Jumaat, 4 Disember 2009

Kenangan!


Linda!linda!linda,linda,lindaaaa..........!!

Semalam baru dapat download movie ni, yelah nak harap jumpa kat kedai susah sikit..Cerita ni da lama tahun 2007..tapi aku baru nak tengok..apa peduli!aku memang tak update movie baru-baru..aku suka tengok movie yang "sesuatu" untuk aku saja!hehe..

balik dari keje je tunang aku ajak pergi shopping pulak..so balik tu dah penat..tapi aku cuba jugak nak menonton cerita ni..tak sabar!jadi aku pun terus On Pc dan mengadap cerita ni..damn..waktu tak sesuai.mengantuk gila..aku terus tertido!!..zzzzzzzzz lepas tu aku tersedar balik..wah!pukul 5 pagi!..tak kira aku sambung balik tengok cerita ni..

Sambil aku tengok cerita ni memang aku teringat abis zaman-zaman sekolah dulu masa mula-mula tubuhkan band bersama ken ronn, bulat, Rapi...Atan..Nama..masa tu sanggup pergi tusyen English kat pekan Jerantut tiap-tiap Sabtu..semata-mata lepas abis tusyen nak pergi Jamming!..hehe..Zaman tu studio jamming dekat je dengan tempat teksi tu..Studio kedai gigi auntie..

OK,..cerita ni memang seronok di tengok sebab pasal muzik, band, sekolah..dan yang specialnya band dalam cerita ni comel-comel,kawaii!!..semua perempuan..pasal Kei ngan member-membernya nak performs di festival sekolah..tetapi gitaris dan vocalis band asal dia telah tarik diri..jadi nak tak nak Kei terpaksa main gitar dan diorang pun mencari vocalis baru..seorang pelajar gantian dari Korea..bernama Son,yang tak berapa nak pandai bahasa jepun..tetapi bersemangat..siap praktis bahasa jepun dan nyanyi di karaoke setiap malam..hehe..diorang bakal performs lagu dari The Blue Hearts,Band Punk legenda kat Jepun..tajuk dia Linda Linda...

bermula la latihan, rintangan-rintangan, percintaan, perjalanan sebelum waktu performs..dan part yang aku suka masa Kei ni tengah nak praktis "jamming"pastu dia dikejutkan (surprise) oleh kawan-kawan dia meraikan Kei..siap bagi hadiah sarung tangan sebab Kei ni selalu kata tangan die pendek,susah nak main gitar..pastu bagi Kei perform kat Budokan..tempat famous para Rockstar kat Jepun buat Persembahan termasuklan Ken Yokoyama pernah main kat Budokan..pastu masa Kei nak main, mak die pun kata ada special guess datang nak tengok die main..hehe..korang tau sapa?..jeng,jeng...The Ramones!!..tak ke sial The Ramones boleh datang pulak..hehe..rupa-rupanya si Kei ni bermimpi jer..damn..dalam studio masa tu tertido...padahal dah lewat dah nak performs dah masa tu..semua ahli band tertido dalam studio..penat praktis..bagus betul!!

Cerita ni memang sesuai untuk budak-budak yang baru nak tubuhkan band dan yang dah ada band..terutama yang masih sekolah..dan yang bestnya lagu-lagu punk rock ada dalam cerita ni!hehe..Linda!linda!linda,linda,lindaaaa..........!!.MXPX pun ada cover lagu ni dalam album on the cover 2.enjoy..!

lebih lanjut tengok kat youtube ok..

1 ulasan:

  1. bro,mane nak download die.?

    da cri kat youtube tp spanish subtitle je ade?

    BalasPadam