Isnin, 16 Ogos 2010

Tak jumpa.

Puasa tak penat.Tapi kerja di library buat aku penat otak..kadang-kadang jelah..bila datang keje lain yang mana bukan skop kerja aku,tu yang buat aku penat..Design itu ini meeting sana sini..bosan bile terpikir kembali ke pekerjaan dulu..melayan kerenah pelanggan buta seni..

Aku kan dah keje di library, kenapa kena buat design jugak?itu keje designer..bagi la aku gaji designer..ok sebenarnya ini tak de hal sangat..buat je design 10sen sudah..diorang approve je..tapi aku rasa aku bosan la nak bekerja by group ni, bila mana ahli dalam group tu tak sekepala..masa meeting rasa bosan je.

Ok.Pasal zombi pulak.. sejak akhir-akhir ni zombie tak ramai la bertandang ke library.mungkin aku yang tak layan diorang sangat dah.zombie-zombie tegar library pun dah lama tak nampak..puasa penat nak naik tangga library kot..haha..tu lah nak kasi korang bersenam. jalan lembab je..mata kuyu jer..tau-tau kasi selerek buku dekat rak..smack down tengkuk baru tau.

Tapi itu hari aku berkenalan dengan zombie dari jepun..dari Tokyo..aku lupa la nama dia..dia nak guna connection internet dalam pusat IT..aku bagi jer..die on Laptop dia lepas tu pakai baju hooded..tutup kepala..pelik je aku tengok..aku pun beranikan diri tegur die..ajak sembang-sembang..tu yang aku tau dia dari Tokyo.Aku taktau sangat nak sembang apa sebenarnya, Tiba-tiba dalam kepala aku teringat cerita jepun..Aku cakap kat dia aku suke tengok filem gore dari jepun arahan Takashi Miike.Dia macam tak berapa tahu..aku bantai pulak borak pasal manga..ha yang tu dia tau..dia kata dia baru balik dari Kinokuniya. beli manga untuk anak dia..tapi kitorang sembang pasal manga femes je macam naruto..aku malas nak cakap pasal manga horror..nanti dia takut pulak aku asyik horror je dari tadi..sebenarnya aku ingatkan dia ni suke bende horror pasal lain je gayanya..duduk pusat IT pakai hooded tutup kepala..macam pembunuh.hehehe..lepas tu dia nak blah,dia salam tangan dia kata sebulan je dia tinggal di Malaysia..Lepas dia blah keesokannya aku ingat boleh jumpa lagi..tapi takde pulak kelibat dia..terus lost..

Semenjak Pusat IT buat sistem layan diri..aku banyak habis masa di meja kerja saja..sampai la aku penat berinternet..hahaha..Hari ni aku sangat penat..dari tadi tak dapat-dapat carik cerita-cerita nih!jadi pada sesiapa yang baca ni..aku nak request tolong upload atau inform aku..

REQUEST!

1. Niku Daruma


2. Muzan E


3. Naked Blood


4. Red Room


5. Kichiku dai Enkai

Aku nak file Mediafire..please..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan