Sabtu, 28 November 2009

meriah!

Raya Haji tahun ni agak sesuatu bagi aku, pertamanya aku beraya bersama pakcik, makcik, sepupu & anak saudara sepupu berkumpul kat rumah mak aku,beraya di Pahang..petang hari khamis tu baru bertolak dari Klang..aku jadi pemandu arah kat makcik aku pasal tak biasa jalan nak ke Pahang..Jalan dah la Jem..nasib dapat pekena white coffee panas saiz large kat On The Run..pergh..segar skit mata!!

Next stop plak kat Genting Sempah, baru la jumpa pulak ngan sepupu aku yang tengah mencekik kat R&R situ..aku malas nak makan pasal aku biar lapar nanti nak makan masakan mok aku kat kampung..aku pekena buah berangan (chestnut) udah..

Gerak gerak gerak khas sampai la kat Padang Piol pukul 12 lebih jalan jem punya pasal..tetiba dapat SMS dari ken roon ajak jeming terus kat Jerantut..pergh!aku bawak pakcik aku,takkan nak suruh dorang balik sendiri!tak pun ajak layan Toxictoy jamming?..ko gile?pakcik aku lahir tahun 1926..mana nak layan!dalam kete pon aku tak boleh nak layan lagu Punk Rock sangat..nanti pakcik aku pening..hehe..bagi die dengar lagu weezer je..ok sikit..

jadi memang meriah raya kat umah aku..ramai saudara mara!tunggu turn mandi memang best..berderet macam citer seniman bujang lapok!..tapi bilik air dalam rumah la..hehe..

oh yang keduanya,,macam kata Bulat la..raya kali ni last beraya bujang..hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan