Jumaat, 20 Ogos 2010

saja.

Ah kata taknak cerita pasal gore masa bulan puasa.Tapi ingkar jugak..bosan la tak tau nak update apa..nak cerita keje memang dah lali sama je setiap hari..nah refresh balik cerita apa ye aku dah tengok..ok..yang ini.

Sukeban Boy(2006)

Filem dari jepun memang tak kira la best ke tak, kalau dah main bab horror/gore, macamana pun aku akan tetap layan..tapi filem ni memang low-budget punya style..amat...simple dan kadang-kadang annoying..jenaka dia bodoh-bodoh piang dan kelakar dia tahap "hehek" je tak panjang macam "hahahahahaha"..kalau nak diukur dari runut bunyian ketawa la..

siapa dah tengok The Machine girl, Tokyo gore police..mesti rasa filem tu jauh lebih menarik la dari yang ini..tapi gore dan ekploitasinya filem ini boleh tahan juga pada setengah-setengah plot..terutama masa Mochiko membelasah dan memotong kaki Kanko yang berkebolehan membuat " Can-can Dance Kick "..dah macam siri guinea pig pulak..
Ok macam ni jalan cerita dia, filem ni pun sebenarnya dari adaptasi sebuah manga dari Go Nagai..mengenai seorang pelajar lelaki nama sukeban yang menyerupai perempuan tapi berwatakan lelaki.Sebabkan fizikal nya yang macam perempuan, dia pun bersekolah di sekolah perempuan.Sukeban ni rupa dia betul-betul macam perempuan sampaikan ayah dia sendiri pun cinta kat anak die sebab comel sangat..tapi di akhir cerita ayah sukeban memendam rasa terhadap sukeban(anaknya),hajatnya adalah untuk suruh sukeban jilat puting die seperti arwah isterinya(mak sukeban selalu buat)..haha..gila!.

latar belakang cerita ni penuh dengan adegan bogel..tapi bukan porno..mungkin pelakonnya dah biasa buat macam tu kat filem-filem lain..dan yang lawaknya dekat sekolah tu ada banyak geng-geng ditubuhkan..macam cerita crows zero..nak buktikan geng mana yang paling kuat..yang tak leh blah nyer..diorang ni tak reti nak pakai baju..lawan pun macam budak tadika yang terdiri dari pesakit sindrom down..kebanyakan plot memang keseluruhannya diambil dekat dalam sekolah je..mungkin masa cuti sekolah kot..sebab tak nampak pelajar lain pun selain watak utama..yelah..budget ciput..tapi takpe aku sabar dan layankan aje..sampai habis..sekali surprise & lawak dia bagi..ada pulak senjata rahsia kat musuh-musuh sukeban ni..siap ada senapang dalam payudara dia (kakak Kanko), dekat peha pun ada (kanko)...Jepun memang pelik.

Cerita ni aku tengok sebelum puasa lagi,jadi jangan salah anggap..ni aku nak ingat balik dan baru nak tuliskan di sini.Filem ni pelakon dia enjoy sangat,main-main jer, ala nak makan berjemaah lepas berlakon..macam tu..lakonan diorang pun suka-suka jer,kalau nak nilai betul-betul,memang teruk betul watak-watak dia..Sukeban Boy cerita yang menghiburkan tapi belum cukup meriah,cuma Awas! penuh dengan darah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan