Hari ini Marzuki sudah kembali bekerja. setelah kemalangan tempoh hari, Marzuki terus lesap tanpa khabar berita. Keadaan ni membuatkan rakan sekerja mahupun bos kat tempat kerja jadi kaget, dan hilang punca. kali terakhir Marzuki muncul di ofis adalah selepas baru saja dia kemalangan motosikal, dengan keadaan yang cedera, luka-luka di tangan, seluar koyak,Marzuki datang terus ke ofis untuk beritahu yang dia kemalangan.lalu terus beredar ke klinik.selepas itu terus takde khabar berita darinya. adakah teruk keadaan Marzuki? cedera parah ke masa kemalangan tu?terus menjadi tanda tanya.
Marzuki, seorang pekerja yang pemarah, bengis, pelik, dan agak misteri.pelik adalah kerana dia tidak memiliki handphone. Pada zaman kini, yang mana handphone dah jadi keperluan asas, tapi Marzuki tenang dan senang dengan tiada handphone di sisinya. Misteri pula kerana Marzuki sering bercakap sorang diri. Tapi bagi rakan-rakan ofis yang sudah biasa dengan Marzuki perkara ni sudah jadi lali dan normal melihat keadaan diri Marzuki. cumanya takde siapa yang layak menegur apatah lagi menasihatkan Marzuki supaya berubah. Marzuki mudah saja reaksinya, dengan renungan mata yang tajam ke lantai sudah jadi penanda yang dia tak suka, masa tu janganlah diusik atau ditegur Marzuki, kalau tak penumbuk, siku, naik ke muka..
Sebenarnya berbalik kepada hilangnya Marzuki adalah pada masa dia eksiden motosikal tempoh hari, Marzuki jadi bengang!. macamana dia yang sebagai otai boleh diperkotak-katikkan oleh pemandu bas yang jahanam di jalan raya. perkara ni membuatkan Marzuki tekad mencari pemandu bas yang menyebabkan dia tertonggeng di jalan raya akibat mengelak bas itu. Mujur dia masih ingat nombor pendaftaran bas tu dan dengan nombor itu Marzuki cari di sekeliling bandar untuk dapatkan pemandunya. 2 Minggu Marzuki tidak kelihatan di Ofisnya, macam-macam andaian yang keluar mengenangkan Marzuki yang cedera kemalangan. hendak menelefon Marzuki pun tak boleh, nak hubungi keluarganya pun susah. masing-masing tak tahu maklumat mengenai Marzuki.
2 Minggu itulah Marzuki tekad mencari sampai dapat pemandu bas bangang itu. Akhirnya hari minggu yang terakhir Marzuki temui juga pemandu itu. Pemandu tu seperti biasa membawa bas di jalan sama di mana tempat Marzuki kemalangan tempoh hari. Marzuki mengekori dari belakang bas dan depan sikit bas itu berhenti lagi untuk ambil penumpang, seperti biasa pemandu bas tu berhenti tiba-tiba dan langsung tak hiraukan pengguna jalan raya yang lain. melihat keadaan itu Marzuki jadi naik darah melihat bas yang dipandu lelaki tu, dipintasnya bas tu dan Marzuki berenti depan bas untuk menghalang bas tu bergerak. Pemandu kelihatan terkejut dan marah sambil membunyikan hon bas.
Marzuki meluru masuk ke dalam bas sambil genggam tangan, luka di tangannya bekas jatuh motor tempoh hari pun masih merah dan belum sembuh sepenuhnya, langsung di tunjuk ke arah pemandu bas itu dan memarahi pemandu bas itu yang menyebabkan dia cedera jatuh motor. Pemandu itu tergamam kebingungan. melihat keadaan pemandu yang tidak berkata apa-apa, Marzuki pun menghadiahkan satu penumbuk ke tulang rusuk pemandu itu. dan lagi satu penyepak kepala lutut ke muka pemandu itu, langsung lelaki itu tersandar ke kerusi pemandu sambil tersembur darah ke stereng bas. Marzuki langsung tak hiraukan jeritan penumpang lain yang kelihatan terkejut dengan tindakan Marzuki. mereka tak berani nak menghalang sebab marzuki memang dah tahap maksimum punya marah.
belum cukup dengan itu diludahnya kahak ke muka lelaki itu dan Marzuki menggenggam rambut lelaki itu dan menghentak kepala lelaki itu ke stereng bas. Diulangnya 2,3 kali sampai darah keluar membuak dan hilang bentuk muka..gigi lelaki itu pun kelihatan patah dan Marzuki sekali lagi menyerang dengan mencekik leher lelaki itu dan mencengkam kuku terbenam ke kulit lelaki itu sambil memaki hamun. Ada kalanya Marzuki menyindir lelaki itu dengan menyanyikan lagu stacy"jahatnya kamu.."sambil menjelir-jelirkan lidah tanda berpuas hati dapat belasah pemandu yang tak berdaya melawan itu. setelah nampak lembik tak bermaya, Marzuki pun beredar keluar dari bas dan dengan pantas menaikkan jari tengah ke arah bas itu lalu membonceng motosikal beredar dari situ...
keesokan harinya, Marzuki kembali bekerja ke Ofis seperti biasa, berpakaian kemas, neck tie, dan berseluar slack lembut sambil melontarkan senyuman yang paling manis...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan