Argh, aku lupa memberitahu cerita ini...
Selang beberapa minggu kemudian, selepas hari raya, muncul lagi ibu kucing sebelah rumah yang selama ini menghilangkan diri. Rupa-rupanya sepeninggalan beliau, rupanya beliau membawa diri yang lara untuk berbulan madu setelah ada masa terluang tanpa anak, kononnya seperti bujang kembali,seperti janda yang masih laku, disebabkan anak beliau aku telah buang ke lain daerah, beliau rupanya memasang idea baru dan dengan harapan baru beliau pergi mencari jantan-jantan yang kegersangan dan menggoda mereka-mereka untuk mendapatkan segumpal benih!
Cis, memang hebat permainan si ibu kucing sebelah. dengan keadaan perutnya yang membunting, seperti mau menunjuk-nunjuk kepada kami. permasalahan yang dulunya disangka selesai bakal menghantui kembali. akan datang, pasti akan tersebar kembali bulu-bulu, bau-bauan tahi dan di mana ada bau di situ ada macam-macam jenis tahi di tepat hadapan pagar rumah kami.
Kemudian, hari yang dijangkakan sudah tiba, 3 ekor anaknya kecil-kecil molek sedang enak berada di depan rumahku.buka saja pintu dah kelihatan mereka membuat port di depan pintu rumah..persoalannya ialah kenapa berada di rumahku tetapi tidak di rumah tuannya? ini tak boleh jadi, lalu ku halau mereka seperti anjing walaupun mereka itu kucing. tidaklah terlalu ganas, tetapi cukup membuatkan ibunya lari melintang pukang dan meninggalkan anak beliau berurusan denganku.
Jahanam punya emak.tinggalkan anak bila berlaku musibat.yang si anak pula bijak juga lari ke bawah keretaku yang sedang elok parking di hadapan rumah.langsung aku lihat hilang entah kemana.ini tak lain tak bukan mesti menyorok dekat tayar kereta atau bumper kereta yang mana menyukarkan aku mengambil apatah lagi menghalau mereka.lalu ku biarkan begitu saja, tak kuasa nak melayan..dan pagi itu, aku bawa motorsikal saja dan biarkan kereta di rumah...
debaran ceritanya disini..nak dijadikan cerita, motosikal yang aku naiki hari itu mengalami kerosakan, sudahlah aku sudah lambat ke ofis..buat hal pula motor rosak, perjalanan masih jauh ke ofis, dan jauh juga untuk patah balik ke rumah.Lalu aku mula bertafakur mencari idea-idea bernas macam mana aku nak handle permasalahan ni..akhirnya aku menolaklah motor yang beratnya boleh kata boleh membuat kan aku berpeluh jantan..hidung kembang kempis menolak motor, muka menahan malu tapi sabar dengan keadaan sekeliling.
Berkat kesungguhan,akhirnya sampai juga ke workshop yang berdekatan..kemudian motor ku dibaiki.aku menelefon isteriku untuk mengambilku dan menghantar pulang ke rumah untuk mengambil keretaku.hari itu aku gagah juga hendak pergi kerja..di lajukan cerita ini, seperti biasa aku pandulah kereta pula ke ofis,motor aku tinggal ke bengkel nanti petang baru aku deal kembali..dalam perjalanan aku bawak memang laju, maklumlah dah lambat dan hari itu aku ada urusan penting di ofis..ada seketika aku bertembung dengan lopak dan bonggol yang agak tinggi..
tiba-tiba aku merasakan macam ada tak kena dan sekilas aku memandang ke cermin pandang belakang, pada masa tu aku ternampak kelibat mahkluk kecil berguling-guling keluar dari bawah kenderaan aku.Alamak!ini tak lain tak bukan mesti anak kucing awal pagi tadi!rupanya mereka masih ada bawah kereta aku,tidak,mungkin di dalam bumper atau celah-celah kereta yang boleh mereka menyorok.Hal ini memang diluar jangkaan dan kawalan aku. aku tak sangka mereka masih berada di situ dan kebetulan aku terpandang cermin belakang dan masa itu juga terpandang si anak kucing itu tergolek-golek keluar...
Aku tak tau la apa nasib mereka, aku dalam keadaan memandu yang agak laju..langsung kelibatnya tidak kelihatan.nak berhenti ada banyak lagi kereta dekat belakang dan harapnya tak dilanggarlah anak kucing itu.aku merasa bersalah..aku tidak berdendam dengan si ibu kucing tetapi aku jangkakan sudah nasibnya bakal kehilangan anaknya lagi sekali...Aku tak berhenti, aku cuma berharap kucing itu tidak apa-apa..yang pasti cuma seekor yang kelihatan keluar tergolek, yang 2 ekor lagi aku tak tau la macam mana pula,mungkinkah sudah awal-awal lagi tergolek keluar tanpa pengetahuan aku?atau cuma seekor saja yang berada di bawah kereta..
kepada ibu kucing sebelah rumah, maafkan saya dan kepada tuan punya kucing maafkan saya, dan sehingga ke hari ini cuma seekor saja anaknya yang berada di samping si ibu..huh.nasib ada juga anaknya yang selamat, aku ingatkan sudah arwah ketiga-tiga anaknya..