Selasa, 29 Jun 2010

harakiri.

Lost Paradise (1990)

lebih baik ko download dan tengok sendiri..filem pendek arahan Masami Akita A.K.A Merzbow.cerita dia sangat real, make up effect terbaik dari Fuji Akio & CHIMUO NUREKI..Adegan Harakiri dalam cerita ni memang boleh membuatkan terkeluar dengan secara sengaja angin kentut aku..fuh!..berdebarnya!

Download :

Click sini

Isnin, 28 Jun 2010

TwisT.



Citer ni memang brilliant!sampai aku taknak review sebab taknak spoil kan penceritaan dia..korang kena tengok sendiri..dan tengok aje trailer ni..cerita ni sedikit sebanyak mengingatkan aku dekat cerita Cube (1997).

Indo.

wow!post-Metal bertemu Horror Punk...dari Indonesia..lagi ada band crust dari kota singa..
jahat-jahat belaka..pergi dengan gaya horror lagi masyukk..kelelawar Malam..teringin aku nak tengok.

so sial

Ahad, 27 Jun 2010

snow.

Sabtu lalu aku dan isteri serta kakak dan adik ipar pergi kenduri kahwin kawan aku, Sharan..kat Ampang..Selamat pengantin baru Aran & Adah, Tahniah!..ok, selepas makan sambil dihiburkan dengan nyanyian karaoke paling lunak oleh brader-brader love..kami pun mengebas sebekas makanan yang dipenuhi kuih peyek,yang lain apa nama kuih ntah aku tak tau..diam-diam sorok dalam beg Angah,sebab nanti boleh makan dalam kereta..mujurlah kat kenduri takde buat spotcheck ye..lepas salam dan bergambar dengan pengantin kami pun berambus tanpa hala tuju..

Tapi biasalah, pergi dengan kaum hawa ni banyak peel nyer..nak tukar baju la pulak diorang nih, baju kurung tak sesuai bawak berjalan kot?.carila perhentian untuk sesi salin baju..pastu dah selesai kami masih lagi buntu tak tau mana nak pergi..tetiba rasa nak nonton wayang pulak kat galaxie Ampang..dah lama aku tak menonton kat MBO galaxie nih,,dulu masa duduk kat Ampang, aku sorang-sorang pun bleh pegi layan wayang..selamba je..rumah dekat dengan galaxie..masa lapang layan wayang jelah selain keluar dating..

Ok tengok-tengok citer apa ada, kali ni kami cadang nak tengok citer Frozen,.hehe aku on jer sebab awal-awal aku dah tengok ada review dari bloody-disgusting.com kat poster..hmmm ni mesti citer horror atau gore..aku tak sangka dorang pun layan..so selepas tengok citer nih, ramai yang muka tak puas, kedengaran suara "tak best langsung citer nih!" dan blah blah blah mengutuk citer nih..tak taulah berapa kerat jer yang suka..tapi bagi aku..hmmm..

Frozen (2010) by Adam Green



jom tengok trailer.

Citer ni bagi aku citer horror yang unik..mengenai manusia menentang alam semulajadi ,manusia menentang ketinggian, manusia menentang haiwan liar,dan manusia menentang tekanan emosi. Jalan citer die simple saja..citer pasal 3 orang kawan nih yang sedang bercuti nak main snowboarder, tapi akibat berlaku salah faham antara staff kat situ,terjadilah satu peristiwa yang malang kat diorang nih..terkandas kat kerusi lif di ketinggian 50 kaki di udara, takde orang lain, pada malam hari, tengah salji, sejuk, gelap, dan tempat tu akan ditutup seminggu akibat cuaca buruk!..ha apa yang boleh anda lakukan kalau jadi macam nih!..nak tunggu mati kesejukan?

ok yang menarik bagi aku adalah, idea Adam Green dalam penceritaan genre horror nih,.sinonimnya citer horror mesti ada ghost yang muka hodoh, ada pembunuh yang kuat gila babi, aksi kejar mengejar antara pembunuh dengan kaum hawa, darah terpercik penuh satu rumah, teknik CGI atau visual yang menambah keseraman cerita,.tapi Frozen hanya perlu main emosi dalam keadaan terdesak, walaupun lakonan tiga orang watak ni (Kevin Zegers Emma Bell Shawn Ashmore) takde lah bagus mana..tapi citer nih berjaya jugak lah buatkan ada sorang penonton pengsan akibat tak boleh kawal perasaan tension dalam filem nih masa menonton tayangan preview di sundance!..kat Malaysia nih aku rasa penonton kool jer,takdelah beria sangat,malah tak suka pun citer nih!..aku rasa sebabnya kat sini takde salji! jadi tak merasa kesejukan salji, bermain kat bukit bersalji, jumpa serigala..tu semua mana pernah ada kat sini..jadi citer nih adalah rubbish bagi di sini!

tapi bagi aku filem ni tak la teruk sangat,walaupun aku ingat masa aku tengok citer nih aku kata aku pun boleh buat cerita macam nih..simple sangat..barisan pelakon pun 3 orang je wataknye..tapi fuh, cube pikir balik,camne die boleh shoot dalam kedudukan atas udara tuh? tengah salji membeku..jadi cerita nih memang Adam Green tu kata uniknya adalah diorang pentingkan realism..semua shooting buat betul-betul time salji sejuk gile..outdoor dan bukan di studio..diorang turut sekali berada bersama pelakon kat atas kable tuh..

Apapun, aku mulanya berharap ada adegan gore yang lain dari lain, tapi hanya sikit jer, part kena baham ngan serigala pun tak tunjuk sangat..cuma part patah kaki tulang terkeluar, frostbite sampai melekat tangan kat besi.tu ok jugaklah ada..overall jalan cerita memang simple!yang penting horror tu boleh berlaku kat mana-mana..dan kematian yang paling derita bagi aku adalah terbakar dan di baham binatang!

ps: Deadsnow lagi ok,massacre kat tengah salji!

Bola.

Ok.skang musim bola nak citer sikit lah pasal bola..baru up to date..

pertama, aku takleh tengok orang main bola kat tv, aku jadi mengantuk!

kedua, aku takdelah taktau langsung pasal bola!hehe..aku tau Messi dari Argentina, aku tau Cristiano Ronaldo dari Portugal, dan aku tau Park Ji Sung dari korea selatan!

ketiga, aku tau pasukan asia sekarang berharap kat jepun jer..huhu..gambate neh!~korea Selatan pun main bagus walaupun kalah!

keempat, tetibe bile dah masuk pusingan kalah mati ni aku nak sokong Argentina & Portugal pulak..

Kelima, aku tak pernah tengok game yang pukul 2 pagi tuh!walaupun aku layan movie sampai pukul 3 pagi!

Keenam, aku suka lagu waka waka nyanyian Shakira!

Ketujuh, aku selalu berimaginasi macam manala kalau zombie main bola?mesti stadium kena ada gate besar untuk pisahkan penonton manusia dan zombie..dan kalau letak referee tu manusia, zombie tu nak rebut bola ke nak rebut referee?

Jumaat, 25 Jun 2010

Rabu, 23 Jun 2010

fuh.



sekali sekala nak cecah cencalok apa salahnya.
skinhead boy making love with zombie (otto)
pemakan bangkai langgar lari

ewah-ewah dalam zombie ada taman

citer ni aku ambik masa dalam 3,4 hari nak habiskan..tengok sambung-sambung..bukan sebab terlampau ngeri..tapi selalu buat aku lelap mata. citer die unik & bosan. antara suka & tak suka..berat, tipikal dan abstrak kot...tapi menariknya..mana lah datangnya idea nak buat citer gay zombie macam nih..tu aku suka..kelainan..citer pasal konflik identiti..seorang zombie..teringat plak kat citer milk.. gay is still human anyway..but how about zombie?




Selasa, 22 Jun 2010

Shitsuke.

Asik cerita gore jer..dah pukul 1.40 pagi..baek tido.kalau tak bleh tido..lapik lagi dengan movie high tension.alamak,gore jugak..slow-slow sikit..ok, citer Otto..mmm...dah bape hari cuba nak habiskan..so bosan..

orang lain layan bola, sampai nama masing-masing kat fb pun nak ubah jadi nama pemain bola..

esok pagi kena buat aktiviti 5S kat library..ni semua untuk zombie keparat..
transformasi kedudukan meja.aku lemau betul nak angkat bende berat nih.
takpe, esok 5S jalan, download movie pun maintain jalan.

next, nak tengok lagi citer indonesia..Pintu Terlarang.

klasik.

Darah a.ka Macabre (2009)



klasikBanget!aku baru lepas menonton filem dari indonesia..bukan main excited lagi petang tadi lepas dapat download citer ni..abis jer layan keynote kat Astro Ria terus mengadap citer nih dengan harapan dapat buat aku teruja..ya, lagi sekali aku turut mengagumi produksi filem dari Indonesia jika nak di bandingkan dengan filem tempatan..tapi bukan lah aku nak puji sana lebih..cuma nya dengan genre filem yang begitu banyak boleh diekperimenkan tapi kenapa di Malaysia ni pembikin filem takde nak terbitkan yang seperti citer ini(filem histeria bolehla diterima)..mungkin kelak akan ada,cuma bila?..aku percaya akan ada sebab aku tengok slot drama citer penunggu gunung raya, kekasihku seru..arahan pengarah tempatan memang boleh pergi jauh..

aku takdela teruja sangat.filem horror yang kebanyakannya citer hantu jer kat indonesia tumbuh macam cendawan kat sana, tak semua aku minat, tapi citer ni lain macam..dia bukan citer hantu..tapi citer gore..citer pasal sekeluarga yang suka bunuh orang untuk kepentingan diorang jer..ok, takde apa sangat nak direview sebab jalan citernya terlalu biasa, copyright dari kebanyakan movie-movie gore barat yang dah dari dulu lagi di bikin..klasik gore..namakan saja texas chainsaw massacre, frontier, mum & dad, wrong turn, audition (hehe muka Dara memang nak sebijik dah macam watak Yamazaki Asami)..apa yang aku kagum adalah make up effect filem ni,ia memang sesuatu yang boleh dibanggakan..tengok darah bukan main banyak lagi..walaupun scene-scene gore die memang dah terlalu klasik, tetapi ia tetap menghiburkan,mendebarkan!!aku suka part masa polis tengok video Dara tengah ajar anak2-anak dia membunuh, seksa orang..masa tuh anak dia masih kecil..sekarang dah besar, dah jadi perodok & penyembelih manusia yang tegar!!bravo jugaklah citer dari Mo brothers nih..lagi pun ni produksi pertama dari gorylah pictures..next time kasi filem lagi gore ok.

ps: kalau aku jumpa dvd die aku akan beli buat koleksi simpanan masa tua.

Isnin, 21 Jun 2010

Dad.

Aku tak tau nak ulas apa pada hari bapa..aku belum jadi bapa.bapak aku pun bukannya biasa dengan hari bapa.Jadi macam hari-hari biasa je..hari ahad lepas tu diorang maybe dah sambut dengan Cikgu Lias (Abang aku)..haritu Lias Convo..Aku takleh join pasal aku dekat Pahang..aku boleh call jer lah..tapi apa yang lebih jelas pasal hari bapa..tengok tv1 ada citer drama "A" untuk Abah arahan Raja Ahmad Alauddin..citer pasal jadi bapa..layan..tapi aku rasa lagi best kalau layan citer ni..

City Of Men (2007)




Citer ni sesuai dengan konsep hari bapa..nak tayang kat tv pun takde hal..bukan setakat perang antara gengster yang nak ditonjolkan tapi lebih kepada teladan dan kisah seorang anak yang membesar tanpa bapa akhirnya menjadi bapa..banyak elemen yang menginsafkan dan penerapan nilai kasih sayang antara anak dan ayah, kawan baik, kekasih..Jalan citer dah macam drama ala-ala citer kat axn..tak banyak aksi..scene budak-budak main senjata tu ada tapi citer ni agak lebih sopan la dari city of god..citer tu lebih mendebarkan..tapi tulah, citer ni sesuaila sempena hari bapa.

Eh.ada lagi citer tajuk dekat sama..

Children Of Men.(2006)

Brilliant!Citer arahan Alfonso Cuarón ni memang terbaek!teknik kawalan kamera,sinematograpi ..memang dasyat!..banyak scene yang best dan rasa dekat dengan kita..horror scene rasa lebih real macam aku rasa pasni aku nak carik video camera pastu nak shot buat filem..memang insipirasi.Jalan cerita ala drama tapi unik, pasal kehidupan yang takde harapan di mana dunia mengalami kemusnahan..termasuk Kuala Lumpur..18 tahun manusia tidak boleh menghasilkan zuriat.jadi bila ada jer perempuan yang mengandung..memang die manusia yang maha super rare!..boleh jadi kaya raya la itu feremfuan..boleh jadi king of the world la..oh tapi tu lain..dalam citer ni kehidupan sentiasa chaos..belum senang lagi..bukan senang menjadi rebutan!Hero dalam citer ni (seorang Englishmen).dia la jadi orang yang bertanggungjawab untuk selamatkan perempuan yang rare nih..walaupun die bukan bapa kepada anak ni, tapi semangat kebapaan yang ditunjukkan boleh jugakla dijadikan teladan sempena hari bapa..oh..line best citer ni " you are fascist pig!"<--password untuk pengenalan. ps: aku belum jadik bapak.

Rabu, 16 Jun 2010

Jom!

Japanese Film Festival 2010
The annual Japanese Film Festival is back with plenty more Japanese movies for your viewing pleasure. Catch them at GSC Mid Valley and 1 Utama from June 17 - 21. Tickets are priced at RM5 per screening.


NoribenNoriben: The Recipe of Fortune
Dir: Ogata Akira (2009). Casts: Konishi Manami, Okada Yoshinori, Murakami Jun.
- Komaki Nagai leaves her useless husband, with her daughter in tow, and looks for work in the town she was raised in. She soon accepts part-time work and bumps into her classmate, Tateo, who takes her to a Totoya tavern.

Enraptured by the taste of their mackerel, she becomes determined to open the ultimate box lunch shop.

Dear Doctor
Dir: Nishikawa Miwa (2009). Casts: Eita, Yo Kimiko, Yachigusa Kaoru.

- A Tokyo medical graduate student is assigned as an intern in a tiny under-populated mountain village. There, he becomes friendly with Ino, a helpful veteran doctor who visits the sick in the middle of the night. As the only doctor in the village, its inhabitants regard Ino as a god.


Yamazakura: The Cherry Tree in the Hills
Dir: Shinohara Tetsuo (2008). Casts: Tanaka Lena, Higashiyama Noriyuki, Shionada Saburo, Dan Fumi.

- Set in the Ido period, Noe has lost her husband and married into the Isomura family. Her encounter with a samurai, Tezuka Yaichiro (who desires Noe as his wife), makes her already wretched life miserable. Faced with a drought and severe land tax, Yaichiro makes a decision that will change both of their lives.


Dog in a SidecarDog in a Sidecar
Dir: Negishi Kichitaro (2007). Casta: Yuko Takeuchi, Arata Furuta, Hana Matsumoto.

- This original story tells the tale of Kaoru, a young girl who lives with her obnoxious brother and feckless parents.

After her mother abruptly leaves one day, a mysterious woman, by the name of Yoko, shows up at her front door.

A walking contradiction to all notions of proper womanhood, Yoko eventually takes the girl under her wing and brings her out of her shell.


One Million Yen Girl
Dir: Tanada Yuki (2008). Casts: Yû Aoi, Mirau Moriyama, Pierre Taki.

- A 21-year old girl is recently released from prison and has to put up with local neighbourhood gossip about her. She makes up her mind to save one million yen, move to a different locale and continue doing so. Her travels end up being a journey of discovery about herself.

The Summit: A Chronicle of Stones
Dir: Kimura Daisaku (2009). Casts: Asano Tadanobu, Kagawa Teruyuki, Matsuda Ryuhei

- The year is 1907. Shibasaki, renowned for his skills as a surveyor, is suddenly called to General Staff Headquarters, where he receives orders to conquer Mt. Tsurugidake, the last uncharted region of Japan. The mountain stands 2,999m above sea level and sometimes referred as “needle mountain” or “mountain of death” for its inaccessibility.


Feel the Wind
Dir: Omori Sumio (2009). Casts: Koide Keisuke, Hayashi Kento, Nakamura Yuichi

- Anyone would agree, that the challenge they undertook was impossible. Haiji was an elite runner until his fateful injury. He encounters Kakeru, a gifted runner who got kicked out from the track team after a trouble with his high school coach. Haiji immediately feels that Kakeru is the runner that will make his dream come true.


5cm Per Second5 Centimeters per Second
Dir: Shinkai Makoto (2007). Voice of: Kenji Mizuhashi, Yoshimi Kondō, Satomi Hanamura.

- An animated film about life’s struggles (through time, space, people and love) that begins in the early 1990s and ends in modern day Japan.

The title of the film comes from the speed in which cherry blossom petals fall: a metaphorical representation of humans and how people drift apart.

Each of the three segment focuses on Takaki Tōno and his struggles to forget the love of his young life: Akari Shinohara.

For screening schedule, please visit www.gsc.com.my.

Katun.

Dulu masa kecik aku suke lukis watak katun lepas aku tengok citer katun kat tv..tempat lukisan aku adalah kat atas tanah..aku lukis guna lidi atau ranting kayu, sebab aku boleh lukis besar-besar atas tanah..tu masa kecik lah, dah masuk sekolah aku lukis kat buku pulak..semua karektor katun yang aku lukis adalah ikut imaginasi aku..Setiap kali abis tengok katun, aku akan berangan dan lukis selalunya superhero la..lukis kemudian terbaring berangan..diikuti dengan bunyi-bunyi efek dari mulut aku..superhero aku semua aku reka sendiri dan bukan ikut macam dalam tv yang aku tengok tu..macam kalau wolverine keluar besi tajam kat depan tangan aku cipta pulak hero nama dia Sharkman..keluar sirip besi tepi tangan..huhu..teringat jelas watak tu..nak je aku cari balik buku-buku sekolah yang penuh dengan contengan agung tu kat rumah kampung.

Skang dah besar aku tetap layan katun..selalunya aku lebih pada anime Jepun.tapi taste dah berbeza.baru-baru nih aku melayan citer nih..

citer ni memang tak sesuai la untuk semua.jangan belikan dvd citer ni kat anak yang masih kecil ya kalau tengok cover ada watak-watak ni..ada Puteri Disney yang comel tapi tak pakai spender dan terlebih hot..ada pikachu tapi ganas..ada captain hero tapi sewel beromen dengan mayat..tu antara watak dalam citer nih..watak robot tu plak nama die I.S.R.A.E.L..huhu..dan diorang ni dalam satu program realiti la kununnya yang dicipta oleh mamat yang bernama jew producer..citer ni sebenarnya memang ada unsur-unsur komedi sarkastik..politikal dan haha..VIOLENCE!..tu yang aku suke tu..memang aku teringatkan katun Happy Tree Friends
dan south park sikit-sikit..sebab citer ni memang takde kasi can.."F" word je sepanjang cerita..dan citer katun ni siap ada sex scene tu..watak-watak lain pun lucu..contohnya ada monster yang nama die monster who eat his own shit..hahaha lawak betul.. Apa pun aku layan dan suke part gore dia..cube la korang tengok..

violence anime yang lain yang aku suka jugak seperti :

Violent Jack. OAV (1986)

AKira (1988)

Ichii The Killer (2002)

Gantz (2000)


Tokko (2006)


ada banyak lagi, tapi mungkin ada sesiapa yang nak share atau rekemen kan kat aku kan?

Ahad, 13 Jun 2010

Gaduh.

Dah lama tak layan citer gangster..last tengok citer crow zero 2..citer ni famous.ramai yang dah tengok rasanya..tak kisahla citer gangster budak sekolah ke apa ke.janji ada style..ya, orang jepun kalau buat citer mesti bergaya..imaginasi diorang melampau dan hebat..tengok citer yakuza :

Like A Dragon..contohnya..fuh!penuh bergaya,kedua watak hero dan watak jahat aku kagum.Tapi jepun kalau buat cerita die ada sedikit mengarut..dia tak real sangat macam orang korea buat cerita gangster..Korea lebih menarik bagi aku..jalan cerita pun best..Masterpiece..gangster dari barat pulak, cerita-cerita Martin Scorsese la best layan..Goodfellas, Casino contohnya..tapi belah-belah sana gangster pakai senjata macam pistol,machine gun..jarang yang nak fight bertumbuk..belah-belah asia ni cool sikit, pakai besi, pedang, kayu baseball, penumbuk, penerajang jer..ok,yang terbaru ni dari jepun..aku layan citer nih..

Drop /Doroppu (2009)
Citer gangster budak sekolah, biasalah citer budak yang suke gaduh sama geng sebab nak buktikan sapa yang paling kuat..citer ni komedi sikit, tapi part gaduh die bergaya jelah, macam tak kuat pun bertumbuk, boleh jer bangun dan pergi sekolah esoknya..luka sikit-sikit je.yelah budak yang gaduh..apa pun layan gak la~!Unite & Fight!

Seterusnya lebih bagus!!

Attack the Gas Station (1999).


Citer ni Best..Masterpice..pasal 4 orang gangster (Seorang tu bekas pemain baseball,seorang lagi budak fine art, sorang lagi penyanyi rock & seorang lagi budak yang suka marah (mad dog))diorang ni saja-saja jer nak rompak kat Gas station..mula-mula dah rompak sekali..pastu pergi makan jap..bosan.die pergi rompak lagi sekali kat tempat gas station yang sama..macam-macam hal la yang berlaku, dan masing-masing ada kisah yang tersendiri..sampai la kemuncaknya gaduh besar-besaran kat gas station..bersama geng motor, geng budak delivery, geng kongsi gelap dan polis..memang gempak!dan lucu..

Attack the Gas Station 2 (2009).


Cerita ni macam remake la dari yang first.jalan citer lebih kurang sama..4 orang ni masing-masing ada cerita tersendiri..asalnya diorang ni keje kat gas station ni..bos die hire diorang ni khas untuk lawan dengan budak-budak rempit kat sana yang nak rompak kedai diorang..last-last budak 4 orang ni tak tahan nak boikot bos kedai tu pastu nak benti keje tapi gaji diorang tak dapat..duit cash takde malam tu..jadi diorang pun porak perandakan kedai tu dan satu cara nak dapat balik duit cash dengan handle sendiri gas station tu..malam tu memang kecoh habis, sampai kemuncaknya sama jugak..gaduh besar-besaran macam filem yang pertama!tapi lebih menarik dan menghiburkan!!

Banyak lagi sebenarnya citer gaduh yang best-best kat luar sana..citer gaduh dari UK pun best..tapi diorang lebih pada geng skinhead, hooligan bola sepak..ha..ni Luie banyak layan.hahaha..oit citer Malaysia plak..emmm ada la satu citer tu kan..tajuk je gaduh..hehe tapi tak gaduh-gaduh pun..pepun buat pe nak gaduh..banyak bende lain lagi yang boleh have fun!

June.

Playboy June 2010 Magazine Ebook


No of Pages: 179 | File Size: 31 MB | Ebook Quality: Very High
http://www.mediafire.com/?k03wutnggty

Penthouse June 2010 Magazine Ebook


No of Pages: 146 | File Size: 30 MB | Ebook Quality: Very High
Password- dnh
http://www.mediafire.com/?ybtlwz0hizz

Maxim June 2010 Magazine Ebook


No of Pages: 175 | File Size: 48.2 MB | Ebook Quality: Very High
http://www.mediafire.com/?k2hywzaj1yj

Adik-adik, buku ni baca sorok-sorok tau.
Designers, layout buku-buku ni bagus-bagus.
Perempuan, jangan marah aku..

sebenarnya, aku tak pernah tengok majalah majalah ni..tu yang excited sampai post kat sini.
next time aku akan mintak UiTM langgan buku ni tiap bulan, letak kat library aku..zombie dari Arab, German pasti teruja.

ps: download click kat font merah tu.

Fun.

Fun Fair.
Funny movies.
Not Funny at all.

Jumaat, 11 Jun 2010

Later.

Ada banyak movie horror /gore dalam simpanan..hanya tunggu untuk didedahkan je kat sini..disebabkan kemalasan yang memuncak..kemudian nanti la aku utuskan kisahnya ye..kahkahkah..otak aku dah makin blow dah dengan adegan-adegan yang hampir sama, sampai tengok darah dan cebisan-cebisan daging bertaburan pun dah makin hambar..banyak juga yang menarik..unsur komedi juga buat aku lagi tertarik dari unsur kejar-mengejar kaum wanita di akhir cerita...biarla lebih ridicolous dari series sampai lebihkan borak dari adegan yang dinanti-nantikan..


Sukan.

Makaih.dah lama tak bersukan.takpelah.Memang aku dah plan..lepas dah masuk keje syif nanti aku nak ajak Amer (rakan setugas) main badminton..tak pun ajak Pamex..saja kasi ada aktiviti..sebenarnya kenapa tetibe nak main badminton?tak main sukan lain?..

sebab ni..(poyo & acah-acah)
King (2009)


antara barisan watak utama.
behind the scene

Sekilas Tentang Filem King


Filem ini menceritakan tentang perjuangan seorang anak dari desa yang berusaha untuk jadi pemain badminton terkemuka seperti idola dia iaitu Liem Swie King.Sebab tu tajuk die KING..ambil inspirasi daripada kehidupan pemain lagenda tu.Filem ni menarik bagi aku.sebab bukan saja pasal badminton tetapi pasal kesungguhan dalam mencapai cita-cita..kalau orang kampung seperti aku ni mesti lebih terasa apa yang guntur (watak utama) alami..beban kewangan keluarga dan sebagainya..juga dalam filem ni diterapkan semangat setiakawan antara guntur dan Raden..memang anda akan teringatkan laskar pelangi jika menonton filem ni..sinematografi dia memang terbaek la..dan tu yang buat aku terus ikut kusyuk melayan filem ni sambil melihat keindahan desa kat Indonesia sana..juga..yang paling terbaek dalam King..emosi lagu latar dalam setiap perjalanan cerita di garap dengan bagus sekali.Memang gempakla hasil keje arahan Ari Sihasale,Musik illustrator, Aksan sjuman & titi Sjuman..dan last sekali lakonan Rangga Aditya sebagai Guntur & Lucky Martin sebagai Raden..bagus-bagus!~asyik...

gambar ambik dari : http://www.aleniapictures.com/kingmovie/home.php

Khamis, 10 Jun 2010

plan.

2 Minggu cuti sekolah ni apa aku nak buat sempena bini ada di sisi?rancang nak bercuti tapi terbantut la..orang tua ajak bawak die sekali bercuti..adui aku bukan taknak.memang nak sangat walaupun cuti tahunan aku tinggal 5 hari je ni.semua tu aku tak kisah, yang aku kisah ni pasal bulan ni kewangan terpaksa lebih menjurus ke aras keperluan kereta aku.huhu...Roadtax mati 1 Julai, insuran nak kena renew, dan pertukaran owner kete kena buat..(yes! dah abis bayar kereta!)..mana nak bercuti ni kalau poket kosong..makanya, semua orang harap bersabar, hehe..kita postpone bercuti eh..hehe..pe pun aktiviti cuti yang pertama buat masa nih adalah, menonton wayang bersama Ellia di TGV..layan Shrek..oklah buat santai-santai...line best oleh puss in the boot.."re-donkeylous!!"aku nak layan Freddy Kruger..tapi last tayangan dia pukul 6.35 pulak..penatlah..balik keje terus nak pergi Bukit Tinggi..takpelah,sekali-sekala tengok katun best jugak.

masih ada masa nak plan ni..bercuti....hmmm...jap buat kire-kire!~

Khamis, 3 Jun 2010

Call.

Pendedahan mimpi. # 1

semalam aku mimpi...

" situasi kat dalam hutan atau kebun sape ntah..sebab macam ada ura-ura sebatang pokok durian.
aku ngan segelintir manusia kena tangkap, dijadikan tebusan kot..tak pasti..tapi dikurung dalam kandang.luas. siap dipagar ngan kayu..

yang aku ingat. maybe terorist, atau askar bintang 3, atau askar jepun.aku tak pasti.atau aku rasa penjahat dalam citer naruto kot.tak salah aku..sebabnya camni.

diorang saiko aku ngan beberapa tahanan..diorang bakar pagar tu ngan api.maknanya ini macam nak bakar kitorang(tahanan)..dah macam askar nazi pun ada ni..pastu sebelum api marak..aku tengok ada la segelintir tahanan yang lari keluar dari kurungan..berlari ke sungai belakang tempat aku ditahan..pastu ada yang menjerit baek lari dari di bakar dalam ni!

pastu aku terpandang seorang tua, die kata "aku taknak lari..korang larila..nanti kena bunuh!"
aku dapat lihat..3,4 orang yang lari tadi dikejar oleh kelibat manusia yang memegang pedang samurai..kejar semua tahanan yang lari..masa tu memang panik..aku tak tau nak lari atau nak stay..api makin marak..tetibe aku terlintas..dalam fikiran aku..mati la aku..pastu aku ada henpon..aku hanya ingat nak telepon bini aku jer..nak gitau yang aku maybe takle jumpa dia dah..genting ni, macam nak mati la kot..pastu aku call la..tak dapat-dapat..huh!..pastu aku dah gelabah..nak lari ke tak..ada yang macam boleh selamat jer kalau lari..

Tetibe henset aku berbunyi..vibrate die kuat giler..pastu aku tengok nama yang kol aku tuh!..eh!?SI GERSANG..?!
alamak, sapa nih?ingatkan bini aku kol..aku tak jawab..last-last aku lari jugak..kandang dah terbakar..aku perasan ada askar yang nak kejar aku..berdebar-berdebar!!
tapi aku dapat rasakan betapa laju aku lari..dah macam citer kubungman pun ada..lari dalam hutan..memang ramai yang kejar aku..tapi tak dapat..diorang kejar ikut jalan sungai, aku jalan darat..pastu aku letih berlari..aku terbaring..kunun nyorok kat tanah..."

itu jer..mimpi aku..(yang aku ingat).

petanda :

bila aku bangun pagi tadi..pas bersiap untuk pergi kerje..terus aku kol bini aku..tanya kabar, sembang-sembang...malam tadi langsung aku tak kol die,terus tertido..maybe aku..rindu die kot..sampai terbawak dalam mimpi..dan...
kalau situasi genting camtu,perkara yang paling kite ingat adalah orang yang kita paling sayang kot..terus 2 kali aku kol die,saja bawak sembang-sembang lagi pagi tadi.

dan..pada Ellia jangan lambat jawab telefon ok..!

mimpi.

Pendedahan mimpi.

dah lama aku cadang nak buat catatan,tulis kat buku tiap kali aku bermimpi.itupun kalau aku ingat apa yang aku mimpi lepas bangun dari tido...tapi tak terbuat-buat pun. selalunya ada mimpi yang menghantui aku sepanjang hari..kadang-kadang jadi persoalan sampai jenuh nak refresh balik mimpi tu..ada yang jadi dejavu.macam pernah je berlaku peristiwa ni dalam mimpi minggu lepas..kadang-kadang ada jugak mimpi tu dah jadi macam drama..bersambung-sambung..tapi wataknya lain-lain..tempat die je sama..yang pelik lagi kelakar tu pun menarik jugak kalau di buat catatan..

Ok, sekarang ni di sebabkan dah ada blog..aku pun nak buat satu ruangan pendedahan mimpi.
aku nak catatkan apa saja cerita dalam mimpi aku..mimpi tido ye bukan mimpi khayal dalam sedar..sebab misteri mimpi ni memang best kalau di catatkan..sebab bagi aku,mengarut macam mana pun tulah sebenarnya yang menunjukkan situasi atau emosi terkini yang tertanam dalam otak kita.die macam ikut peredaran masa..contohnya kalau sekarang aktiviti ko tengah syok menjual tapai dengan galaknya..sampai tido termimpi2-mimpi ko tengah membungkus nak jual tapai pastu datang orang putih pergi borong tapai ko sampai sold out tetibe datang penyamun mengelar leher orang putih tu dengan pembaris besi sebab nak rompak tapai ko dari orang putih tu..ha contoh la kan..dah kata mimpi..dan yang paling bestnya mimpi ni..adalah, die macam ada petanda tau..tu la yang tiap kali mimpi je.mesti kite jadi nak buat kesimpulan..apa sebenarnya mimpi tu nak cerite..oh rupanya aku lupa nak bayar sewa tapak pasar malam tempat aku jual tapai tu...(contoh)..

hmmm tak sabar nak tulis ni.semakin pelik mimpi semakin menarik.harap-harap ingatan aku kuatla untuk ingat balik apa aku mimpi malam tadi.yeah!
Let's fucking do it!come on nigthmare!come on keep on dreaming!

Rabu, 2 Jun 2010

Cium.

FADHILAT BERCIUM. WAJIB DIBACA. ISLAM SESUNGGUHNYA MEMANG INDAH & CANTIK.
lepas baca ni, paling busuk pun ciumlah pasangan suami isteri anda sekali pun jadilah sblm pi keje kew..lagi byk lagi bagus!..xkisahlah sape2 leh start dulu..hehe..jgn segan2..byk fadhilatnyer.....yg lum kahwin, jgn mandai2 nak cium pakwe/makwe anda sekalian lak..neraka hukumnya..buat pedoman jek dulu..hehe..selamat membaca.


Fadhilat Bercium???

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga
efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung
per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan
nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan
nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan
pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan
stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan
hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak
melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang
merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan
tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah
tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu
menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah
boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan
memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi
kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu
membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan
kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air
liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu
mengurangi sakit.

* sumber - dari email aku.
alamak..bini takde kat umah plak nak cium...
~

Selasa, 1 Jun 2010

next.


more info check out : http://www.myspace.com/toxictoypiol
&
http://www.toxictoypadangpiol.blogspot.com/

Minggu ni aku kena berlatih...full takde rehat. sabtu & Ahad.
ini 1st time.lari-lari.Sabtu di Melaka Ahad pergi KL..ok la tu.
playlist malam ni aku nak tanya Ken Ron.
Aku cadang nak cover Inspection12- Hear Anything?.