Rabu, 18 November 2009

Anjing!!


Thanks to Luie sebab rekemen kat aku cerita ROMEO JULIET arahan Andibachtiar Yusuf ni.
oh ni bukan romeo juliet citer omputih tu ye..ini cerita pasal HOOLIGANS kelab bola sepak terbesar kat indonesia!Cerita mengenai sekumpulan fanatik bola sepak The Jak (Jakarta) vs Viking (Bandung) atau lebih mudah nak faham percintaan konflik antara Rangga a.k.a romeo samseng (the Jakmania a.k.a Persija) dengan Desi a.k.a juliet adik samseng geng (Viking A.k.a Persib)..

hmm..cerita yang betul2 macam kata luie menceritakan keburukan orang..hehehe..kalau kita (Rakyat Malaysia Khususnya) yang tengok mesti kita akan cakap bodoh betul diorang ni..anjing!..patutla Indonesia huru-hara..tapi kalau dilihat sudut realitinya memang ada pun sifat fanatism dalam diri disebabkan taksub terhadap sesuatu. tak kira la dikalangan sapa-sapa pun. memang dah gile bola..jadi ego dan darjat bola tu tersemat menjadi sebati dan sensitif dalam diri.lepas tu pemain dan penyokong dah macam ada semangat jitu persahabatan, keluarga...itu yang kalau kalah penonton jadi bengang..terguris,x puas ati..hahahaha...padahal tu dah adat permainan..

ok2..

cerita ni standard cerita hooligans la..macam green street..football factory..the firm..cuma beza nya asas cerita ni adalah pasal cinta,pengorbanan, persahabatan..apa yang menarik part gaduh cerita ni boleh tahan bagus..real,x berapa nak gore..cuma watak2 pelakon die tu yang bagi aku spoil juga la..karektor tak hidup..hehe..lagu background x best..senang cerita aku tengok cerita ni pasal nak tengok scene gaduh je..haha..tapi tulah..aku rasa director cerita ni memang bersikap liberal..apa yang ditonjolkan pada watak hero & heroin ni seperti seorang yang beragama islam,tapi minum arak..yang heroin nye rileks je ada tattoo..gaduh sesama sendiri..racist..cinta yang tiada batasan..dendam..hmmm sesuatu yang memang realiti dan mungkin positifnya mahu perubahan dan teladan disebalik semua yang ditonjolkan.

ok pastu skrip cerita ni sempoi abis..aku suke bahasa "anjing" nya yang memang dari mula cerita sampai abis diorang guna..masa Rangga ngan Desi mula-mula jumpa pun guna ayat ni "persija anjing"(Jak is dog) kata Desi, pastu Rangga balas "Persib Anjing"(Viking is Bitch)..masa ni diorang tengah peluk nak bercium.(?)

pastu skrip scene ni pun best bagi aku...scene lepas kawan Rangga kena belasah sebab yelah line panas Rangga pergi kawin lari ngan adik geng Persib (Viking)...

" Ga,Hey.Cinta Lu absurb gen, ah sumpah benar-benar abstrak lu! lu lihat gen, mana ada sih,orang lain jatuh cinta sampai bikin org lain balut-balut kayo gini!(luka kena belasah)lu pikir lu romeo?lu pikir Jakmania sama Viking tu montague dan capulet apey?"...hehe

Sapa yang fanatik kelab bola sepak patut tengok cerita ni..
terutama fanatik kelab bolasepak kelantan.
Harap pengarah cerita Budak Kelantan buat lanjutan cerita Budak Kelantan
mungkin pasal hooligan bola sepak kat sana ke?
hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan