Memaparkan catatan dengan label videos. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label videos. Papar semua catatan

Selasa, 17 Ogos 2010

Lama.

Pagi ni terasa nak berjiwa Thrash/Death Metal.Ada video baek! b/w style macam cerita wayang lama..
video ni Baek punya kualiti.

3 Inches of Blood - The Goatrider's Horde (2007)

Muzik ni buatkan aku teringat kat kampung, zaman 90-an dulu, masa sekolah aku dah terdedah dengan lagu-lagu Metallica, Cromok, FTG, Megadeath..dari jiran-jiran rumah sebelah.Orang depan rumah aku pagi-pagi suka pasang lagu kat radio kuat-kuat..di bantainya lagu Cromok..sebelah rumah pulak layan FTG..semua berjiwa muda tak hirau pun mak bapak berleter..rasa zaman tuh memang zaman Thrash kuat..budak-budak keluar rumah je berbaju Metallica, Slayer, Pantera..macam-macam..Jiran aku Atan..banyak kaset lagu Thrash..selain tunjuk minat dengan pakai baju band, dia chop baju jugak..D.I.Y dye sendiri je..lukis kat baju..memang gempak..

dulu, Atan pergi sekolah, dia suka pakai singlet kat dalam baju sekolah sebab singlet tu dia akan dye dengan nama-nama band dia suke..baju sekolah kan putih..bila dye tulisan kat belakang baju singlet kaler hitam atau merah nampak jelas la dari dalam baju sekolah .Style..aku pun ikut style macam tu..tapi aku dye nama band punk rock the pilgrims..yang logo ikan tu..gile payah buat blok dia.nak potong-potong.

Lepas kemunculan Pudin..masa tu pudin sekolah asrama,jadi dia jarang-jarang balik.tapi kalau balik memang aku dengan Atan antara orang yang mula-mula bertandang ke rumah pudin nak tengok stuff-stuff best macam zine, poster, kaset ,baju.Banyak band-band yang aku tak kenal dah mula kenal daripada Pudin ni..masa tu pudin berjiwa Punk Metal.pakaian dia memang smart n rabak abis..aku akui Atan dan Pudin memang sumber inspirasi aku masa tuh..dari Pudin la juga aku belajar pegang power chords..belajar main lagu punk rock..kemudian kami jamming kat bandar..Atan main drum..tapi masa tu di persekitaran aku..muzik Thrash,Death Metal..heavy Metal memang kuat..rata-rata budak lepak di jalanan bersenjatakan gitar kapok..mengocak gitar irama Metal..hanya group aku dan pudin jer mendendangkan irama Punk rock , oi, adalah Metal sikit-sikit..

Isnin, 19 Julai 2010

Isnin, 28 Jun 2010

TwisT.



Citer ni memang brilliant!sampai aku taknak review sebab taknak spoil kan penceritaan dia..korang kena tengok sendiri..dan tengok aje trailer ni..cerita ni sedikit sebanyak mengingatkan aku dekat cerita Cube (1997).

Jumaat, 25 Jun 2010

Selasa, 22 Jun 2010

Shitsuke.

Asik cerita gore jer..dah pukul 1.40 pagi..baek tido.kalau tak bleh tido..lapik lagi dengan movie high tension.alamak,gore jugak..slow-slow sikit..ok, citer Otto..mmm...dah bape hari cuba nak habiskan..so bosan..

orang lain layan bola, sampai nama masing-masing kat fb pun nak ubah jadi nama pemain bola..

esok pagi kena buat aktiviti 5S kat library..ni semua untuk zombie keparat..
transformasi kedudukan meja.aku lemau betul nak angkat bende berat nih.
takpe, esok 5S jalan, download movie pun maintain jalan.

next, nak tengok lagi citer indonesia..Pintu Terlarang.

Selasa, 4 Mei 2010

Jumaat, 26 Mac 2010

tamak!

Hard Revenge, Milly!

banyak lagi movie lain tak tengok dah nak lagi..

Rabu, 16 Disember 2009

flashback!

Terima Kasih kat Rizzie McGuire sebab telah memvideografikan event NUFAN live kat KL tempoh hari dengan memasukkan lagu Toxictoy "the Blind Pianist"..ini sedikit sebanyak turut mempromosikan Toxictoy dan video ni terdapat di halaman facebook dan youtube..kepada Rizzie,kerja tangan ko memang pawer dan awesome!hehe..sapa nak kenal ngan rizzie ni nak buat video ke cuba la try add kat facebook dia k..http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/rizie...alrite layan!!




Rabu, 2 Disember 2009

untuk tatapan keluarga!


Akhirnya setelah puas aku memancing di laut google akhirnya dapat jugak aku hasil tangkapan iaitu movie dari jepun" Visitor Q"!..deng deng!!(bunyi mcm pc baru on..)

Cerita ni memang best la..karya Genius si Director Prolifik Takashi Miike!memang best scene-scene dalam citer ni..sutradara yang gila kreatif dalam pengolahannya..adegan realism,sex dan violence di garap dengan cantik,tak berapa nak gore, lucu, pelik..rileks..last sekali soundtrack lagu yang best juga..

walaupun permulaan cerita yang silent..ala2 Aruah Yasmin Ahmad punya storyline..pastu teknik camera macam blair witch project..memang superb la..cerita yang penuh maksud tersirat.

kisah die pasal keluarga yang porak peranda yang mana intro cerita nya dimulakan dengan adegan seks antara si ayah dan anak (anak die pelacur)..pastu sedang si ayah ni tengah tunggu train tetiba ada visitor yang dari mana ntah ketuk kepala si ayah ni dengan batu..lawak skit adegan ni..pastu terus montaj keluar dengan caption "Have you ever done it with your dad?"
"Ever beat up your mom? "..

Ok scene kedua pulak..yang si anak ni suka pukul si mak..hari-hari rotan,belasah mak dia..huhu..realitinya,budak ni selalu kena buli dengan budak satu sekolah dia...yang si mak ni pulak penagih dadah, pelacur..pastu ntah macam mana si ayah ni balikla dengan berbalut dikepala kena pukul ngan batu..dia balik bawak visitor ni tadi.

kehidupan keluarga ni memang porak peranda..sampaila visitor aneh ni di katakan membawa perubahan dalam kehidupan keluarga ni..si mak dah tak di buli oleh si anak lagi, si ayah ni keje "tv reporter" dia terlalu obses dengan kerja nak buat dokumentari pasal kes buli..rakam vid cam je sepanjang masa.pastu die mengekploitasikan kehidupan keluarga dia dalam dokumentari tu.dia macam konfius peranan dia sebagai bapa..sampaila kemuncaknya dia dapat keyakinan untuk bina semula keluarga dia..macam mana dia buat?..hehe

ada la plot yang best patut korang tonton..scene si ayah ni bunuh pembuli anak dia..rogol mayat partner reporter dia. pastu potong mayat dengan bini dia..hehe..
bagi aku memang plot cerita yang kontroversi.Terbaek dari ladang!


Khamis, 5 November 2009

Sexy Synthesizer on my stereo!!

Hi there....dari semalam aku asyik melayan lagu dari group 8 bit japan ni : Sexy Synthesizer..
lama dah x dengar alunan vacoder voc..duo ni ala2 ymck tapi more trance..walaupun gigs Toxictoy semakin dekat dengan tak berapa prepare nyer..yelah ken ronn datang KL pon hari jumaat..maknanya malam esok baru la nak jamming, practise, pastu esoknya dah performs..hmmm takpe-takpe dah pro kan..hahaha poser betul!

ok right now lets 8 bit!!



PV di atas ni dari album dorang yang di bawah ni :



sedut-sedut :
www.mediafire.com/?mmnnditmjhw


sumber download ini dari blog www.musicnes.blogspot.com/

aku just sharing.