Selasa, 4 Mei 2010

Blur.

Seperti entry di bawah ni..aku memang seorang yang blur.pelupa.gemuruh.jangan banyak cakap dengan aku kerana aku akan melayang entah kemana sementara anda akan hanya bebel sorang-sorang.

Hari ini sepatutnya Bos suruh aku kerja pagi, tetapi aku sangatla lupa (tapi konfius sebenarnya) ,aku pun masuk kerja petang..menggantikan partner aku yang tengah kursus..Sepatutnya aku la yang patut ganti partner aku ni,tapi apa hal pulak orang lain yang nak kena ganti..pastu masuk kerja dah kena bebel.hehehe...maklumla aku yang lupa..tapi secara logiknya memang aku suke pun kerja malam..biarlah bos nak membebel, aku melawan cakap dia dan aku punya sukalah..janji aku kerja..dan benefitnya dapat kat senior staf lah..ramai yang kerja malam jadi senang diorang nak "lesap"..bagi aku library dah macam rumah aku no.3 hehehe (sebab aku ada 2 rumah!) jadi aku memang suke pergi kerja..(sebenarnya sebab internetnya jer!)

tengok "zombie-zombie" berkeliaran dengan macam-macam gaya pun boleh gak mengisi kebosanan aku hari-hari..hmmm harini aku tak sempat sangat nak download movie banyak-banyak sebab aku ada meeting KIK pukul 3 petang sampai pukul 5.tu pun aku blah awal sebab buat alasan kerja malam..tugas aku kalini bikin logo aje..diorang pun ok dan pilih logo ni..

Ok sempena dah masuk bulan May, kali ni apa agenda bulan ni? banyak projek tak?minggu depan dah normal balik, takde syif sebab cuti sem.masa tu banyak la PTAR buat program..
Bos aku suruh buat poster untuk kempen menderma "1 Staf 1 Buku".ok seattle.. aku buat simple je.

kat sini aku nak list kan agenda bulan May :

4/5 : KIK meeting

8/5 : Kemungkinan Toxictoy ganti Stick No Bill Main Kat Ipoh.

11/5 : Exam Jabatan (repeat paper 1) , petang tu kena pergi Kedah

12/5 - 13/5 : Konvokesyen Ellia dekat IPSAH, Sg Petani, Kedah

22/5 : Toxictoy main kat Melaka.

Harap aku tak blur dah dengan ada list-list ni!..

1 ulasan:

  1. 12/5 - 13/5 : Konvokesyen Ellia dekat IPSAH, Sg Petani, Kedah

    Wajib ingat!
    =)

    BalasPadam