Ahad, 27 Jun 2010

snow.

Sabtu lalu aku dan isteri serta kakak dan adik ipar pergi kenduri kahwin kawan aku, Sharan..kat Ampang..Selamat pengantin baru Aran & Adah, Tahniah!..ok, selepas makan sambil dihiburkan dengan nyanyian karaoke paling lunak oleh brader-brader love..kami pun mengebas sebekas makanan yang dipenuhi kuih peyek,yang lain apa nama kuih ntah aku tak tau..diam-diam sorok dalam beg Angah,sebab nanti boleh makan dalam kereta..mujurlah kat kenduri takde buat spotcheck ye..lepas salam dan bergambar dengan pengantin kami pun berambus tanpa hala tuju..

Tapi biasalah, pergi dengan kaum hawa ni banyak peel nyer..nak tukar baju la pulak diorang nih, baju kurung tak sesuai bawak berjalan kot?.carila perhentian untuk sesi salin baju..pastu dah selesai kami masih lagi buntu tak tau mana nak pergi..tetiba rasa nak nonton wayang pulak kat galaxie Ampang..dah lama aku tak menonton kat MBO galaxie nih,,dulu masa duduk kat Ampang, aku sorang-sorang pun bleh pegi layan wayang..selamba je..rumah dekat dengan galaxie..masa lapang layan wayang jelah selain keluar dating..

Ok tengok-tengok citer apa ada, kali ni kami cadang nak tengok citer Frozen,.hehe aku on jer sebab awal-awal aku dah tengok ada review dari bloody-disgusting.com kat poster..hmmm ni mesti citer horror atau gore..aku tak sangka dorang pun layan..so selepas tengok citer nih, ramai yang muka tak puas, kedengaran suara "tak best langsung citer nih!" dan blah blah blah mengutuk citer nih..tak taulah berapa kerat jer yang suka..tapi bagi aku..hmmm..

Frozen (2010) by Adam Green



jom tengok trailer.

Citer ni bagi aku citer horror yang unik..mengenai manusia menentang alam semulajadi ,manusia menentang ketinggian, manusia menentang haiwan liar,dan manusia menentang tekanan emosi. Jalan citer die simple saja..citer pasal 3 orang kawan nih yang sedang bercuti nak main snowboarder, tapi akibat berlaku salah faham antara staff kat situ,terjadilah satu peristiwa yang malang kat diorang nih..terkandas kat kerusi lif di ketinggian 50 kaki di udara, takde orang lain, pada malam hari, tengah salji, sejuk, gelap, dan tempat tu akan ditutup seminggu akibat cuaca buruk!..ha apa yang boleh anda lakukan kalau jadi macam nih!..nak tunggu mati kesejukan?

ok yang menarik bagi aku adalah, idea Adam Green dalam penceritaan genre horror nih,.sinonimnya citer horror mesti ada ghost yang muka hodoh, ada pembunuh yang kuat gila babi, aksi kejar mengejar antara pembunuh dengan kaum hawa, darah terpercik penuh satu rumah, teknik CGI atau visual yang menambah keseraman cerita,.tapi Frozen hanya perlu main emosi dalam keadaan terdesak, walaupun lakonan tiga orang watak ni (Kevin Zegers Emma Bell Shawn Ashmore) takde lah bagus mana..tapi citer nih berjaya jugak lah buatkan ada sorang penonton pengsan akibat tak boleh kawal perasaan tension dalam filem nih masa menonton tayangan preview di sundance!..kat Malaysia nih aku rasa penonton kool jer,takdelah beria sangat,malah tak suka pun citer nih!..aku rasa sebabnya kat sini takde salji! jadi tak merasa kesejukan salji, bermain kat bukit bersalji, jumpa serigala..tu semua mana pernah ada kat sini..jadi citer nih adalah rubbish bagi di sini!

tapi bagi aku filem ni tak la teruk sangat,walaupun aku ingat masa aku tengok citer nih aku kata aku pun boleh buat cerita macam nih..simple sangat..barisan pelakon pun 3 orang je wataknye..tapi fuh, cube pikir balik,camne die boleh shoot dalam kedudukan atas udara tuh? tengah salji membeku..jadi cerita nih memang Adam Green tu kata uniknya adalah diorang pentingkan realism..semua shooting buat betul-betul time salji sejuk gile..outdoor dan bukan di studio..diorang turut sekali berada bersama pelakon kat atas kable tuh..

Apapun, aku mulanya berharap ada adegan gore yang lain dari lain, tapi hanya sikit jer, part kena baham ngan serigala pun tak tunjuk sangat..cuma part patah kaki tulang terkeluar, frostbite sampai melekat tangan kat besi.tu ok jugaklah ada..overall jalan cerita memang simple!yang penting horror tu boleh berlaku kat mana-mana..dan kematian yang paling derita bagi aku adalah terbakar dan di baham binatang!

ps: Deadsnow lagi ok,massacre kat tengah salji!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan