Memaparkan catatan dengan label reviews tahi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label reviews tahi. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Ogos 2010

lebih.

Seterusnya, filem berikut lagi main kasar..juga turut diingatkan, jangan tengok pada waktu-waktu baik ni..Aku tengok lama dah..cuma nak review tahikan sebab filem yang bakal diexplotasikan ni amat mengusik-ngusik jiwa lara dan terngiang-ngiang suara seorang pelik yang berhobikan sinema gore.

Eat the School Girl (1997) arahan Naoyuki Tomomatsu


Jepun terus berdiri segak dengan lambakan-lambakan kepelikan dunia exploitasi-kejam filemnya..dengan make up effect dan visual yang terlalu ganas membuatkan mata-mata dahaga tertumpu menuntut untuk mendapatkan lebih lagi tumpuan kepada scene-scene pertumpahan darah..klise-klise seperti pembulian wanita terus-menerus dijadikan pendukung utama dalam filem..termasuklah Eat the school Girl..watak utama seorang psycho yang berakhir dengan pembunuhan ni tak kenal mangsa..apa dia suka dia akan laksanakan.tak kira perempuan atau lelaki dia akan tetap bunuh..trauma setelah melihat perkara kekejaman ketika masih kecil di jadikan bahan punca kepada pembunuhan yang lebih serius..Di samping itu watak utama berketagihan phone sex.hobi pelik yang tak dapat dielakkan,permulaan cerita dah memaparkan scene PS ni..namun gadis phone sex itu akhirnya muncul dalam diri dia dan menjadikan wataknya sedikit baik dan lembut..seharian menemani sendiri di rumah dia membuatkan dia terpaku dan bahagia kerana hanya gadis itu saja dia tak bunuh/rogol.

kegiatan dia ni memang jahat..menyamar,rogol & bunuh mangsa di lorong jalan,menyiat mangsa dan mencarik-carik kulit mangsa dengan pisau..semata-mata untuk mendapatkan klimaks ejakulasi.Buat secara normal dia tak mampu,tapi bila dah bunuh barulah boleh klimaks..memang ala-ala nekromantik..Di samping itu ada pulak watak geng-geng pembikin filem lucah yang memaksa, mendera & merogol mangsa lalu rakam untuk tujuan mendapatkan kelainan wayang gambar mereka..memang teruk la dia seksa dan exploitasi mangsa tu..sampai tercirit di buatnya.
Keseluruhan filem ini memang gila.Mujurla durasi filem 60minit saja.Tapi padat dengan scene rogol sampai kesian tengok perempuan diperlakukan.juga scene bunuh menjadikan kulit meremang ibarat melihat hiris pisau di badan orang , sendiri merasa sakit!


Jumaat, 6 Ogos 2010

Wajib.






Bila terjebak dengan filem zombie..filem ini mesti wajib tengok..filem klasik hitam putih ini Arahan George A. Romero.

Filem yang banyak memberi inspirasi para penggemar dan penggiat seni zombie..filem indiependent baget rendah ni sangat laku..untung juta-juta walaupun kos asalnya hanya$114,000..tapi bukan itu yang menjadi ukuran,keberkesanan lakonan dan jalan cerita yang di tonjolkan sangat menggemparkan dan menghiburkan pada waktu itu..sampai sekarang pun aku rasa boleh lagi layan ni..macam tengok cerita P.Ramlee Pendekar Bujang Lapuk..masa tu pun ada zombie,tapi keluar dari kubur tiup trompet...cobaan..!!..

cerita zombie ini patut dijadikan koleksi terhebat anda!

Khamis, 5 Ogos 2010

Selepas itu.

Cerita selepas gigs di Singapura berlarutan.Isnin itu aku cuti.Masa yang berkualiti digunakan untuk berehat dan tido setelah berjaga kerana urat saraf mata dah kembang akibat celik 24 jam..Sementara di sekolah, Ellia berlarutan memaksa kalenjar pituitarinya mempertahankan tubuh beliau untuk berdiri anggun bergaya di hadapan murid-murid..tapi takpe sebab dalam kereta dia sudah lelap di pangkuan aku, ibarat heroin yang sedang baring di pangkuan hero semasa ribuan tembakan meluru ke tempat persembunyian kami dan aku hanya mampu duduk sambil mengukup wajah heroin dari terkena serpihan simen di dinding akibat tembakan itu..saat genting tu aku membalas kembali tembakan mereka dengan shotgun yang mana tepat ke kepala mereka..

Ok, situasi sebenarnya kami duduk di kerusi belakang saje.aku pun lelap juga. :p

Isnin itu aku sudah kembali ke Klang.Menaiki bas adalah perkara biasa semenjak tinggal berjauhan dengan isteri.Sampai je sana Apil menjemput aku di stesen..Sampai je di rumah dah tak boleh menyambung rutin menonton filem..badan letih.terus tido..

Keesokannya kerja seperti biasa bermula, tapi kali ni ada event pula di Library.Hari Mesra Pelanggan..dan aku terlibat jadi sekretariat..Ah,tak suka betul.nak bermesra pula dengan zombie-zombie..mereka boleh pula jalinkan sesuatu yang mendatangkan padah..macammana kalau kemesraan tu digunakan sebagai alat untuk menjangkitkan virus mereka..tentu susah nanti..atau mungkin ini sebagai jerat untuk perangkap zombie agar masuk ke dalam library dan memusnahkan hobi mereka!kami meracun mereka sehingga merebaknya jumlah meraka di setiap sudut rak..lalu membunuh secara beramai-ramai..

Tapi tidak!..sama sekali tidak..mereka dilayan bagai menatang minyak yang penuh.Siap diberikan hadiah bila memenangi aktiviti siapa cekap dan cepat memakan buku..pameran buku menggiurkan para zombie, mereka kelihatan kekenyangan dengan jumlah buku yang banyak terhidang di hadapan mereka.Hari inilah hari kemenangan mereka.

Melihat situasi ini terlintas di fikiran aku, teringat cerita zombie Fido.Tapi bukan fido dido.




Kisah komedi Zombie pada sudut pandangan pengarah yang melihat zombie sebagai rakan karib manusia.. Setelah perang antara zombie dengan manusia berakhir,manusia mendapat ilham di mana zombie masih boleh digunakan sebagai alat untuk membantu manusia terutama dalam tugasan harian.senang cerita zombie dijadikan hamba abdi manusia.Boneka yang boleh disuruh untuk buat bermacam-macam kerja.Tapi tak berapa sempurna di mana zombie ni tidak seratus peratus boleh dikawal.Manusia berkuasa bila alat yang diletakkan di leher zombie berfungsi..kalau tak manusia sendiri tidak dapat monitor zombie dan situasi ini lah di manipulasi oleh pengarah untuk mewujudkan komedi dan horror...Fido antara watak utama para zombie yang berjaya mengikut telunjuk Timmy dan Helen tanpa memakai alat kawalan..cerita ini menarik dan menghiburkan jika para peminat kipasusahmati filem zombie inginkan sesuatu kelainan dalan klise-klise zombie.

Aksi ngeri dalam filem ni :
1. Jiran sebelah Timmy seorang nenek digigit oleh Fido.Kemudian bertukar jadi zombie.
2. Budak yang membuli Timmy bertukar jadi zombie setelah digigit oleh Fido..lalu bertukar jadi zombie dan nak menyerang Timmy pula..tapi mak Timmy Helen sempat langgar zombie tu dengan kereta.

Khamis, 15 Julai 2010

Pulih.

Minggu ni baru pulih dari demam..Sebelum ni aku hanya buka blog tapi otak aku beku untuk berbuat apa-apa..aku kehilangan deria rasa yang menikmatkan aku untuk makan sedap..semua masakan rasa tawar..itu la penangan demam.tapi sekarang dia dah kembali..jadi aku baru jer dapat makan puas-puas..tulang-tulang badan pun kebas..kaki nak bergerak pun rasa seperti kuasa Ram 256mb..sangat berat..tak bermaya.tapi sebabkan dah makan ubat dah servis balik sistem dalam badan dan boleh semula menjana pendapatan..kembali kepada rutin biasa.

Bekerja sebelah petang menggamit rasa tenang.Pegawai atasan telah lena berehat di rumah masing-masing.Di rumah mereka melayan drama yang tak dramatik.Sebelah malam tiada suara telefon berdering.tiada panggilan yang membebankan dan tiada arahan...Zombie sebelah malam agak hambar..tak ramai bertandang ke perpustakaan..pasif di kala ini,mungkin sudah penat hadir ke kelas what so ever..ini membuatkan aktiviti aku berterusan dan seperti biasa filem prolifik yang berjaya menggamit tumpuan aku hanyalah genre horror,terror, gore.. dan di sini mari kita nikmati juadah ini!







Angela, watak yang pyscho!

Citer ni memang best!filem lama zaman para remaja pakai seluar bulat.tahun 80an.Citer yang sangat mendebarkan!pasal pembunuhan di camp Arawak yang melibatkan ramai mangsa mati dengan dasyat akibat berhubung atau membuli si Angela dan Ricky..sepanjang perjalanan cerita akan menjadi persoalan siapakah pembunuh dan penjahat sebenar yang melakukan semua angkara ni..dan penghujung cerita ni memang sesuatu yang mengejutkan dan memberi impak sekali..kejutan yang memang best!..

Return to Sleepaway Camp (2008)

Angela kembali!!!

Filem sambungan dari yang pertama tapi kali ni peserta kem terdiri dari golongan sekarang ni..dah takde seluar bulat..budak-budak lagi nakal,oleh sebab tu cara pembunuhan lagi lebih dasyat!memang kali ni aku sangat berdebar tengok cerita ni!..tak senang duduk, apatah lagi menonton sambil baring..part bunuh dengan jolok biji mata dengan bende tajam memang membuatkan aku tak senang sekali..cerita agak sama, kalau tengok ramai-ramai seronok masing-masing meneka siapakah pembunuh sebenar kerana di akhir cerita barulah terungkai segala persoalan..memang aksi pembunuhan yang lain macam!..watak Angela dan Ricky kembali!tapi mereka dah dewasa..ketakutan juga kembali menyelubungi...

Isnin, 5 Julai 2010

ske.






Biasa tak tengok cerita hindustan?..tak bosan ke dengan tarian bollywood?pergi luar negara semata-mata nak shoot dancing?..kan dah biasa..ok ini satu kelainan dan revolusi!

Tengok poster dah cukup menggambarkan cerita ni bagaimana..kelainannya..penjahat pakai burqa, senjata die pun lain macam...gaya kamera macam wayang lama..scene zombie ada, makhluk pelik ala citer braindead pun ada,banyak la idea cilok tapi filem ini tetap seronok di tonton..barisan pelakon pulak takdelah bagus mana..yang aku nak puji adalah pengarah Omar Ali Khan.Sebab die bawa kelainan dalam industri filem Pakistan.

Macam boleh dibayangkan apa ada dalam otak dia..semua minat dia diadaptasikan dalam filem ini..betapa jelas dia ni memang kipassusahmati genre gore,horror,zombie..ada scene mamat dalam filem ni bangun tido je terus layan movie horror..poster filem maniac kat dinding..tu semua mesti kisah lifestyle hidup Omar..tapi disamping itu dia jugak membawa satu mesej mengenai alam sekitar, budaya muslim, dan politik dalam filem ini.

Apa yang ditonjolkan dalam filem ni sebenarnya semua dah ada dalam poket para peminat tegar filem gore..semua aktiviti bunuh dah biasa sangat..takde yang lain..make up effect pun biasa je..muzik lama sebagai muzik latar pun dah biasa..tapi kena jugak la dengan filem ni..style komik horror pun macam ciluk dari citer creepshow..overall filem ni bolehla dibanggakan sebab pergi jauh sampai ditayangkan di banyak negara termasuk US dan menang piala.

Download dan tengok sendiri :

subtitle English