Sabtu, 26 Disember 2009

penghujung!

Azam baru ko apa?
kehidupan aku akan datang pasti sangat berbeza!..
selamat tinggal zaman bujang!

tetapi movies aku tak tinggal.hehe..
tambah pulak lepas tengok cerita where the wild things are..
lagi la meronta teringat zaman nakal masa kanak-kanak.(sila download OST dia.http://www.mediafire.com/?z2mizwgd2dh layan tuh Karen O penyanyi Yeahs yeahs yeahs)
aku kembali ke belakang nih!..push the forward button..>>>>>>

penghujung tahun nih aku semakin berdebar.
kehidupan berubah.
hormon berubah.
aku sedang meninggalkan avatar spesis bujang aku..
dengan penuh memori dan evil bujang..
tu barang lama..aku akan ada barang baru.
bukan spesis makhluk biru..
tetapi spesis yang telah di register oleh Jabatan Agama.
iaitu SUAMI.
ya, aku bergelar itu selepas Januari nanti.
Full energy!
ok sempena dah nak hampir pupus spesis bujang aku..
aku nak layan movies the hangover.(baru je siap sedut)
nak serap inspirasi kejap.

Selasa, 22 Disember 2009

Rancangan Istimewa!

Itu hari masa lepas jamming session kat kelana Jaya tu..kitorang lepak-lepak minum kat kedai mamak..pastu si Amert kata nak bagi DVD citer-citer Gore kat aku..fuh!memang excited la aku dapat kawan yang suke movies cam gini..dapat jer dvd tu terus belek2 harap2 sumernya citer yang aku tak penah tengok..Ya!Banyak tak tengok lagi ni..huhu..tak sabor nak layan kat umah!..citer Visitor Q je aku da tengok..pastu Amert suruh aku review..hehe..

kira dalam seminggu tu aku menelaah movie-movie yang Amert ni kasi!rupanya budak umah aku pun boleh layan cerita-cerita macam gini!lagi la syok aku ada kawan sama2 yang suke tengok kote di paku, di potong..hahahahha...lagi dasyatnya..kitorang selamba je tengok movie ni sambil makan nasi..ok biar aku mulakan..mula-mula aku layan cerita :

1. Schramm (1993)


cerita arahan Jörg Buttgereit..pengarah dari German yang terkenal dengan filem2 konroversinya dan paling meletop dengan filem Nekromantik..yang dihasilkan pada tahun 1987..bagi aku cerita Schramm ni hanyalah psycho dan takdelah gore mana..cungkil2 mata ni aku dah biasa tengok.cerita seorang yang gila sex, sakit otak, mereng dan part yang best adalah die memaku kote dia kat meja untuk dapat kepuasan seks dia kot..hehe..kalau nak bandingkan dengan Nekromantik, aku rasa jauh lagi best Nekromantik..gila sex dia lain macam..hehe..main dengan mayat!tapi cerita schramm ni nampak lagi series sikit..pengarah citer ni memang tau pandangan mata seorang yang gila!

2. August Underground's Mordum (2003)

ni adalah cerita indiependent dari geng2 gila
Jerami Cruise
Killjoy
Mike Schneider
Fred Vogel
Cristie Whiles

diorang lah mengarah, diorang la pelakonnya..diorang ni memang gila babi..hehe.memang sakit otak dan mata layan cerita ni..sebab apa?teknik camera die memang macam blair witch project..memang pening nak layan..tapi nak nampakkan real punya pasal kan..kisah dia pasal geng2 gila yang hobi diorang suka seksa, caci, kutuk, hina,ekspoitasi orang..memang tu jer keje nya di waktu bosan..hehe..sorang ni suka seks dengan mayat, seorang lagi suka muntah kat mayat, seorang suka belasah , tikam mayat..ada part potong kote dalam citer ni..adusss!!seksa yang tahap patut buat kejam lagi..hehe..mungkin bajet tak cukup kot untuk FX lebih dasyat..hehe..rasanya citer ni ada lagi sambungan..kat August Underground's Penance ..aku tak tengok lagi..tahap gore macam cipan kot!

3. Guinea Pig 1 , 2 , 3 (1980-1990)

Yang ni pasal geng2 lelaki eksperiment pompuan sewel ni..dia seksa gila2 ikut teknik-teknik yang tahap dari darjah satu sampai la grade form 5..hehe..mula-mula main lempang2 je pompuan tu dalam 100 kali..pastu cubit2..100 kali ke lebih..pusing 360 darjah atas kerusi kasi pening..cabut kuku, bagi dengar bunyian ngilu 50 jam..simbah air panas..sampai la cucuk biji mata dengan jarum besar!pompuan yang kena seksa tu macam rileks je..hehe..lazatnya kena seksa dengan orang ya~pandai je orang jepun ni meng"gore".

yang ni aku suke skit..nampak lagi jahat..tak payah ramai-ramai..sorang je tukang potong dah cukup kasi bulu jubo naik..nampak real woo masa die kena potong..siap guna pahat tu.dengan bunyi tulang kena gergajinya..memang kalau nak sedap kan hati..korang bayangkan lembu kena lapah untuk wat korban..mmm macam tu la..tapi pompuan yang kena seksa ni macam ghairah sikit walaupun dah kena putun itu tangan..da kasi injet la sama itu obatt..memang lunyai la dapat kat mamat japang gila ni..stok koleksi la katakan..berani ke datang ziarah umah die yang macam muzium organ manusia tu..hahahaha...teringinnya nak jadi assistant manager mamat ni..tukang passing kapak pun ok!

yang ketiga ni dah jadi ala black komedi dan sadistic horror..tapi aku memang enjoy cerita nih!idea brilliant untuk teknik-teknik gore..walaupun jalan cerita lawak tapi nampak boleh tahan real nya..kisah mamat yang gila baru perasan yang dia ni x lut rasa sakit..hehe..mula-mula potong tangan macam nak bunuh diri..rupanya die tak rasa apa pun..tak sakit..apa lagi..lagi suka la die eksperiment..potong macam-macam..sampai takut kawan die tengok depan mata..hahaha..abis sumer isi perut die keluarkan pun masih idup lagi..hahaha..lawak sampai la tinggal kepala je..pun boleh bercakap..pawer2..jepun-jepun..memang otak karut!

ok..cerita Guinea Pig ni penah diikuti dan mempengaruhi pembunuh Otaku terkenal
di jepun iaitu Tsutomu Miyazaki..dia ni memang fan movie2 horror..dan ada koleksi sebanyak 5,763 videotape.termasuk Guinea Pig.dia ni cikgu tapi otak giler!bunuh 4 orang kanak-kanak(anak murid lingkungan 4-7 tahun) pastu minum darah dan makan tangan diorang..kesian..jadi jangan ada yang terpengaruh macam mamat ni jugak udah..



4. Riki-Oh: The Story of Ricky.(1991)

Kick ASS!!fuh cerita dari Hong Kong arahan Lam Ngai Kai ni aku memang enjoy!..melampau pawer hero..stok tumbuk perut orang gerenti tembus pecah terburai perut..hhahahaha..sedap!!setakat nak serepehkan kepala tuh..huu..pejam mata je beb!bapok kuatnye Ricky!..memang layan woo ini cerita..abaikan la part real sebab cerita lama belum canggih lagi nak wat fx gila2..hehe..tapi cerita ni memang GORE!..stok darah-darah mencurah..kepala letup pecah kena hentak!dan...hmm lawak terkejut pasal aksi yang diluar jangkaan..hahaha..mana tak nya cerita ni adaptasi dari manga jepun Riki-Oh..faham2 je lah..memang cam citer katun la.





5. Braindead (1992)
more bloods please!!more!more!!..cerita ni imbau kembali zaman aku masa sekolah dulu..layan ramai-ramai masa umah aku line clear..hehe(mak bapak xde kat umah)VCD si Ali punya..tapi kali ni aku tengok kembali..memang cerita ni best!antara masterpiece bagi cerita-cerita genre zombies..atau zombie comedy splatstick horror film arahan Peter Jackson...cerita yang memang stok mandi darah..komedi, kecai-kecai badan, geli..aku tengok dengan budak umah aku nama dia Pais, orang kelantan..masa die tengok dia asyik cakap.."fuh!cemar cito"..(hehehe)..

So ini la cerita yang bagus sekali sesuai untuk tontonan semua yang berjiwa takde jiwa..terima kasih Amert (Stick No Bill) kasi aku pinjam semua DVD ni yea~

Isnin, 21 Disember 2009

Noriko!


akhirnya dapat jugak aku tengok cerita Noriko's Dinner Table..cerita ni memang banyak flashback..macam cerita naruto la pulop..hehe..apapun barula faham sikit kesinambungan cerita Suicide Club tu..ni adalah prequel dan sequel..macammana club suicide ditubuhkan..psycho sakit otak skit layan citer ni..part gore tak berapa banyak..tapi aku tetap layan..mengadap cerita ni..memang macam baca manga masa tengok cerita ni..asyik bercerita je..apa yang masterpiece dalam cerita ni bagi aku adalah bisnes lakonan sebagai ahli keluarga atau senang cakap kalau mak korang mati..korang boleh dapatkan khidmat geng noriko ni menyamar dan berlakon betul2 seperti mak anda (sewa dalam sehari)dan korang akan rasa seolah mak anda masih hidup..hehe...ada ke orang penah buat?..banyak awek2 jepun yang kawaii dalam citer ni..hehe..SUGOI!..sion sono!!

Rabu, 16 Disember 2009

flashback!

Terima Kasih kat Rizzie McGuire sebab telah memvideografikan event NUFAN live kat KL tempoh hari dengan memasukkan lagu Toxictoy "the Blind Pianist"..ini sedikit sebanyak turut mempromosikan Toxictoy dan video ni terdapat di halaman facebook dan youtube..kepada Rizzie,kerja tangan ko memang pawer dan awesome!hehe..sapa nak kenal ngan rizzie ni nak buat video ke cuba la try add kat facebook dia k..http://www.facebook.com/home.php?ref=home#/rizie...alrite layan!!




Selasa, 15 Disember 2009

Aksi "gonjeng!" lepas

12/12/2009

PUNK SHOW di Grido Studio, Kelana Jaya. Toxictoy bersama family nervhous records dan kawan-kawan.Terima kasih kat Encik Gon kerana menjemput kami dan menjayakan jamming session nih!walaupun berpanasan dalam studio semua menten macho, enjoy, kuar masuk studio(PANAS!haha), drama sebabak, tolak menolak, nyanyi bersama...malam tu aku rasa aku maen dengan teruk,haha..dengan tali putusnya..yelah kurang praktis..hehe..pepun next time "hopefully OK!"ya~. Semua band hebat, dan mini show ni memang best!terima kasih pada crowd yang datang dan kawan-kawan yang sokong Toxictoy!..here's the picture's show


















Rabu, 9 Disember 2009

gonjeng!

12 Desember 2009

haha..pre-sale rm50 door FREE...jangan konfius eh..memain je tuh..ni show FREE!!show dalam studio ni mesti GEMPAK!!sapa tak datang rugi!Toxictoy & Friends akan meranapkan kelana Jaya!..aku nak main northern19 la malam tuh!

Teruskan!

aku terus berkhidmat cemerlang!
menelaah bahasa asing.

hari Rabu(pagi):
Alone in Four Walls

Sebuah Dokumentari mengenai kanak-kanak dan remaja Russia yg bermasalah yg ditempatkan di pusat pemulihan akhlak.. Antara kesalahan yg dilakukan ialah mencuri sehinggalah membunuh.. Lihat bagaimana kehidupan mereka di pusat pemulihan berkenaan dan bagaimana perasaan mereka terhadap keluarga..dalam cerita ni ada lagu yang best yang dinyanyikan oleh koir kanak-kanak iaitu "Russian Lad"..rasa macam nak cover lagu dia je..tapi bahasa Russia daa..

Alone in Four Walls [2008] [Download Single Link Mediafire]

Sebelah petang :
The Damned United

sebuah cerita drama sukan dari British adaptasi dari David Peace's bestselling novel mengenai manager bola sepak legenda di England iaitu Brian Clough lakonan Michael Sheen...plot cerita memang best dan bagi aku "united" yang sebenar dalam cerita ni adalah persahabatan antara Brian Clough dan Peter Taylor yang membentuk satu idea masterpiece dan brilliant dalam pembentukan pasukan bola sepak England..aku taktau sangat nak cerita pasal bola ni..hehe..aku tengok cerita ni sebab slang britain yang best.."that's foocking all. lads!!"



Selasa, 8 Disember 2009

SKT= Sibuk Keje Tonton!

minggu ni last hantar SKT..nak nilai staff ya~
..baik bos!
kasi cucuk-cucuk, gesel bahu ke?
nah makan nasi pantry..hehe sila up markah saya nanti saya cuci kereta..ada ke?
pekerja terbaek!..apa aku buat?tak ada apa...nah! aku kasi cerita best punya..
sila up markah aku..
cemerlang..

hari isnin layan :

The Host-Boong Joon-Ho

cerita "monster" terbaek dan plot yang sangat best..director yang sangat brilliant dan penuh emosi..patutla Quentin Tarantino list kan antara 20 movies yang banyak pengaruhi dia..hmm..pelakon Song Kang Ho pun mantap gak..seterusnya aku tengah mencari cerita "Memories of Murder" arahan dari Bong Joon-ho dan lakonan pun dari Song Kang Ho gak..
memang tak bosan cerita ni..masterpiece!

Selasa layan :


cerita dari tiga pengarah.. (Michel Gondry, Leos Carax and Bong Joon-ho)..semua nya mengenai tokyo dengan modus operandi yang sama..futuristik, unik, lawak,abstrak..hmm tengok sendirila..hehe.. sinematograpinya memang bagus..yelah daripada idea berbakat tiga pengarah..masing2 berkharisma dan prolifik..tapi sebenarnya minggu ni aku tengah kaji buah tangan dari Boong Joon-Ho sebenarnya,banyak lagi movie dia yang aku nak tengok..apa pun landasan citarasa aku masih ada dalam cerita ni..tengok part movies leos carax "merde" plot massacre grenade!!..gila!.jom buat macam tu nak kat tengah-tengah KLCC?..hehe..



banyak lagi movie aku nak layan ni..bos nak?
dalam simpanan ada lagi..bagus tak saya buat kerja?hehe..

PISS ME OFF!!

2 bende yang membohsankan aku!
satu nya pasal nih.haih!bikin panas...tangan gatal maksudnya masyuk ke?atau gatal sebab nak kerkah kepala orang..kupas kulit kepala tebuk tiga segi pastu taruk kerengga..ok tak?

pastu Toxictoy akhirnya batalkan niat nak main kat Terengganu..maybe Next show baru pergi sana..atas sebab yang tak dapat dielakkan..takpe..tapi kat sini aku juga nak tegaskan yang sila organizer beri keadilan pada setiap band..kami bukan band kaya..huhu..takpelah..TQ kerana jemput..

akhir kata, Fuck Off jugak kat kedai Motor Singer kerana menyusahkan je telefon-telefon aku..haih..ada je yang nak pergunakan yer..jadi mangsa ke?tapi nak buat macammana, bloody mine jugak..haih..damn...

Jumaat, 4 Disember 2009

kemas!

"lu patut bersyukur diberi nyawa yang panjang, bisa jadi PUNK!!"


Aku baru mengadap citer ni tadi..hari jumaat tak ramai student dekat Library, so sempatla aku melayan movie ni hehehe..jangan mara haa...

Ok,tengok tajuk pun dah tau citer ni pasal apa kan?jadi jangan "judge the books by its cover" sebab apa yang ditonjolkan dalam cerita ni bukan sekadar cinta..yang utamanya adalah nilai persahabatan, pengorbanan, kasih sayang..hehe..apa yang aku tabik adalah barisan pelakon nya betul-betul menghayati watak PUNK yang dibawa..mereka ni betul-betul mendalami dan bukan POSER sebab punk itu memang begini!..salah seorang nya bekerja sebagai penggali kubur tetapi Punk rocker, bekas model tetapi bertukar sebagai punk rocker,..hehe tapi suke muzik dang dut!! seorang pencinta yang berusaha untuk membuka warung bersama isteri..hehe..itulah PUNK!!..mereka ini membawa misi!

dalam cerita ini penuh dengan misi dan nilai positif yang ditonjolkan dari golongan yang dikatakan negatif..tapi mereka ni tetap manusia dan berperasaan cinta,kasih sayang..tolong menolong dalam bermasyarakat..standard la life PUNK yang orang kata makan sampah hehe..tapi tengok la mana ada yang sanggup bersusah payah macam cerita ni demi cinta..budak PUNK je yang boleh buat.hehe..

cinematography die pun cantik..nice shooting..jalan cerita kemas..cuma aku tak faham sangat sebenarnya apa yang diorang cakap..PUNK jawa,bhasa batak pun ada..ntah,boleh kata 70% la aku faham..yang penting aku tau jalan cerita dia mcam mana..dan cerita ni memang lawak dan enjoy!!

Kenangan!


Linda!linda!linda,linda,lindaaaa..........!!

Semalam baru dapat download movie ni, yelah nak harap jumpa kat kedai susah sikit..Cerita ni da lama tahun 2007..tapi aku baru nak tengok..apa peduli!aku memang tak update movie baru-baru..aku suka tengok movie yang "sesuatu" untuk aku saja!hehe..

balik dari keje je tunang aku ajak pergi shopping pulak..so balik tu dah penat..tapi aku cuba jugak nak menonton cerita ni..tak sabar!jadi aku pun terus On Pc dan mengadap cerita ni..damn..waktu tak sesuai.mengantuk gila..aku terus tertido!!..zzzzzzzzz lepas tu aku tersedar balik..wah!pukul 5 pagi!..tak kira aku sambung balik tengok cerita ni..

Sambil aku tengok cerita ni memang aku teringat abis zaman-zaman sekolah dulu masa mula-mula tubuhkan band bersama ken ronn, bulat, Rapi...Atan..Nama..masa tu sanggup pergi tusyen English kat pekan Jerantut tiap-tiap Sabtu..semata-mata lepas abis tusyen nak pergi Jamming!..hehe..Zaman tu studio jamming dekat je dengan tempat teksi tu..Studio kedai gigi auntie..

OK,..cerita ni memang seronok di tengok sebab pasal muzik, band, sekolah..dan yang specialnya band dalam cerita ni comel-comel,kawaii!!..semua perempuan..pasal Kei ngan member-membernya nak performs di festival sekolah..tetapi gitaris dan vocalis band asal dia telah tarik diri..jadi nak tak nak Kei terpaksa main gitar dan diorang pun mencari vocalis baru..seorang pelajar gantian dari Korea..bernama Son,yang tak berapa nak pandai bahasa jepun..tetapi bersemangat..siap praktis bahasa jepun dan nyanyi di karaoke setiap malam..hehe..diorang bakal performs lagu dari The Blue Hearts,Band Punk legenda kat Jepun..tajuk dia Linda Linda...

bermula la latihan, rintangan-rintangan, percintaan, perjalanan sebelum waktu performs..dan part yang aku suka masa Kei ni tengah nak praktis "jamming"pastu dia dikejutkan (surprise) oleh kawan-kawan dia meraikan Kei..siap bagi hadiah sarung tangan sebab Kei ni selalu kata tangan die pendek,susah nak main gitar..pastu bagi Kei perform kat Budokan..tempat famous para Rockstar kat Jepun buat Persembahan termasuklan Ken Yokoyama pernah main kat Budokan..pastu masa Kei nak main, mak die pun kata ada special guess datang nak tengok die main..hehe..korang tau sapa?..jeng,jeng...The Ramones!!..tak ke sial The Ramones boleh datang pulak..hehe..rupa-rupanya si Kei ni bermimpi jer..damn..dalam studio masa tu tertido...padahal dah lewat dah nak performs dah masa tu..semua ahli band tertido dalam studio..penat praktis..bagus betul!!

Cerita ni memang sesuai untuk budak-budak yang baru nak tubuhkan band dan yang dah ada band..terutama yang masih sekolah..dan yang bestnya lagu-lagu punk rock ada dalam cerita ni!hehe..Linda!linda!linda,linda,lindaaaa..........!!.MXPX pun ada cover lagu ni dalam album on the cover 2.enjoy..!

lebih lanjut tengok kat youtube ok..

Rabu, 2 Disember 2009

Jom!



11/12/2009 - MXPX live in Malaysia!..band yang memberi pengaruh besar pada muzik ToxicToy..mesti pergi macammana pun sebab nak tengok Mike herrera performs!Band ni aku layan dari zaman sekolah lagi..walaupun 2 line up lain tak dapat datang, takpelah the show must go on!..lagipun opening band pun hebat-hebat!Sahabat kami band Skunkfix dari nervhous Rec juga bakal beri persembahan yang menarik!memang cukup di nanti-nantikan!let's go to the punk rock show!

12/12/2009 - ToxicToy akan performs di Terengganu! walaupun kewangan kami teruk tapi kami akan berusaha pergi ke Kuala Terengganu untuk beraksi di sana..See ya Ganu kids!!


untuk tatapan keluarga!


Akhirnya setelah puas aku memancing di laut google akhirnya dapat jugak aku hasil tangkapan iaitu movie dari jepun" Visitor Q"!..deng deng!!(bunyi mcm pc baru on..)

Cerita ni memang best la..karya Genius si Director Prolifik Takashi Miike!memang best scene-scene dalam citer ni..sutradara yang gila kreatif dalam pengolahannya..adegan realism,sex dan violence di garap dengan cantik,tak berapa nak gore, lucu, pelik..rileks..last sekali soundtrack lagu yang best juga..

walaupun permulaan cerita yang silent..ala2 Aruah Yasmin Ahmad punya storyline..pastu teknik camera macam blair witch project..memang superb la..cerita yang penuh maksud tersirat.

kisah die pasal keluarga yang porak peranda yang mana intro cerita nya dimulakan dengan adegan seks antara si ayah dan anak (anak die pelacur)..pastu sedang si ayah ni tengah tunggu train tetiba ada visitor yang dari mana ntah ketuk kepala si ayah ni dengan batu..lawak skit adegan ni..pastu terus montaj keluar dengan caption "Have you ever done it with your dad?"
"Ever beat up your mom? "..

Ok scene kedua pulak..yang si anak ni suka pukul si mak..hari-hari rotan,belasah mak dia..huhu..realitinya,budak ni selalu kena buli dengan budak satu sekolah dia...yang si mak ni pulak penagih dadah, pelacur..pastu ntah macam mana si ayah ni balikla dengan berbalut dikepala kena pukul ngan batu..dia balik bawak visitor ni tadi.

kehidupan keluarga ni memang porak peranda..sampaila visitor aneh ni di katakan membawa perubahan dalam kehidupan keluarga ni..si mak dah tak di buli oleh si anak lagi, si ayah ni keje "tv reporter" dia terlalu obses dengan kerja nak buat dokumentari pasal kes buli..rakam vid cam je sepanjang masa.pastu die mengekploitasikan kehidupan keluarga dia dalam dokumentari tu.dia macam konfius peranan dia sebagai bapa..sampaila kemuncaknya dia dapat keyakinan untuk bina semula keluarga dia..macam mana dia buat?..hehe

ada la plot yang best patut korang tonton..scene si ayah ni bunuh pembuli anak dia..rogol mayat partner reporter dia. pastu potong mayat dengan bini dia..hehe..
bagi aku memang plot cerita yang kontroversi.Terbaek dari ladang!


Selasa, 1 Disember 2009

Bos takde!

harini 1st time aku pergi keje lewat giler.
dekat pukul 10 baru masuk keje!
semua gara-gara bos xde!



masuk keje buat muka tak bersalah!