Cerita selepas gigs di Singapura berlarutan.Isnin itu aku cuti.Masa yang berkualiti digunakan untuk berehat dan tido setelah berjaga kerana urat saraf mata dah kembang akibat celik 24 jam..Sementara di sekolah, Ellia berlarutan memaksa kalenjar pituitarinya mempertahankan tubuh beliau untuk berdiri anggun bergaya di hadapan murid-murid..tapi takpe sebab dalam kereta dia sudah lelap di pangkuan aku, ibarat heroin yang sedang baring di pangkuan hero semasa ribuan tembakan meluru ke tempat persembunyian kami dan aku hanya mampu duduk sambil mengukup wajah heroin dari terkena serpihan simen di dinding akibat tembakan itu..saat genting tu aku membalas kembali tembakan mereka dengan shotgun yang mana tepat ke kepala mereka..
Ok, situasi sebenarnya kami duduk di kerusi belakang saje.aku pun lelap juga. :p
Isnin itu aku sudah kembali ke Klang.Menaiki bas adalah perkara biasa semenjak tinggal berjauhan dengan isteri.Sampai je sana Apil menjemput aku di stesen..Sampai je di rumah dah tak boleh menyambung rutin menonton filem..badan letih.terus tido..
Keesokannya kerja seperti biasa bermula, tapi kali ni ada event pula di Library.Hari Mesra Pelanggan..dan aku terlibat jadi sekretariat..Ah,tak suka betul.nak bermesra pula dengan zombie-zombie..mereka boleh pula jalinkan sesuatu yang mendatangkan padah..macammana kalau kemesraan tu digunakan sebagai alat untuk menjangkitkan virus mereka..tentu susah nanti..atau mungkin ini sebagai jerat untuk perangkap zombie agar masuk ke dalam library dan memusnahkan hobi mereka!kami meracun mereka sehingga merebaknya jumlah meraka di setiap sudut rak..lalu membunuh secara beramai-ramai..
Tapi tidak!..sama sekali tidak..mereka dilayan bagai menatang minyak yang penuh.Siap diberikan hadiah bila memenangi aktiviti siapa cekap dan cepat memakan buku..pameran buku menggiurkan para zombie, mereka kelihatan kekenyangan dengan jumlah buku yang banyak terhidang di hadapan mereka.Hari inilah hari kemenangan mereka.
Melihat situasi ini terlintas di fikiran aku, teringat cerita zombie Fido.Tapi bukan fido dido.




Aksi ngeri dalam filem ni :
1. Jiran sebelah Timmy seorang nenek digigit oleh Fido.Kemudian bertukar jadi zombie.
2. Budak yang membuli Timmy bertukar jadi zombie setelah digigit oleh Fido..lalu bertukar jadi zombie dan nak menyerang Timmy pula..tapi mak Timmy Helen sempat langgar zombie tu dengan kereta.
2. Budak yang membuli Timmy bertukar jadi zombie setelah digigit oleh Fido..lalu bertukar jadi zombie dan nak menyerang Timmy pula..tapi mak Timmy Helen sempat langgar zombie tu dengan kereta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan