Khamis, 15 Julai 2010

Pulih.

Minggu ni baru pulih dari demam..Sebelum ni aku hanya buka blog tapi otak aku beku untuk berbuat apa-apa..aku kehilangan deria rasa yang menikmatkan aku untuk makan sedap..semua masakan rasa tawar..itu la penangan demam.tapi sekarang dia dah kembali..jadi aku baru jer dapat makan puas-puas..tulang-tulang badan pun kebas..kaki nak bergerak pun rasa seperti kuasa Ram 256mb..sangat berat..tak bermaya.tapi sebabkan dah makan ubat dah servis balik sistem dalam badan dan boleh semula menjana pendapatan..kembali kepada rutin biasa.

Bekerja sebelah petang menggamit rasa tenang.Pegawai atasan telah lena berehat di rumah masing-masing.Di rumah mereka melayan drama yang tak dramatik.Sebelah malam tiada suara telefon berdering.tiada panggilan yang membebankan dan tiada arahan...Zombie sebelah malam agak hambar..tak ramai bertandang ke perpustakaan..pasif di kala ini,mungkin sudah penat hadir ke kelas what so ever..ini membuatkan aktiviti aku berterusan dan seperti biasa filem prolifik yang berjaya menggamit tumpuan aku hanyalah genre horror,terror, gore.. dan di sini mari kita nikmati juadah ini!







Angela, watak yang pyscho!

Citer ni memang best!filem lama zaman para remaja pakai seluar bulat.tahun 80an.Citer yang sangat mendebarkan!pasal pembunuhan di camp Arawak yang melibatkan ramai mangsa mati dengan dasyat akibat berhubung atau membuli si Angela dan Ricky..sepanjang perjalanan cerita akan menjadi persoalan siapakah pembunuh dan penjahat sebenar yang melakukan semua angkara ni..dan penghujung cerita ni memang sesuatu yang mengejutkan dan memberi impak sekali..kejutan yang memang best!..

Return to Sleepaway Camp (2008)

Angela kembali!!!

Filem sambungan dari yang pertama tapi kali ni peserta kem terdiri dari golongan sekarang ni..dah takde seluar bulat..budak-budak lagi nakal,oleh sebab tu cara pembunuhan lagi lebih dasyat!memang kali ni aku sangat berdebar tengok cerita ni!..tak senang duduk, apatah lagi menonton sambil baring..part bunuh dengan jolok biji mata dengan bende tajam memang membuatkan aku tak senang sekali..cerita agak sama, kalau tengok ramai-ramai seronok masing-masing meneka siapakah pembunuh sebenar kerana di akhir cerita barulah terungkai segala persoalan..memang aksi pembunuhan yang lain macam!..watak Angela dan Ricky kembali!tapi mereka dah dewasa..ketakutan juga kembali menyelubungi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan