Sebenarnya apakah yang benar-benar berlaku?Seekor demi seekor kucing hilang di kawasan perumahan itu..Hilang dengan penuh tanda tanya. Apa abang kawasan tak jaga ke kawasan dia?kejadian yang berlaku tak dapat diselesaikan dan banyak andaian saja yang muncul. akhirnya semuanya buntu. Tiga ke empat penghuni rumah sudah mengadu kehilangan manja dengan kucing masing-masing.
Di satu sudut yang lain, Xi kelihatan tenang berjalan sambil memandang satu persatu rumah-rumah yang ada di situ.Perwatakannya seperti takde apa pun yang berlaku di situ. misteri kehilangan langsung tidak dihiraukannya. macam takde apa pun yang berlaku.
Xi, mempunyai wajah yang tenang, susuk tubuh kurus, gigi yang agak kotor, tapi gaya berjalan disusun rapi.Xi, sering dibuli oleh kawan dan bukan kawan juga..sesiapa yang menjumpai Xi pasti rasa nak hadiahkan sepak je ke leher Xi. Tapi itu sudah lumrah dalam hidup Xi, sebab itu Xi jenis diam diri, tak menonjol di kalangan orang kat situ. Tapi dalam hati Xi, penuh dengan sumpah seranah terhadap mereka. ada masa memang nak je Xi pancitkan tayar kereta diorang, kemudian kencing kat tayar sambil ketawa dalam hati.
Sebenarnya, selembik-lembik Xi ni, dia ni ada rahsia yang semua tak tahu. Xi ni walaupun nampak senyap dan selalu terpijak tahi burung merpati, tetapi jiwa Xi ada simpan sifat yang cukup digeruni dan kejam. kemarahan Xi dekat kucing memang dah lama dulu ada dalam hati Xi. semua orang tak tahu yang Xi ni lah yang sebenarnya melesapkan kucing-kucing di situ. Dialah kunci kepada kebuntuan misteri kehilangan kucing di kawasan situ. Tetapi takde sapa yang mengesyaki Xi, bila tepat jam 3 pagi di kala semua orang sedang tido, Xi akan berjalan di sekitar situ untuk meninjau kalau-kalau ada kucing-kucing muda yang berkeliaran di jalanan. Jika didapati ada, masa itulah senyap-senyap Xi akan merayap kemudian perlahan-lahan mendekatinya lalu pantas menerkam mangsa dari belakang dan menggigit tengkuk mangsa dan merobek dada mangsa dengan teknik cakar. kemudian Xi akan menghempas mangsa ke kiri dan ke kanan sehingga mangsa tak sedarkan diri lalu membawa mangsa ke tempat yang sunyi dan gelap. Di situ mangsanya akan dilapah sehingga tiada setitik darah pun. tulang-tulang mangsa pun di hancurkan kemudian di tanam.kesan pergelutan di hiaskan balik dengan debu-debu tanah untuk menutup bukti.
Selepas itu, Xi akan berlari sejauh yang mungkin, lari dari di kesan. berlari menuju ke rumah. Satu lagi pembunuhan berjaya di lakukannya dan Xi masih tidak dapat ditangkap.Xi masih bebas memburu mangsa, bebas melakukan aktiviti yang semakin membuatkan orang menjadi runsing. Ini adalah kerana Xi juga adalah seekor kucing syaitan jantan yang memakan anak kucing dan digelar si kucing kanibal.
lor... ader laks eh? hmmm
BalasPadam