Ahad, 4 Julai 2010

Bunuh!.

Hari ni aku "berbulu" kata orang, rasa nak melakukan pembunuhan beramai-ramai setelah tengok para zombie begitu ramai masuk ke dalam perpustakaan..di setiap sudut meja penuh dengan zombie bertuck in..budak-budak mentah berneck tie lagila mudah nak ditewaskan..sekali zas jer putus urat tengkuk..ruang IT juga penuh.bunyi pintu keluar masuk bikin aku panas telinga..rasa nak sepak terajang dekat zombie berkaca mata yang sengal-sengal banyak tanya.Tambah pulak dengar aktiviti "nak guna printer"..lagi kacau. Aktiviti aku mendownload inspirasi pun jadi tergendala.

Muka-muka zombie lama yang dah memang selalu bertandang di dalam library satu masa dulu kini bersua kembali..muka aku ketat semula, jangan harap aku nak berkompromi. Musuh-musuh ketat, tetap, dan tradisi kembali mencabar kesabaran aku..dengar kata jumlah geng-geng seangkatan dengan mereka bertambah banyak..aku tak gentar, marila datang sepuluh..aku lanyak-lanyak dengan chainsaw di setiap tubuh mereka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan