Isnin, 10 Mei 2010

Ipoh City Attack!

Nak start dari mana ni?
Gambar takde lagi nak cerita.
Apapun struck a nerve di Ipoh tetap menten best.
crowd ramai ke tak tu belakang kira jelah.
walaupun tahu ada yang mengalami kerugian.
yang pasti jangan putus asa mesti jadi lagi lain kali kat Ipoh!

Jumaat malam tu kami bertolak.
kami gerak bersama-sama dalam 3 bijik kete.
Ada band GGK, Amert (SnB) Nizang (DumDumTak) & Toxictoy.
Tapi sebelum gerak Toxictoy sempat dulu jamming kat studio Andax.
pastu kul 11 lebih mmm kira pukul 12 mlm la baru gerak..dari Kelana Jaya.

Dalam Perjalanan tu ada la berenti di R&R..rehat2..borak2..sementara menunggu kontinjen yang ketinggalan..hehe..pastu teruskan perjalanan lagi,aku dah lelap dah dalam kete masa ni.
aku memang ngantuk dah..ingat nak tido je dalam kete..yelah siang nya kerja..badan tak penat tapi mengantuk lah...tapi tak best la pulakkan duk sorang2..layan la minum2, sembang2 di perhentian yang kedua..

Akhirnya dalam pukul 2 lebih tak silap..ke pukul 3 pagi..sampai la kat Kampung Tersusun..Perak.Tengok rumah besar..oh rumah Tadika rupanya..Syamil (Brayok) Mengajar Tadika eh?cool..!.

Alhamdulillah, lega dah sampai..masuk je rumah tu.hui dah ramai da rupanya dalam tu..terus jer aku cari port sesuai nak landing..yah!sedap sikit dapat baring..terlentang la aku sebelah Chaki (GGK)..terus shutdown..pastu rasa macam mimpi2 berada dekat planet maner ntah..siling tadika ni pun cool! ada bintang2..pastu ada dengar2 bunyi lagu punk pulak..alarm HP kot.huhu..sedar2 jer pagi tuh alamak!aku kat mana ni?kenapa ada baby dan sepasang suami isteri?oh...haha..masih lagi kat rumah tu..sebab budak2 masih berlonggok-longgok tido..rupanya tadi tu vocalis sleepy Jeremy eh?ngan family dia..oh...cool!..

agak2 blur masa tuh budak2 lain pun ada yang dah mandi, siap2..nak pulak dapat bekalan makanan dari Syamil (Brayok),Hui..memang thanks a lot la..masing2 pun bersiap dan aku memang dah agak dah,Man (Toxictoy) mesti antara ter last la bangun tido..itu dah biasa bagi sape yang mengenali Man ni..tapi boleh tahan gak la vocalis GGK pun bolehla kasi fight sama Man tu..dan juara pulak tuh bangun paling lambat..Agak-agak dah bangun semua kitorang pun layan melantak la apa lagi..menu nasi lemak papadom sama teh o ais..pawer!

pas makan pergh boleh plak kan layan movie JackAss..kena pulak part muntah2 haram jadah..aku malas nak tengok..nasib Syamil dah sound awal dah..haha..ok pastu kemas-kemas barang semua berkumpul dan bertolak ke studio..kat area Ampang, Ipoh.

Aku skip jelah ..Gig start dalam pukul 3 lebih..Amert jadi MC..gerek!sound setting boleh la..ala-ala mini gigs kan..ok je..crowd Ipoh pun takde la ramai..tapi ok la dari takde langsung.Nizang pun dah open table jual stuff+zine.tengok-tengok list Toxictoy band kedua last..huhu..Brayok band last..(mestila Power!)tapi apsal tulis anjing?haha..semua band memang hebat beraksi!..memang layan..Perek kasi Gerek..kiut yang cool!ala-ala BBQ Chicken eh?pawwer!Sg.Petani mari!..GGK pawer..clean sound!havoc!pandai pikat crowd.Johnny not gangster pawer!gitar lawo eh?hehe.Soul Savior kemas!crowd sing a long!layan..band Punk Ipoh pun layan!bad smell pandai interaksi dengan crowd!cool!.sleepy Jeremy..aku suka!.ok overall memang best!Brayok otai..mestila best dan memikat crowd!barai ke tak tu tak kisah..apa pun jalan jer..Toxictoy pun barai terbabor.

habis jer gigs..walaupun lunyai kitorang lepak lagi..mesra-mesra.sembang2..kat tempat makan sekitar Ipoh..bergambar-bergambar, pastu gerak balik ke KL..aku takleh lama.Hari Ahad ada program..show kat Ipoh masih segar dalam ingatan aku..layanan, jumpa kawan..ok memang penat yang berbaloi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan