Minggu ni aku melayan filem-filem samurai buta, nak elakkan daripada membuta kat ofis, aku pun terfikir nak layan citer hero-heroin buta ni.Takdelah, sebenarnya apa yang membuatkan aku nak tengok zatoichi ni adalah lepas aku tengok filem Death Proof arahan Quentin Tarantino di mana ada watak Julia ni ejek dengan berkata "zatoichi" kat Stuntman Mike sebab tak nampak billboard iklan dia kat tepi jalan.. lagipun Beat Takashi (outrage) & Tadanao Asano (Ichi the killer) berlakon, mesti lah kena layan.Antara ketiga filem ni, Zatoichi yang 2003 ni memang best dan Bad Ass!
Zatoichi (2003)
ICHI (2008)
Zatoichi: the last days (2010)
ni bukan sinopsis, hanya info jelah.
Dalam era zaman feudal Jepun, kehidupan memang payah, dan yang berkuasa selalu menindas golongan yang lemah. Apatah lagi bila muncul golongan Samurai/buke yang hari-hari merewang bawak pedang dan anytime boleh pancung kepala orang. Penindasan mudah berlaku terutama pada siapa yang tak mahir dalam teknik bermain pedang.Golongan buke ni pulak patuh kepada shogun yang berkuasa iaitu Keshogunan Kamakura.Maka wujud pula clan-clan dan geng-geng seperti gangster atau kongsi gelap yang masih kekal sehingga kini yang terdiri dari ronin atau samurai yang terpesong menuju ke arah kejahatan. Demi wang dan tak nak susah menjalani kehidupan maka banyak samurai yang berpaling tadah dan mencari jalan terdesak menindas orang yang lemah dan patuh kepada syo (tuan tanah) atau orang yang berkuasa dan kaya.Tapi tak semua begitu sebab hero memang di perlukan, dan hero yang dimaksudkan tu adalah Zatoichi!
man,
BalasPadamcite ichi 2008 lakonan haruka ayase tu gempak ke tak?
ok lah jugak tapi agak slow jalan cerita.
BalasPadam