Isnin, 5 Julai 2010

ske.






Biasa tak tengok cerita hindustan?..tak bosan ke dengan tarian bollywood?pergi luar negara semata-mata nak shoot dancing?..kan dah biasa..ok ini satu kelainan dan revolusi!

Tengok poster dah cukup menggambarkan cerita ni bagaimana..kelainannya..penjahat pakai burqa, senjata die pun lain macam...gaya kamera macam wayang lama..scene zombie ada, makhluk pelik ala citer braindead pun ada,banyak la idea cilok tapi filem ini tetap seronok di tonton..barisan pelakon pulak takdelah bagus mana..yang aku nak puji adalah pengarah Omar Ali Khan.Sebab die bawa kelainan dalam industri filem Pakistan.

Macam boleh dibayangkan apa ada dalam otak dia..semua minat dia diadaptasikan dalam filem ini..betapa jelas dia ni memang kipassusahmati genre gore,horror,zombie..ada scene mamat dalam filem ni bangun tido je terus layan movie horror..poster filem maniac kat dinding..tu semua mesti kisah lifestyle hidup Omar..tapi disamping itu dia jugak membawa satu mesej mengenai alam sekitar, budaya muslim, dan politik dalam filem ini.

Apa yang ditonjolkan dalam filem ni sebenarnya semua dah ada dalam poket para peminat tegar filem gore..semua aktiviti bunuh dah biasa sangat..takde yang lain..make up effect pun biasa je..muzik lama sebagai muzik latar pun dah biasa..tapi kena jugak la dengan filem ni..style komik horror pun macam ciluk dari citer creepshow..overall filem ni bolehla dibanggakan sebab pergi jauh sampai ditayangkan di banyak negara termasuk US dan menang piala.

Download dan tengok sendiri :

subtitle English


Tiada ulasan:

Catat Ulasan