Isnin, 26 April 2010

Aman.

Walaupun 2 hari berkunjung.Rasa tak cukup balik kampung, bertemu isteri, mak & bapak..itu pun sebulan 2 kali juga balik, Rumah di sana perlu diuruskan, dipenuhi dengan aura kasih sayang agar tak sunyi.Jadi, aku mesti mewujudkan suasana keluarga barulah Ellia rasa tak seperti rumah bujang..hehe..walaupun ruang kosong masih banyak perlu diisi..keadaan seperti padang jarak padang terkukur atau suasana koboi inilah senang untuk kami berlari-lari anak, kejar mengejar di dalam rumah..nanti dah diisi dengan perabot dah tak boleh dah..apapun sedikit demi sedikit akan kami penuhi rumah itu dengan lebih kasih sayang tapi bukannya sofa-sofa pun..hahahha..

ikutkan hati aku ni, aku nak ada ruang bacaan je dah cukup, nak adakan satu sudut mini library..dan bilik tayangan yang lengkap dengan sistem audio yang berdentum..

ruang tayangan kami yang ringkas..

Hari Sabtu tu terpaksa pulak tunggu Ellia habis sekolah..dia mengajar kelas ganti..jadi dari pagi sampai tengahari kena tunggu dia, sementara tu adala juga aku yang pemalas ni sapu-sapu halaman depan rumah tu, kemas-kemas sikit apa yang patut.Perut lapar tapi gagahkan jugalah nak tunggu bini balik baru la makan kan...Rehat-rehat sambil layan TV, bukak Laptop layan tenet..teringatla pulakkan cerita Ellia dengan anak muridnya bersukan..hias-hias rumah sukan..

kahkahkah..boleh tahan rumah biru..maskot arnab..ni semua idea Ellia.

Oh,aku sangat terlupa untuk buatkan air untuk Ellia ye..Sorry.penat ye dia balik kerja..tulah tak biasakan hidup dah berdua..tapi jarang-jarang berdua.lainkali aku akan lebih peka ye dengan keadaan begini..dan lainkali kita beli peti ais ye..barula boleh minum air sejuk..hehehe.

Petang tu kami gerak pergi ke rumah mak & bapak di Padang Piol.sebelum tu singgahla pasar malam pekena rangka ayam, yong taufu & satay..beginilah rutin kalau balik kampung..sekejap je dah hari Ahad..dan keesokannya aku dah kena kerja..perjalanan nak balik ke KL, Shah alam, Klang seorang diri rasa tak best je kan..tapi apa boleh buat..

takpelah, minggu seterusnya tunggu lagi I pulang ok..hehe..I tak kisah yang penting I aman di sana...

1 ulasan:

  1. takpe x sediakan air pun. Yg penting i nak peti ais! ngee =p

    BalasPadam