Rabu, 7 Julai 2010

b'Juang.

Teruk aku kena serang dengan meraka pagi ni.Mereka tak berhenti-henti memaksa aku berubah menjadi muka ketat..bertubi-tubi gigitan-gigitan berjangkit sesama mereka menerjah ke dalam pusat It untuk menyusahkan aku..aku bersendirian menguruskan mereka semua ini..tangan aku hayunkan ke sana ke sini seperti ingin menetak mereka..tak larat aku nak berkata itu ini kepada mereka.semua nya sama.bahalol dan baghal.

Partner aku, Ju pergi meeting.Pagi ni dia dah boleh larikan diri.Aku terpaksa berjuang seorang diri.tanpa pertolongan separa cemas..Technician Encik Umar ke sana ke mari memenuhi tugas lain..senjata-senjata perlu di check setiap masa..kondisi komputer perlu tampak bergaya untuk berfacebook..mereka ni dah lali dengan kecerewetan zombie.

Amer, dah terkena virus FIFA world cup.Harini terus cuti..lanyak tido setelah puas berjaga pagi.
En Z semakin rare..kejap ada kejap takde..makan jeruk banyak sangat dah suara hilang dan kedengaran menakutkan..

Aku memang anti awal sem..dan study week di akhir sem..kena pulak bila bersendirian menghadapi zombie.It's pain in the ass!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan