Isnin, 5 April 2010

Jejak # 2

Cadang nak balik Pahang minggu lepas, dah plan nak jamming ngan Toxictoy.nak test snare baru (kayu) Namo.isk..tapi terpaksa cancel program sebab bini aku nak pergi Kedah, ambil transkrip kat IPSAH..takkan aku nak biar Ellia memandu sorang..jadinya,berkorban la aku jadi pemandu dan temankan sepanjang ke Kedah.Apapun it was a great Journey anyway!~

Aktiviti : tujuannya ambil transkrip jer..(dan ke PC fair..ok ke)
Destinasi : Sg.Petani, Kedah.

ha ni tempat kitorang Check In..Malam tu sampai je Sg.Petani,jenuh juga la pusing-pusing cari hotel,banyak yang da penuh..ni pun dapat yang tiga katil single=RM70,redah je lah..satu katil kosong tu tuk makhluk halus tido..huuuu..seram....

pagi tu nak pergi ke IPSAH, Ellia nak drive..it's Ok with me..haha..boleh ambil gambar.lepas dah dapat transkrip, lunch kat warong depan IPSAH..memang sempoi murah harga makanan kat situ..rasa pun bolehla..makan untuk dua orang dengan kos RM9 jer..ambil,ayam 2 ketul,ikan keli. 3 jenis sayur,cendawan goreng.air Teh Ais & Teh O Ais..murah giler!

pergi jenguk tempat nih..tapi tak masuk..
rasa nak mandi,panas betul la!
boleh buat tajuk lagu tempat ni..
kalau tak snap auto tak true Photographer ar. :p

Radix Cola

dan kalau pergi Sg.Petani rugi la tak pekena Radix Pizza House..kat Kedah jer ada wei makanan Radix ni..sambil makan di hidangkan dengan lagu-lagu Raihan..rasa terbakar..hehe takde lah..sejuk je telinga..

last pergi PC fair kat Mall apa ntah nama dia...pastu blah..next stop.Penang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan