Sebelum terbenam memori ditindih oleh kemasukan impuls-impuls yang baru di dalam benak,baiknya aku memahatnya di sini..peristiwa kejadian 31 Julai di kota Singapura dan hari sebelum selepasnya menggamit kenangan yang indah.Keperihan yang dialami selepas saat gembira tu dijadikan pengalaman yang cukup bermakna dan akhirnya aku bersyukur kerana selamat segala aturcara dan pulangnya aku dan kawan-kawan dengan senyuman girang tapi penuh kepenatan.
30 Julai.
bermulanya pada hari jumaat, sebelum bertolak ke Johor Bahru, aku kerja seperti biasa.aku masih berposisi duduk di atas kerusi ofisku.Koordinasi badan penting supaya setiap anggota badan dapat berfungsi secara bersepadu..habis saraf-saraf aku salurkan dari otak ke tangan,lalu ke adobe illustrator..di sini dah jelas keserabutan urusan kerja aku yang mana semua disiapkan dengan pantas..keributan ini kerana dapat kerja minit akhir..hari selasa minggu depannya ada acara yang perlukan khidmat aku..jadi aku memang tak boleh bercuti hari jumaat tu..mana nak fikir pergi singapura lagi..Ellia sudah pun sampai di Shah Alam pukul 3 petang.Dari Pahang membawa savvy memang sudah kebiasaan baginya..semua rakan-rakan pun tinggal menunggu aku yang masih bekerja..Malam sebelumnya aku sudah tidak cukup tidur kerana sesi praktis Toxictoy berlarutan sampai pukul 3 pagi..
Akhirnya dalam pukul 7 petang jumaat itu aku berjaya siapkan segala kerja.Seberapa pantas aku mengemas apa yang ada dan bergerak pulang seawal mungkin..Kami laki bini bawa apa yang ada dan bersedia untuk bertolak..tapi ke KL dahulu untuk bersama mereka yang lain..itu pun sudah pukul 11 malam baru bertolak..jahanam betul pilihan jalan yang salah kali ini.ikut federal memang silap besar pada jumaat malam.dari Shah Alam memang jalan macam taik.Abis 2 jam dalam perjalanan ke KL sahaja. Dengan pura-pura senyum kami sampai ke KL di pelusuk rumah namO..kami menjemput Ken Ron Man dan Debab menaiki Savvy kecil ini..Bermulalah perjalanan kami dari KL ke JB pada pukul 1 pagi!
setelah 5 ke 6 jam memandu akhirnya sampai ke rumah Yanti di Perling seperti yang dirancangkan..itu pun setelah kena sound dengan mak yanti "ha korang duduk situ diam-diam!" setelah puas kami berbicara mencari lokasi yang diharapkan muncul..tapi tak jumpa-jumpa juga,akhirnya kami berhenti di 7eleven yang diketahui oleh mak Yanti. Betapa penatnya punggung aku,itu pun nasib Ellia sudi tukar memandu.Harapkan orang belakang langsung padam dah.Shutdown terus..
31 Julai
Hari kejadian, kami hanya berehat dalam 3 jam je di rumah Yanti..pagi itu kami mendapat layanan istimewa oleh Mak Yanti..hidangan sarapan dan informasi di Singapura sudah cukup untuk kami hargai..ada yang mengambil kesempatan untuk berehat lagi di bilik atas rumah yanti..pukul 11 pagi kami harus berada di kota Singa..itu perjanjian antara Namo dengan Akiff..dari Perling kami bertolak naik Bas.kami tumpang parking kereta di rumah Yanti..Sampai ke sempadan Singapura kami kena check pasport..kat sini berlaku salah faham..yang menyebabkan kami jadi lambat kerana terlepas bas yang kami naik sebelumnya..hampagas!
ini semua sebab tak ikut amanat yang mak yanti cakapkan.huhu..yalah boleh dimaafkan kot sebab kali pertama.tak tahu..Ok dapat je bas kami ke destinasi seterusnya..sampai jambatan yang memisahkan Johor dan Singapura..memasing dah teruja macam ayam masuk tempat penyembelihan.Kat situ kami kena lalui border untuk cek pasport dan cek barang-barang..semua lepas kecuali adik beradik bertoksik ni..ada sesuatu dalam diri mereka sampai ditahan oleh pihak imigresen sana..scan badan berbunyi!suspen.mungkin dalam badan Namo & Man ada satu pakcik kama letak kamera tersembunyi kot.Nak tengok apa anak die buat kat singapura nanti..tapi akhirnya lepas juga..mungkin Man mengeluarkan bau dari mulutnya menyebabkan pegawai tu caci maki dalam hati dan bertindak tak nak cari pasal dengan artis serba busuk ini..

Kat situ tempatnya tak ubah seperti di Masjid India di KL..lebih kurang.bangunannya pula seperti di Melaka & Ipoh..old school.kat situ kami jenguk-jenguk tengok studio dulu.Kemudian kami letak barang muzik dan jabat tangan dengan tuan punya studio..ramah orangnya.kami turun dari situ dan cari tempat untuk makan..Kami mengambil keputusan untuk menjamah Nasi Penyet di satu kedai di sana..Makanan dia memang sedap!kami siap tambah-tambah nasi lagi..Dalam pukul 5 petang gigs pun bermula..
Dalam 7 band terlibat.memasing memberikan persembahan yang bertenaga.semua Punk Rock band..aku lebih memberi perhatian pada band Murder by Ska..persembahan yang biasa tapi memukau juga dengan vocal yang sedap dan menarik..ala-ala Operation Ivy & Rancid..band Norphrunt adalah band sebelum kami..memang persembahan yang mantap..sebelum tu ada band yang mana mengikut kata Akiff band yang dah komersial di Singapura..sedang meningkat naik dalam industri muzik Singapura dan pernah memenangi anugerah di majlis muzik di sana..Oh, ini memang buatkan aku goyang..dan aku tengok persembahan mereka memang tight.Nuriman terlibat dan main drum..



masa tu dah pukul 12 malam.Esok kami dah berangkat pulang..jadi kami masih tak puas berada di Singapura.lalu kesempatan yang ada tu kami gagahkan juga untuk pergi pusing-pusing town Singapura..akhirnya keputusan dibuat dengan pergi ke Mustafa Central..tempat yang sesak denagn manusia..Bangla ramai..komplek beli-belah tu buka 24 jam.memang ramai tourist,.masa perjalanan ke sana Sahil tolong bawakan beg gitar aku..mereka tidak tangan kosong.masing-masing berat sama di pikul.sikap itu buatkan aku kagum dan hormat pada mereka.Sampai di Mustafa Central,mereka menjaga barang-barang kami, dan hanya Sahil yang menemani kitorang berbelanja..memang tahan sabar jelah budak sahil ni dengan kitorang.lama betul bershopping.
kemudian pukul 2 pagi kami pulang ke hotel.Waktu macam ni para-para prostitute lagi la banyak berkeliaran..lorong yang gelap tu di bawanya Akiff saja nak tengok-tengok katanya..dengan kepenatan yang melampau kami dah tak sabar nak masuk bilik hotel.Esok hari jumpa lagi dengan mereka.
1 Ogos
Pukul 1 tengahari kami dijemput semula oleh mereka dan memasing ada hal sebelah petangnya..aku pun mengejar masa kerana perlu segera pulang ke pahang lagi.Ellia kena kerja pada hari Isnin..lalu mereka terus saja hantar kami pulang ke stesen bas Jurong..dari tarikh kami dijemput sampai la kami dihantar semula ke stesen segala penginapan, perjalanan, makan di belanja oleh mereka..memang kami terhutang budi dengan layanan mereka..Sampai di stesen bas kami berborak dan ikut perancangan seterusnya mereka mahu bertandang ke Pahang pula.kedatangan mereka memang di alu-alukan di sini..nak rasa suasana kampung kata Boy.Kami sempat juga pergi ke pasaraya berdekatan untuk shopping terakhir di sana.Man beli Ray Ban untuk bapa kesayangannya..Ellia dan Ina beli pakaian dan beg di Esprit sana.Murah kata mereka..Selesai saja pukul 4.30 petang baru kami bertolak ke JB semula..Suasana perpisahan bagaikan Askar yang hancur kaki terpijak periuk api lalu di bawa pulang oleh helikopter setelah cedera di medan perang..lambaian tangan je boleh di praktikkan..kami melihat kelibat Akif,Nuriman & Sahil semakin berjauhan dari tingkap bas..(bukan helikopter)huhu..

ps : gambar dan Video live di Singapura terdapat di facebook aku.
ate...
BalasPadamtakde pun mike nak letak gambar teman ye? =p