Jumaat, 30 April 2010

Prihatin.

Pagi tadi masa nak pergi kerja aku layanla MTV kat TV kan, pastu munculla video klip lagu Harapan Tanpa Suara nyanyian artis-artis Malaysia pasal kempen prihatin yang motifnya untuk memberi kesedaran dan pencegahan pembuangan bayi..



Jadi, terlintasla kat kepala aku ni pasal berita-berita yang selalu ditengok, dibaca, didengar kat media-media..yelah memang gejala yang sudah semakin meruncing..sesiapa pun yang punya Otak mesti sedih, marah & simpati dengan perkara ini..Kenapa ada manusia yang sanggup buang malah ada yang bakar bayi itu kan..apalah dosa.tetapi sebagai masyarakat apa pula tindakan kita?

kempen yang dijalankan tu berhasil ke?
berita pembuangan bayi tetap keluar...

perkara ini bermain di fikiran aku sambil aku memandu kereta..Aku tak mahu melihat pada perkara yang besar-besar..cukuplah aku melihat di persekitaran yang berlaku pada keluarga aku, jiran-jiran..dimana gejala sosial yang berada di mana-mana..mempengaruhi juga keluarga aku..terjadi kepada adik aku..tetapi aku tak mahu mengulas lanjut di sini..

Yang penting di sini adalah mangsa itu..bayi itu..jagalah elok-elok seperti juga kisah kucing di kampungku..yang aku rasakan patut menjadi ikon kepada konsep "‘anak orang anak kita’."

Ibu kucing dalam gambar ni, mempunyai 3 ekor anak je..kakak aku menjumpai 2 ekor anak kucing yang dibuang tidak dibela oleh manusia..lalu dia ambil bawa balik..(dalam gambar yang berwarna putih tompok tu..) kesian jer tengok anak kucing tu mengiau-ngiau nak susu ibu kucing..lalu kitorang ni cuba lah ambil anak kucing ni dan bawa ke ibu kucing ni untuk menyusu sekali dengan anak dia..betapa terkejutnya kami di mana ibu kucing ni baik betul bagi anak kucing yang lain ni menyusu dengannya..dan sampai sekarang pun si ibu kucing ni memberikan belaian sama rata kepada anak dan anaknya yang baru itu...

Apakah nilai etika kucing lebih bagus dari manusia zaman kini?
ataupun kasih sayang itu terhapus disebabkan banyak sangat tengok cerita horror/ gore?
ataupun sebab kucing tak digoda syaitan berbanding manusia?
ataupun having fun?..

Khamis, 29 April 2010

mudah.

Cerita yang nak aku kemukakan ni amatlah mudah. Semudah kelip mata, dan tak perlu di fikir panjang..tapi kenapa perkara mudah kadang kala tidak dianggap mudah?

Terpulanglah kepada orang itu kerana ini hanyalah riadah..tetapi sebabkan dah memang orang itu mudah untuk malas. Jadi perkara yang mudah tidak di endah dan bukan satu kesalahan pun..sikap mudah itu takdelah menyusahkan..tetapi perkara lama memang bukan mudah untuk di jadikan perkara baru..Aku pun kadang kala leka akan perkara yang mudah-mudah. kerana tidak dipermudahkan dari dahulu..sudah tabiat..memang perkara ni mudah diungkapkan dengan pepatah ini

" bersusah dahulu bersenang kemudian "

Jawapan mudah kepada perkara yang aku asyik susahkan dari tadi ni adalah peristiwa aku pergi Ke masjid untuk bersembahyang Jumaat tadi..hehe..memang majoritinya nak masuk ke masjid selipar di letak menghala ke arah masuk masjid..kerana...mudah bukan? takde masalah pun..

tapi kalau cuba bila nak masuk ke masjid selipar diletakkan menghala ke arah untuk keluar masjid...mudah juga kan? susah ke? aku cuba la lakukan perkara yang memang kadang-kadang aku lupa buat.

OK keadaan bila sudah selesai semua keluar ke masjid apa jadi?..sama saja kan..tetap boleh pulang dengan jayanya..tapi aku rasa aku lebih mudah dan cepat untuk keluar kerana aku sudah permudahkan terlebih dahulu ketika hendak masuk masjid tadi..

Jadi aku rasa ini adalah amalan yang menunjukkan sikap tak perlu untuk mudah..kerana malas menjadi mudah..tak perlu disusahkan perkara yang mudah..tetapi kesannya adalah seperti pepatah di atas tadi..itulah realiti.

Rabu, 28 April 2010

Nak sangat kan?

Ok ni khas untuk entry kat bawah ni..ha nah ko nak sangat berhibur kan?Sabtu ko cuti kan..jangan ngada, minggu ni dah la tak balik Pahang jumpa bini..tak balik dengan Namo untuk praktis dengan Toxictoy..Yelah nak wat camne kan kena kerje hari Ahad..Takpe-takpe..Yang penting Sabtu nih engko nak pergi ke tak?

Ahad nyer pulak...

hmmm....

Nyibuk!


Memang dah takde peluang ni!.kenapalah time aku nak berhibur sikit ada je tak ngam masanya. Dulu time nak main kat JB sama tarikh dengan aku kahwin pulak, minggu lepas nak main futsal kena pergi kursus BTN pulak,kali ni nak pergi berGONjeng kena kerja malam pulak..Adakah ini petanda untuk aku bersara?!..Hanjeng betul.

Selasa, 27 April 2010

playlist.

Huh, hari ni keje macam tak keje.Masuk pukul 2 petang, pukul 3 lebih dah pergi cafe minum petang..masuk keje balik pastu 6.30 petang dah kuar pulak pergi Alam Setan (plaza Alam Sentral)..kalau dah bertemu si Pamex memang ada jer program kitorang..tapi kali ni bukan nak cerita pasal kami yang dah memang serabai kepala nak itu ini..nak cerita pasal petang tu si Pamex nak beli Car Modulator untuk nak buat main playlist lagu die la..dalam kereta..pergi la usha kat PAS kan..jadi terpikir la pulak aku kan nak share kalau engko ada modulator apa playlist lagu engko hari-hari?..kan dah mudah copy jer lagu dalam thumbdrive pastu kasi cucuk kat CM tu..ha dah bleh main lagu kegemaran..tapi apakah lagu anda itu?

Ok, welcome to anti-radio song.
Engko mesti dah muak atau bosan dengan lagu yang main kat radio kan, sebab tu nak guna CM..
Ok sebabkan sekarang aku dah pindah Klang jadi jauh perjalanan ke tempat keje..dulu aku sumbat banyak-banyak lagu kat thumbdrive nak main dalam kerete tapi pegi keja tak sampai 10 minit dah sampai..lagu pon boleh main 2,3 jer..sia-sia je letak banyak-banyak.

Tapi sekarang hah,25 minit baru sampai ke tempat keje..baru la boleh puas sikit layan lagu dalam kereta..hehehe..ok playlist aku hari ni..aku memang duk syok layan band Ska/punk/core :

my playlist today.

1. Fruity
2. Catch22
3. Operation Ivy
4. Duck Missile
5. Assorted Jelly Bean
6. Scafull King
7. Dance Hall Crashers - He Wants Me Back
8. Mephiskapheles - Introduction to the Yellow Passion
9. Teddy Ska Band
10. Stick No Bill
11. Jet Coaster
12. Black Sky- sisi
13.
Arigatoo - Petualangan VW Combi
14. Djaua - Nona Manis
15. The Larks

Memang best skankin dan banging dalam kereta!~
let's share what's your playlist now...

Isnin, 26 April 2010

Aman.

Walaupun 2 hari berkunjung.Rasa tak cukup balik kampung, bertemu isteri, mak & bapak..itu pun sebulan 2 kali juga balik, Rumah di sana perlu diuruskan, dipenuhi dengan aura kasih sayang agar tak sunyi.Jadi, aku mesti mewujudkan suasana keluarga barulah Ellia rasa tak seperti rumah bujang..hehe..walaupun ruang kosong masih banyak perlu diisi..keadaan seperti padang jarak padang terkukur atau suasana koboi inilah senang untuk kami berlari-lari anak, kejar mengejar di dalam rumah..nanti dah diisi dengan perabot dah tak boleh dah..apapun sedikit demi sedikit akan kami penuhi rumah itu dengan lebih kasih sayang tapi bukannya sofa-sofa pun..hahahha..

ikutkan hati aku ni, aku nak ada ruang bacaan je dah cukup, nak adakan satu sudut mini library..dan bilik tayangan yang lengkap dengan sistem audio yang berdentum..

ruang tayangan kami yang ringkas..

Hari Sabtu tu terpaksa pulak tunggu Ellia habis sekolah..dia mengajar kelas ganti..jadi dari pagi sampai tengahari kena tunggu dia, sementara tu adala juga aku yang pemalas ni sapu-sapu halaman depan rumah tu, kemas-kemas sikit apa yang patut.Perut lapar tapi gagahkan jugalah nak tunggu bini balik baru la makan kan...Rehat-rehat sambil layan TV, bukak Laptop layan tenet..teringatla pulakkan cerita Ellia dengan anak muridnya bersukan..hias-hias rumah sukan..

kahkahkah..boleh tahan rumah biru..maskot arnab..ni semua idea Ellia.

Oh,aku sangat terlupa untuk buatkan air untuk Ellia ye..Sorry.penat ye dia balik kerja..tulah tak biasakan hidup dah berdua..tapi jarang-jarang berdua.lainkali aku akan lebih peka ye dengan keadaan begini..dan lainkali kita beli peti ais ye..barula boleh minum air sejuk..hehehe.

Petang tu kami gerak pergi ke rumah mak & bapak di Padang Piol.sebelum tu singgahla pasar malam pekena rangka ayam, yong taufu & satay..beginilah rutin kalau balik kampung..sekejap je dah hari Ahad..dan keesokannya aku dah kena kerja..perjalanan nak balik ke KL, Shah alam, Klang seorang diri rasa tak best je kan..tapi apa boleh buat..

takpelah, minggu seterusnya tunggu lagi I pulang ok..hehe..I tak kisah yang penting I aman di sana...

Sabtu, 24 April 2010

Tepat.

tu dia Semalam tepat pukul 5.00 petang..habis je keje terus punch card,thumb print.
terus bergegas keluar dari UiTM.terus menghala ke lebuhraya persekutuan, MRR2, dan lebuhraya karak..perjalanan sangat lancar hasil usaha tepati waktu..

Aku berjaya keluar dari kesesakan jalanraya petang Jumaat.

Khamis, 22 April 2010

potong!

wah bukan main lagi kau ye..
seronokla tuh da dapat potong kepala Lebai Awang..
eh, ko tengok sikit anak buah ko tuh..sumer nak bedal.
Intan yang kau dah rodok perut tu pun dia nak yer...
kuang ajo!

ok next time buat lagi yang terbaek..jangan mati dulu ok.
sila bertahan!~

karat.

pagi tadi aku layan la lagu Northern19-Smile For Peace.
rasa macam nak maen lagu ni.
Bukak je Gitar aku..alamak tali dah karat da..


Gitar kedua selepas Epiphone LP berapi~

Mencari Solo..Payah!

Arghh...putus asa.

Rabu, 21 April 2010

rutin.

Malam ni mau layan..

atau


ps:lama dah tak layan hindustan, tapi sebab tengok kat iklan citer Paa macam best je..
A very rare father-son, son-father story..citer ni unik!
tapi..
creepshow dah sekerat jalan semalam tengok.
takpe, semangat kebapaan tetibe memuncak pulak ni..
dah ready ke nak jadi bapak?

Isnin, 19 April 2010

semangat!

Menara Bangsa

" Suria muncul di pagi hari,
Kita bangun sederap kaki,
Menara bangsa akan kita bina,
Perkasa tiada rebah lagi.

Mentari sudah ada di sini,
Pasti bersinar beribu tahun lagi,
Biar berhembus angin sangka kala,
Malam pasti tiada datang.

Kita sudah tiada perlu tidur,
kerna mimpi ada di depan mata,
Embun jernih pengganti keringat,
Berkilau bagai mutiara.

Rimba akan terus hijau,
Unggas riang ria b’kicau,
Air jernih meriak di sungai,
Udara nyaman tenang di rongga.

Darah kembali berharga,
Merah buat penyeri muka,
senyum terus meniti di bibir,
Kasih sayang jadi milik semua.

Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.
Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.”

ps : aku kembali setelah di patriotik kan!

terima kasih.

pendebatan semasa LDK memberi tahu aku yang aku sudah boleh berpolitik!

Rabu, 14 April 2010

5 tahun

Alahai Sumun..tak dapatla aku nak tatap kau esok..banyak kali aku teruja dengan kekejaman yang engkau lakukan..aku angkat ibu jari tunjuk kat tv lepas engkau kerat lidah Omar, cucu lebai Awang tu..biar pun ko tak terer berlawan dan selalu kalah..yelah kalau ko puja setan ko takkan menang punya. betul ni..takpelah..dah terlajak kan..

Aduhai..esok aku nak cari sapa-sapa yang ada henset boleh tengok TV..diam-diam aku akan perhatikan engkau sumun..biar pun di bawah meja..tak berapa clear pudar-pudar pun takpe..

janji esok aku nak engkau buat sesuatu yang lebih kejam!..kan ko dah dapat Mas..C'mon la bro, kasi hentak kuat sikit!


ps : BTN ni betul-betul nak brainwash aku dengan idealogi apa?
kalau negatif aku buang.yang positif aku ambil..janji makanan kasi la sedap-sedap sikit eh..
5 hari macam 5 tahun lamanya!

hometown

Taman Negara lokasi filem lucah


KAWASAN yang didakwa menjadi lokasi penggambaran filem lucah di Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.


JERANTUT - Penerbit filem asing dipercayai menjadikan Taman Negara sebagai lokasi pembikinan filem lucah.

Penggambaran tersebut dikatakan dilakukan dengan melibatkan pelakonnya berbogel di Taman Negara Kuala Tahan di sini sehingga mencetuskan kemarahan penduduk tempatan.

Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak mendedahkan, penggambaran seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia memberikan imej buruk kepada negara.

"Saya menerima aduan daripada penduduk dan semasa membuat lawatan mengejut di situ awal April lalu, saya telah melihat sendiri beberapa adegan yang tidak sepatutnya.

"Malangnya, pengarah produksi asing berkenaan tetap berkeras mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagian merupakan arahannya," kata beliau semasa ditemui pemberita.


14 April 2010

ps: aku nak sms Pudin jap..die keje kat taman negara..untung-untung ada nak pakai pelakon tambahan..atau krew-krew..jadi pak pacak pegang mic ke,tukang sapu lotion ke..


Selasa, 13 April 2010

pesanan

kami selalu SMS pasal makan.
kalau tak masak akan dihantar pesanan ringkas.
Jadi malam ni aku terbayang mamat Burger Brutal.
burger special ala Big Mac berharga rm2.80.

Jalan Kebun.
roti murah tak berkualiti cepat hancur bila pegang
tapi double ayam daging salut telur.
makan asing2 jangan ngap sekali gus..
nanti terpercik mayonis
stok cheese ada dalam peti.
Terima Kasih Bibik.

selingan : jenuh betul nak carik cerita ni..chilakak!

atuk.

kenangan di Politeknik Johor Bahru.


A.M. 180 Lyrics
Artist(Band):Grandaddy

Don’t change your name
Keep it the same
For fear I may lose you again
I know you won't
It's just that I
Am unorganized
And I want to find you
When something good happens

If you come down
We'll go to town
I haven't been there for years
But I’d be fine
Wasting our time
Not doing anything here
Just doing nothing

We’ll sit for days
And talk about things
Important to us like whatever
We'll defuse bombs
And walk marathons
And take on whatever, together

Teringat Balik kenangan lama bila dengar Grandaddy dalam movie 28 days later.

Khamis, 8 April 2010

Tagih.

aku rasa aku memang tak teruja dah dengan cerita lawak, rempit, cinta..malam lepas aku layankan jugak Adnan Rempit, Myspy..tapi..aku rasa tak seronok.buat hiburan sementara je..semakkan lagi thumbdrive aku je download dan copy ke situ..Wayang?maaflah.aku takkan..Apa yang aku perlukan?

ok ini dia.

Malam semalam yang penuh keterujaan! keseronokan! kemenangan! Kepuasan!

kerana

Bad Taste - Directed by Peter Jackson (1987)







Penuh Inspirasi.
4 tahun nak bikin filem ni. antara hasil kerja Peter jackson yang awal..prop dan mekap di bikin sendiri..krew pun tak ramai. malah PJ sendiri berlakon dalam filem ni. memang jadi ilham pada bakat baru yang baru nak ceburi bidang filem horror..biar low budget.tapi impak power!

Aftermath - Directed by Nacho Cerdà (1994)

kisah 30 minit kurang dialog di bilik pembedahan bersama Dr. mayat yang gila!
selambanya melapah, ekploitasi, dan bagi makan kat anjing buah pinggang mayat tu.
Seronok!~

Selasa, 6 April 2010

setuju!

Jejak # 3

sambungan cerita perjalanan dari Sg.Petani..perut dah pun kenyang..memandu pun ada ngantuk-ngantuk..
destinasi seterusnya Pulau Pinang!

Aktiviti : merewang.
Destinasi : Batu Feringghi, Penang.

akhirnya teruja di atas jambatan..(tak rasa apa pun?)ingatkan ada resakse nak serang ke..(cloverfield)..da sampai Penang tak tau nak ke mana..follow signboard pergi Batu Feringgi sudah..

hentian pertama.
pantai cantek & panasnya cuaca..tak jadi mandi.ambik gambar sudah.

konon-konon nak check in kat sini..kemudian la tu ok.
(macam biasa, snap teknik auto)

Hentian Kedua.
Wow, ada juga Taman Negara..minta tolong anak cina ambikkan gambo.
emm ko sai..

Na o Mei?
kemuncak episod Na o Mei?
tidak! tetiba prof bikin satu lagi Nana Tanjung kecek kelate

tak berani aku nak auto shoot kat sini..risiko..ni kerja tangan Great Teacher Ellia

Paling rasa nak makan, nak naek, nak lama sikit..tapi sebab...panas.

Dekat Toy Museum..kebetulan nampak kat tepi jalan..masuk je lah..orang belanja..

cadang nak naek ferry tapi tak jumpa jeti..takpe drive boleh ambik gambo lagi..

Tak pueh pegi Penang..tak pueh..


Isnin, 5 April 2010

Jejak # 2

Cadang nak balik Pahang minggu lepas, dah plan nak jamming ngan Toxictoy.nak test snare baru (kayu) Namo.isk..tapi terpaksa cancel program sebab bini aku nak pergi Kedah, ambil transkrip kat IPSAH..takkan aku nak biar Ellia memandu sorang..jadinya,berkorban la aku jadi pemandu dan temankan sepanjang ke Kedah.Apapun it was a great Journey anyway!~

Aktiviti : tujuannya ambil transkrip jer..(dan ke PC fair..ok ke)
Destinasi : Sg.Petani, Kedah.

ha ni tempat kitorang Check In..Malam tu sampai je Sg.Petani,jenuh juga la pusing-pusing cari hotel,banyak yang da penuh..ni pun dapat yang tiga katil single=RM70,redah je lah..satu katil kosong tu tuk makhluk halus tido..huuuu..seram....

pagi tu nak pergi ke IPSAH, Ellia nak drive..it's Ok with me..haha..boleh ambil gambar.lepas dah dapat transkrip, lunch kat warong depan IPSAH..memang sempoi murah harga makanan kat situ..rasa pun bolehla..makan untuk dua orang dengan kos RM9 jer..ambil,ayam 2 ketul,ikan keli. 3 jenis sayur,cendawan goreng.air Teh Ais & Teh O Ais..murah giler!

pergi jenguk tempat nih..tapi tak masuk..
rasa nak mandi,panas betul la!
boleh buat tajuk lagu tempat ni..
kalau tak snap auto tak true Photographer ar. :p

Radix Cola

dan kalau pergi Sg.Petani rugi la tak pekena Radix Pizza House..kat Kedah jer ada wei makanan Radix ni..sambil makan di hidangkan dengan lagu-lagu Raihan..rasa terbakar..hehe takde lah..sejuk je telinga..

last pergi PC fair kat Mall apa ntah nama dia...pastu blah..next stop.Penang!

Khamis, 1 April 2010

program

Aku Super Duper Pelupa..
sebab tu aku kena ada list di samping aku.
Bulan April kelihatan aku akan banyak program penting.

1 April : aku menerbitkan nukilan jahat pertama aku di website ni..


3 April : Pergi Sungai Petani Kedah temani wife ambil transkrip.

15 April - 19 April : kursus kenegaraan (BTN) di KBN KLIA, Nilai, Negeri Sembilan.

surat yang diutus ke meja kerjaku

19 April - 22 April : Konvensyen KIK di Kg.Gajah, Perak.

mana slot untuk Toxictoy?