -Smile for peace? (enjoy rock and roll smile for peace! alright!~)

Selasa, 4 Mei 2010

Selasa, 13 April 2010

atuk.

kenangan di Politeknik Johor Bahru.


A.M. 180 Lyrics
Artist(Band):Grandaddy

Don’t change your name
Keep it the same
For fear I may lose you again
I know you won't
It's just that I
Am unorganized
And I want to find you
When something good happens

If you come down
We'll go to town
I haven't been there for years
But I’d be fine
Wasting our time
Not doing anything here
Just doing nothing

We’ll sit for days
And talk about things
Important to us like whatever
We'll defuse bombs
And walk marathons
And take on whatever, together

Teringat Balik kenangan lama bila dengar Grandaddy dalam movie 28 days later.

Selasa, 30 Mac 2010

Beli # 1

Ni dah kali ke berapa aku beli dari Mudah.my ntah...tak pernah lagi kena rip off.
kali ni aku tunggu kedatangan bende nih..perasaan tunggu barang melalui Pos memang best..sejak zaman sekolah dulu,masa tuh asal je abg posmen benti jer kat umah mesti kelam kabut aku pergi kat peti surat..harapan ada zine@ kaset da sampai..



Band Hi-standard T-shirt.

simple jer..tapi nak buat koleksi baju band Hi-Standard..baru ada 3 helai kat umah.

Jumaat, 26 Mac 2010

cherade berair

bangun pagi..rasa berat..gagahkan diri jugak,
sebab nak pergi JAIS.
ambik kad Nikah.
on kejap PC bukak lagu Ken Yokoyama


& Northern19.

album terbaru.
masih rasa malas.
tetibe terasa serangan senak.
fuh!berlari pergi toilet.
ambik masa lama jugak.
cabaran.

lega.

ish.lupa tuala.
pergi balik kat bilik.
hah..layan lagi lagu sebab lagu favorite tengah on air.
sambil kaki ngan tangan ikut gendang drum laju.
kunun senaman pagi.
taktau dalam perut bergelodak.

ok mandi..
masih ada lagi ni tak kena.
hari ni nak pakai baju melayu lah.
la,kena gosok dulu pulak..kedut ni.
leceh mengiron.

butang baju pulak kena taruk.
adus leceh jugak.
alrite..setel

shutdown PC.
tak sempat nak layan lagu Sorry For A Frog.












dah kunci pintu,grill,pagar siap mangga.
start enjin kete.

ALAMAK!

tulah aku dah rasa len macam tadi..
Cherade kembali menyerang !
susah pulak nak bukak mangga pagar, grill..
terkinja aku.
cabut balik baju yang da siap butang sampai ke leher.
campak je.

layannnnn.....lega.

siap je nak pakai balik baju.
la...kedut balik.

sia-sia usaha murni belasan minit tadi.

Selasa, 9 Mac 2010

kisah pengembala buku

aku dah tak pakai boh,son!

dalam meeting tadi terpikir nama baru nih..
fikiran melayang sebab rasa diorang nih cakap pasal aku jer dalam meeting..
rasa nak layan Thrash/Punk Metal...melawan arahan sangat!

Lawnmower Deth...

1987 Demo Its a lot Less Bover than a Hover
1989 Metal Duck Split Mower Lberation Front Quack 'Em All

Rabu, 28 Oktober 2009

ToxicToy opening band untuk NO USE FOR A NAME!!!

18/10/2009!!

Hari best bagi Ken Ronn , Namo & Aku!!
tiada perkataan yang boleh diungkap..ini adalah Sejarah!
see for yourself!!
















*gambar di tembak oleh saudara afitz Ismail kite...hehe

Rabu, 30 September 2009

kocak gitar aku di dalam kompilasi senandung pawer-kord!





Akhirnya kompilasi yang di tunggu-tunggu dah rilis!
walaupun rasa tak berapa puas hati dengan sound gitar Toxictoy(octave tak berapa dengar), tapi kira ok la..ada juga la jasa gitar epiphone les paul aku tu..hehe..
Apa pun semua band memang best dan layan..
mungkin ada lagi kesinambungan senandung pawer-kord part 2?sama2 kita tunggu...
yang pasti Toxictoy pasti tak nak lepaskan peluang dan aku akan buat yang lebih terbaik untuk gitar track nanti!