Isnin, 31 Mei 2010

Balik.

Skang ni asalkan aku bukak blog jer untuk buat entry baru..tak sampai 10 saat dah jadi takde mood pulak..memang aku ni kategori pemalas la..cerita tu ada, tapi nak mengarangnya jadi lemah.kesudahan nya peristiwa yang lepas-lepas terkumpul & tersimpan begitu je dalam benak.

Tapi kali ni aku teringat kat bini la pulak yang berada jauh di medan perang sana.Eh, pergi perang ke? mengombat ngan sape?pawer! pegang senapang nyorok dalam lubang tanah,mengesot, lontar atomic bomm, mayday-mayday..berlari banzai hulur pisau kontot..(imaginasi aku jer)..bukan aku ke yang di perantauan?entah. dah konfius.sape yang tinggal sapa ni?oh dia duduk di rumah jadi aku yang tinggalkan rumah.mmm..baru betul.

takdelah, ceritanya gini. aku perhatikan skang selain aktiviti sekolah, bini aku ni bila duduk rumah suka baca novel, tengok drama, layan DVD drama jepun..tido..makan kat luar..

wow! ada gaya seorang surirumah.tapi kan ni ada maksud lain sebenarnya..

aku tau apa.

1) baca novel = untuk mudah ngantuk dan tido
2) tengok drama = selain kasi ngantuk gak, nak wat borak2 ngan barisan surirumah2 yang lain.
3) layan DVD = sebab tv takde rancangan best (astro takda)
4) Tido = takde orang nak borak & bermain..(kesian)
5) Makan kat luar = peti ais takde.~malas nak masak.

ok, nanti cukup bulan bapak balik bawak peti ais ya!~

1 ulasan:

  1. apa? surirumah?
    teacher tolak markah!
    i wanita bekerjaya, wajarkah digelar surirumah?
    huwargh! tak suka! taak suuka!

    baik... saya setia menanti kedatangan peti ais! =)

    BalasPadam