Rabu, 7 Julai 2010

9:30

Meeting pagi tadi hambar..Aku paksa rela je pergi.sebab aku tau tak ramai yang hadir.
Berhadapan dengan sang pangkat tinggi buat aku kekok..
sorang-sorang bersuara tapi aku membisu.aku insan kecil engkau orang besar..macam tu la..
tapi aku berkhayal.Dunia khayalan sudah cukup buat aku hilang dari hanyutan mengantuk..
Aku pura-pura.Aku buat berkaliber.
menyesal dah ni aku pergi meeting..Sebab lepas ni mesti kena buat banyak kerja.
Itulah sapa suruh tunjuk muka...Lepas ni aku cuba melawan arus..tak kasi chan.

Tiba-tiba nama aku disebut.."Apa kejadahnya logo ni?" kata si polan."Boleh terangkan sikit apsal lu letak piring astro kat situ?"

aku pun belok mengelak dengan kata.eh?Dah pilih dah ke logo tu?kan gua buat 3 logo, pilih la lagi..tapi gua ok jer kalau lu orang pilih logo ni..

rasionalnya.. yang macam piring tu macam citer Saw dan Cube..korang layan tak?
maksud die macam mana lu orang brainstorm untuk dapatkan jalan keluar.
yang anak panah tu pasal kalau ko tak keluar memang ko akan mati ditetak benda tajam!tepat dari bawah ke atas secara serong..dari celah kelangkang badan ko akan terbelah dua, terburai isi perut rebah ke bumi..yang bulat macam puzzle tu adalah rintangan yang bakal lu akan hadapi bila tak bagi gaji gua..gua akan potong usus-usus dalam perut korang.itu pasal la rupanya cam gitu..kan ke macam usus perut di potong tu..

hmm..setelah diugut aku akan gigit gusi hadirin kalau tak suka..akhirnya mereka bersetuju.

(diam 5 minit)..suasana hening..suara burung helang di tengah padang sebagai muzik latar..

Eh tiba-tiba aku tengok Skrin di layar.aku terbayang kalau pasang citer gore guna projektor dalam bilik meeting best jugak..


hmm..nanti keje malam aku try!

1 ulasan: