Kisah duka kucing akhirnya langsai kerana semuanya sudah seperti sedia kala.Catrina, Livi & Edo kembali seperti biasa. kalau sehari mereka tak muncul, baru lah betul-betul sah mereka hilang..baru-baru ini Livi tidak kelihatan.walaupun ada sedikit cemas dengan kehilangan Livi,akhirnya dia muncul jugak pada sebelah malamnya. macam-macam desas-desus yang timbul kemanakah hilangnya Livi.Itu yang keluar andaian seperti dibaham anjing, diculik orang vietnam, di buang oleh jiran dan sebagainya.
Livi sangat lincah, begitu juga abangnya Edo.sayangnya Mila tak dapat bersama kerana sudah lenyap diulit misteri.kehilangannya terasa. faktor keturunan mungkin menyebabkan kedua makhluk ini jadi sangat aktif. tak hairanlah kalau aku menggelar Livi sebagai "Spidercat".mana taknya dalam sekelip mata jer Livi mampu panjat dinding yang empat lima kali ganda tinggi dari ketinggiannya..juga Livi jenis yang cerewet, tak mahu kongsi makanan dan suke komplain susu badan maknya tak sedap.
Terbaru, ada kawan dari jiran sebelah, dalam tiga ekor, selalu datang ke rumah bertegur sapa dengan Livi & Edo.tapi teguran tu lebih kepada menyindir dan bongkak. tak respek langsung senioriti. kalau dulu agaknya Livi dah boleh panjat dinding rasanya kucing sebelah ni baru la terhegeh-hegeh merangkak dan menyusu ibu. kalau tau lah diorang ni sombong, mau je Livi pijak-pijak masa diorang kecik dulu. muka kucing sebelah ni memang kejam. walaupun takde parut kat muka tapi gaya pandangan kucing sebelah ni dah nampak ciri-ciri kucing syaitan kanibal. pantang nampak makanan dari rumah aku, diorang dulu yang sebat. Livi & Edo pun dihalaunya.memang tak hormat tuan rumah..mereka ni aku gelar "kucing tikus".
Yang si Catrina pulak, memang selalu gaduh mulut dengan Ibu diorang. Jumpa je memekik, tu belum gaduh lagi. kalau gaduh rasanya mesti tarik-tarik misai. tarik-tarik ekor. sepanjang pemerhatian aku lah, setakat ni mereka gadoh ala-ala carik-carik bulu ayam lagi la. masih dalam keadaan terkawal. Aku merangkap pemantau, hari-hari akan sentiasa pantau pergerakan mereka. mana yang buruk aku akan tegur, yang baik tu teruskanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan