Memaparkan catatan dengan label Trips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trips. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Mei 2010

Chotti.

Lama pulak aku rasa cuti.
Cuti tahunan aku pun dah tinggal bape hari jer.
Cuti Ellia lagilah langsung dah habis.
tapi takpe nanti die ada cuti sebulan, cuti-cuti sekolah yang lain lagi.
Skang aku duk melepak je kat umah kami di Jengka.
takpelah, kemas-kemas rumah..buat apa yang patut.
shopping beli barang dapur.
seronoknya ada rumah sendiri eh?
Dari hari selasa aku minta cuti pergi Kedah, pastu balik pahang hari Rabu..
penat woo..dari Kedah pergi Shah Alam, dari Shah Alam pergi Pahang..satu hari.
Drive da macam apa..langsung tak peduli pasal piala Thomas & Uber.

sepanjang perjalanan teringat cerite Dead End la pulak..
penah tengok citer tu?citer horror lama.
cerita die banyak scene perjalanan dalam kete jer..jalan2 balik2 ikut situ juga..
tak sampai-sampai ke destinasi..pastu sorang-sorang ahli keluarga dia mati..
layan gak~!Eh apahal aku terbayang citer ni plak, jap lagi tak sampai..
dah la jambatan baru Jengka tu memang dah horror & mistik macam dalam buku novel Ramlee Awang Murshid..huhu..
bek pasang bacaan-bacaan Al-Quran dalam kete..
Aman perjalanan.

hui jadi surirumah la pulak aku dua hari ni, khamis & Jumaat.
Ellia sibuk dengan persekolahan..aku layan lagi cuti hari Jumaat.
maknanya macam seminggula aku cuti..hehe
alang-alang dan sambil tu boleh skip hari untuk rasa cepat jer hari gaji bulan ni.
duk umah layan Badminton separuh akhir..tapi hampeh la..speed tak pawer lagi pemain Malaysia~!
kena tambah RAM weh!~

Hari Ahad ni kena balik ke Shah Alam naik bas..kete aku tinggal kat situ..
takkan nak bawak balik guna kete Ellia pulak.
mau patah kaki die takde transpot.
takpelah..aku kena berkorban sikit.
dah lama tak naek bas..LRT, Komuter..hmmm
Hari ni apa aku nak buat eh?
Ellia ada Perkhemahan kat sekolah & Trekking kat Gunung Senyum.
aku tak ikut,tu aktiviti sekolah dia,biar jelah..
aku tunggu dia update blog dia jelah..dan baca apa die buat hari tu..
huhu..aku balik umah mak & bapak kat Padang Piol..boleh layan bundle pasar malam kat Jerantut..carik baju Band@movie ngan Ken Ronn Man.
sambil-sambil bincang pasal show Toxictoy akan datang!
Cool gak kalau tiap minggu camni!
tapi duit pokai la weh!
hehehe..

Selasa, 6 April 2010

Jejak # 3

sambungan cerita perjalanan dari Sg.Petani..perut dah pun kenyang..memandu pun ada ngantuk-ngantuk..
destinasi seterusnya Pulau Pinang!

Aktiviti : merewang.
Destinasi : Batu Feringghi, Penang.

akhirnya teruja di atas jambatan..(tak rasa apa pun?)ingatkan ada resakse nak serang ke..(cloverfield)..da sampai Penang tak tau nak ke mana..follow signboard pergi Batu Feringgi sudah..

hentian pertama.
pantai cantek & panasnya cuaca..tak jadi mandi.ambik gambar sudah.

konon-konon nak check in kat sini..kemudian la tu ok.
(macam biasa, snap teknik auto)

Hentian Kedua.
Wow, ada juga Taman Negara..minta tolong anak cina ambikkan gambo.
emm ko sai..

Na o Mei?
kemuncak episod Na o Mei?
tidak! tetiba prof bikin satu lagi Nana Tanjung kecek kelate

tak berani aku nak auto shoot kat sini..risiko..ni kerja tangan Great Teacher Ellia

Paling rasa nak makan, nak naek, nak lama sikit..tapi sebab...panas.

Dekat Toy Museum..kebetulan nampak kat tepi jalan..masuk je lah..orang belanja..

cadang nak naek ferry tapi tak jumpa jeti..takpe drive boleh ambik gambo lagi..

Tak pueh pegi Penang..tak pueh..


Isnin, 5 April 2010

Jejak # 2

Cadang nak balik Pahang minggu lepas, dah plan nak jamming ngan Toxictoy.nak test snare baru (kayu) Namo.isk..tapi terpaksa cancel program sebab bini aku nak pergi Kedah, ambil transkrip kat IPSAH..takkan aku nak biar Ellia memandu sorang..jadinya,berkorban la aku jadi pemandu dan temankan sepanjang ke Kedah.Apapun it was a great Journey anyway!~

Aktiviti : tujuannya ambil transkrip jer..(dan ke PC fair..ok ke)
Destinasi : Sg.Petani, Kedah.

ha ni tempat kitorang Check In..Malam tu sampai je Sg.Petani,jenuh juga la pusing-pusing cari hotel,banyak yang da penuh..ni pun dapat yang tiga katil single=RM70,redah je lah..satu katil kosong tu tuk makhluk halus tido..huuuu..seram....

pagi tu nak pergi ke IPSAH, Ellia nak drive..it's Ok with me..haha..boleh ambil gambar.lepas dah dapat transkrip, lunch kat warong depan IPSAH..memang sempoi murah harga makanan kat situ..rasa pun bolehla..makan untuk dua orang dengan kos RM9 jer..ambil,ayam 2 ketul,ikan keli. 3 jenis sayur,cendawan goreng.air Teh Ais & Teh O Ais..murah giler!

pergi jenguk tempat nih..tapi tak masuk..
rasa nak mandi,panas betul la!
boleh buat tajuk lagu tempat ni..
kalau tak snap auto tak true Photographer ar. :p

Radix Cola

dan kalau pergi Sg.Petani rugi la tak pekena Radix Pizza House..kat Kedah jer ada wei makanan Radix ni..sambil makan di hidangkan dengan lagu-lagu Raihan..rasa terbakar..hehe takde lah..sejuk je telinga..

last pergi PC fair kat Mall apa ntah nama dia...pastu blah..next stop.Penang!

Isnin, 29 Mac 2010

jejak #1

Eceh..Selepas kahwin apa-apa destinasi berjalan kami (Aku & Ellia)akan aku letak di blog nih..dengan title JEJAK..ok ke?lantak aku lah..sekarang dah berdua.let's share what ever forever!hehe

Aktiviti : Trekking ke Canopy Walkway
Destinasi : Taman Negara Pahang.

Sebenarnya ni dah kali kedua wife & Aku sampai sini dan ambik gambar macam ni di tempat sama.hehe..kira kali ni kami jadi tour guider.bawak keluarga Ellia pulak ke sini.

bukan check in tapi saja post macam banyak duit nak check in rumah yang harganya 3 angka ke 4 angka dalam Taman Negara.
statement hutan bagi yang penyayang kepada alam.Aerisha & Ellia adalah ikon pencinta Alam.ewah!~
masuk hutan macam nak pergi shopping..tapi apa ada hal.redah jer lepas jugak.siap bleh bergayut lagi..aoooooooOOOOO...
selepas 1 km trekking.saat penat naik ribuan tangga.tapi takleh kejar Angah,stamina lagi kuat berada di hadapan.
inilah destinasi kami!
terpikir pulak nak buat pertandingan lumba lari di atas canopy..ada berani?
nak ambik gambar lompat tapi sebab kena bawak banyak barang tak berapa nak lompat..
gambar ehsan dari automatik shoot by olympus!pas ambik gambar nih,terus aku kena gelak.
ha, balik tak larat dah nak jalan, call orang bot jemput kami!~bayar beb!sekepala rm6...cepat naek Haji ya~

lebihan gambar ada di link ni..
mamaaerish.blogspot.com

Ahad, 1 November 2009

Kenduri Kahwin Zul & Shuma di SimPunk Renggam..

01/11/2009
Pada tarikh ni Apil, Mohsein, Wong, Pesot, Baji & aku plan nak pergi ke rumah Along(Zul) kat Simpunk Renggam, Johor..tak sangka betul si Along ni dah kahwin..oh,Along ni budak sama blaja ngan aku kat Poli JB..sama course Grafik tapi Class dengan Apil,Mohsein,Pesot & Wong.hari semalam Sabtu berlangsung dah di rumah pengantin perempuan(Shuma)...So Hari ni pagi-pagi lagi dalam pukul 6.30 pagi Apil sampai kat umah aku dengan Yana..aku dengan Mohsein atau Musang baru bangun..hehe..Sori Apil, kena tunggu..(padan muka!)haha... pastu isi minyak kereta..tapi si Wong ngan Pesot tak jadi pergi sebab hal masing-masing. (Apa da..).yosh! pastu kitorang pon terus je gerak gerak gerak khas!
pastu dalam kete je..baru borak2 kejap aku da tetido..hahahha..ngantuk beb!..sambil budak ni duk layan lagu Always Last, ToxicToy, Senandung Pawer Kord...aku terus je bantai nak sambung tido..x puas tido kat umah tadi..borak ngan mohsein sampai kul 4 pagi..mana tido sangat!..pastu aku sedar jer rupanya budak-budak ni berhenti jap kat RnR Pagoh..pekena Sarapan..jalan-jalan cari sarapan...lalalalalala~memang lapar pon, sepanjang perjalanan tadi usha signboard tengok banyak iklan makanan jer..mana leh tahan..
kitorang makan ni je kat RnR tu..Sheedapppaa


Sebelum nak sambung balik perjalanan layan dulu gambo se due fremm..pawwer!

Pastu sambung perjalanan sambil Apil melalak lagu Jrock!pastu kitorang plan nak kasi hadiah kat Along n Isteri..hmmm nak beli apa ye..bincang-bincang pastu beli la mende nih..siap tulis-tulis sket pastu bungkus kat situ jugak..nasib Yana ada, boleh jadi tukang bungkus!hehehe...baguih2, anak sapa la ni pandai bungkuih hadiah..


ni dekat RnR mana ntah aku lupa da nama dia..beli hadiah kat sini pastu amik gambo kunun-kunun art la..hehehe..budak paling beria sekali=Apil..Art pil a.k.a wajib tayang.
seterusnya!teruskan perjalanan...sarapan sudah,beli hadiah sudah, ambik gambar on the way pun sudah..tetiba Baji call..dia dari JB gerak dan sampai dulu kat SimPunk Renggam..lepas tol tu die tunggu situ..die berdua dengan awek dia..barulah meriah sikit ramai-ramai pergi kenduri kan..dah lama tak jumpa Baji..dulu kitorang housemate masa belajar kat Poli JB..
dah jumpa lepas tol dengan bayaran RM38.20..salam2 pastu gerak cari umah Along..nasib ingat ingat lupa arah nak pergi ke rumah Along ni..akhirnya sampai juga...

nilah gambar-gambar semasa kenduri..tengoklah the making photographer dan 3 orang director..hehehehe wajib tayang.

makan dolu!sesi menunggu pengantin tibeewah-ewahteam Tasaday

lepas dah puas sesi bergambar dalam rumah,lepas ni kitorang lepak-lepak dulu borak-borak lepas tu plan nak suruh Along bergambar kahwin outdoor pulak..
ni lah gambar nya..ada ke sapa-sapa nak rocket?hehe


lepas dah puas beraksi, bergambar, jadik kuli kameraman, orang suruhan kepala tak betul..akhirnya sesi gambar kahwin outdoor pon setel..pastu kami berborak-borak kejap..salam-salam pastu berpisah...
Apil,Mohsein,Yana & aku pon gerak balik Shah Alam...
begitulah trip aku pada hari Ahad..
pergi kenduri kahwin Along kat simpunk Renggam.

Kepada Along, Tahniah aku ucapkan,
Selamat Pengantin Baru dan Semoga Kekal ke Akhir Hayat...~~