Rabu, 7 Julai 2010

Majal

Pagi ni seperti biasa tanpa mimpi yang boleh dikenang-kenang, aku bangun semalas yang mungkin kerana setiap hari macam tu juga..cuti semester dah hampir habis..tibalah giliran waktu syif minggu depan.Suasana dah lain.Dah tak perlu berburuh di waktu pagi-pagi,bersarapan pukul 8.30 pagi..kerja petang boleh lanyak tido lebih sikit walaupun sambung tido selepas sembahyang subuh.

Tapi pagi ni lain macam..agak lewat kalau mandi pukul 7.30 pagi..sebab malam tadi pekena Happiness of the Katakuris kot..kelam kabut jugak kejar waktu, sambil masa berdetik pantas aku pakai apa yang patut..Harini nak pakai lain sikit..selalu pakai Sweater Parka hari ni pakai hooded Balzac..

Baru je aku nak parking kereta aku masuk dalam kawasan umah dah kena blok pulak dengan kereta waja jiran sebelah.brother love betul la jiran aku nih..agak-mengagak le muncung kereta lu terjojol masuk kawasan umah makcik wa tu pehal.camne aku nak masuk parking..dah la da lewat.Terpaksa la aku membazir suara aku terpekik-pekik panggil dari luar rumah suruh dia alih kereta.

skuter putih si anak gajah kecil tu aku bawak keluar..mau pergi kerja dengan secepat mungkin.naek motor boleh ciluk-ciluk jalan jem.tengah bawak sedap-sedap sambil nyanyi lagu serial Butcher, tetibe dengar bunyi "PAng!"amende pulak tuh!

Haih..kipas enjin skuter pecah la pulak..adui.terus lepas tu meraung skuter kecil tu..macam dah hilang pikap..nak je aku hantar pergi workshop terus tapi kedai tak bukak lagi..terpaksa la aku patah balik ke rumah.tu pun nasib baik lepas balik..dah le pukul 9.30 pagi ada meeting pulak kat ofis..dah lewat. pukul 8 lebih baru aku sampai ofis.Terpaksa bawak kereta jugak.

Majal betul pagi ni..tu nak duit lagi le tu si skuter tuh..adui.ni aku nak salahkan baju Balzac je rasa..baru je arini pakai dah majal..ke nak aku salah kan aku sebab maki si jiran sebelah tu?..dah dapat balasannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan