Jumaat, 9 Disember 2011

Tanggang.

ini dipetik daripada sms antara aku dengan Inshah, kawan sekampung.

Inshah (26/11) :
Malin tak blk pdg piol ke

Me (26/11) :
sape malin? iman le

Inshah (26/11) :
Ini iman ke Malin

(tak sempat aku nak balas di reply nya lagi...)

Inshah (26/11) :
Org2 tua kata klu lupe nk blk kg bleh pnggil malin jual kundang haha

Me (26/11) :
oh haha, ni pengaruh drama sinetron kuat sgt ni.aku x blk, keje hri ni.esok ada hal.nape?

Inshah (26/11) :
saja je nk ajak jaming klu ada masa nk kutip m0vie br dr ko

(sejak bila pulak Inshah kaki jamming ni?biasa adik dia je yang ajak)

Me (26/11) :
hehe.nextime aku blk aku gtau.bleh wat screening kt sana.tgk movie rmi2 kt umh ko ke.hehe..mcm dulu
(cover line, padahal terasa sentap..macam kena letak kerengga dekat hati. ya aku tahu dah lama tak balik kampung :( )

teladan

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”

Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.
>Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Isnin, 21 November 2011

Mimpi 2

Pendedahan mimpi #2.
(siri mimpi pertama di sini)

Semalam aku bermimpi macam terlibat dalam satu drama, atau mungkin filem yang tiada kesudahan ceritanya..(kerana hari sudah pagi dan aku bingkas bangun tido dengan tanda tanya).

Mengikut pada ingatan aku yang samar-samar ni,mimpinya lebih kurang macam ni, Ada satu kumpulan remaja, lelaki dan perempuan terlibat sama, tinggal dalam satu rumah, aku tak tahulah rumah sewa atau kem,tetapi nampak seperti kem...

Tetapi ada jugak kelihatan macam tapak kilang dan sekumpulan remaja ni juga seingat aku adalah kumpulan pekerja kilang, tetapi terdiri dari pemuzik dan samar-samar juga aku ingin katakan mungkin banduan kepada satu organisasi atau kumpulan penjenayah...kerana ada satu ketika dua orang remaja ini keluar rumah tetapi diburu oleh sekumpulan makhluk yang tak pasti samada manusia atau alien, atau robot, yang pasti ianya sememangnya ganas..mengejar dua remaja tadi..

Yang peliknya salah satu remaja yang terdiri dari lelaki dan perempuan ini kelihatan seperti kekasih, dan automatiknya watak lelaki itu tiba-tiba adalah aku, dan perempuan itu adalah isteri aku.pandangan kali ini adalah seperti wayang filem found footage di mana aku melihat pandangan goyang-goyang, seperti berlari, dan imej dalam kelajuan.Sambil memegang tangan kekasih,kami berlari ke sana kemari, dan aku masih ingat debaran melihat mahkluk yang seperti bayangan ini seperti memegang senjata berat tetapi tak melepaskan tembakan hanya mengejar.
Ada satu part ni dimana aku bersandar,menyorok di satu hujung dinding,kemudian aku mencapai batu dan menunggu bila muncul saja bayangan itu aku akan mengetuk kepalanya..

Kemudian pandangan aku tiba-tiba pada scene balik rumah, rumah sewa barangkali bersama-sama geng remaja awalnya tadi..kali ini seingat aku ada kumpulan yang bercerita ternampak hantu ketika hendak pulang ke rumah..

Ada juga scene di mana kami satu rumah ni mandi bersama-sama di mana rumah itu kelihatan usang pula, seperti mandi di kolej asrama,scene di bilik mandi dengan air pancut berderet sambil persekitaran kelihatan hutan, semak samun dan sekali lagi ada kelibat asing yang memerhati dan ahli-ahli yang mandi kali ni muncul imej orang yang aku kenali..(kawan aku yang tak perlu aku sebutkan di sini). yang bestnya kami mandi pakai spender tanpa segan silu dan bertukar-tukar sabun mandi..sehinggalah tinggal berduaan(lelaki) dan masa ni timbul perasaan seram.lagi sekali kelihatan imej memerhati, aku dan kawan aku tu bertanya sesama sendiri kemana lagi kawan-kawan yang lain pergi,kemudian aku menjeling di celah-celah semak dan hutan, kelihatan kawan-kawan yang lain tadi sedang enak bermandi swimming pool berbikini (wanita mat salleh kot) dan berspender bagi pihak lelaki.imej kali ni memang vintage dan seperti imej mat salleh sedang berparty sakan di dalam hutan sambil mandi kolam dengan gembira..

Pengakhiran cerita ini adalah sangat pelik, sebelum aku tersedar dari lamunan, aku dapat lihat imej yang seperti ending kredit di mana jelas sekali cerita yang aku mimpikan malam tadi adalah bertajuk " Cinta Amar Amir"dengan tulisan berwarna oren dan memakai font seperti airbrush.Ahhh..peliknya!

Ahad, 20 November 2011

Aib.

Hari ini aku memilih untuk memarahi(dalam hati) pentadbiran tempat aku bekerja.sebab apa?sebab mereka rajin betul print kertas berkaler siap laminate (ini membazir) dan terang-terang memaparkan nombor pekerja aku sebagai nombor bermasalah yakni nombor kepada muka-muka lewat pergi kerja. Sepanjang aku bekerja adalah beberapa tahun ni, tak pernah lagi dipaparkan benda yang mengarut ni dan nampak sangat macam orang lain tak pernah lewat saje.bila kena pada aku ada pulak yang rajin menampal kenyataan yang aku anggap bukan bersifat untuk teladan tetapi lebih bersikap pilih kasih dan mengaibkan. Ini mendatangkan kemudaratan kepada aku, aku tahu kesalahan aku lewat tapi ini baru kali pertama dan baru tahap amaran pertama saja. Kenapa dihighlightkan untuk tatapan umum?.Aneh sekali pemikiran mereka. suka NAMA naek untuk pujian.suka juga NAMA naek untuk diaibkan.

Rabu, 19 Oktober 2011

Pengakuan.

Argh, aku lupa memberitahu cerita ini...

Selang beberapa minggu kemudian, selepas hari raya, muncul lagi ibu kucing sebelah rumah yang selama ini menghilangkan diri. Rupa-rupanya sepeninggalan beliau, rupanya beliau membawa diri yang lara untuk berbulan madu setelah ada masa terluang tanpa anak, kononnya seperti bujang kembali,seperti janda yang masih laku, disebabkan anak beliau aku telah buang ke lain daerah, beliau rupanya memasang idea baru dan dengan harapan baru beliau pergi mencari jantan-jantan yang kegersangan dan menggoda mereka-mereka untuk mendapatkan segumpal benih!

Cis, memang hebat permainan si ibu kucing sebelah. dengan keadaan perutnya yang membunting, seperti mau menunjuk-nunjuk kepada kami. permasalahan yang dulunya disangka selesai bakal menghantui kembali. akan datang, pasti akan tersebar kembali bulu-bulu, bau-bauan tahi dan di mana ada bau di situ ada macam-macam jenis tahi di tepat hadapan pagar rumah kami.

Kemudian, hari yang dijangkakan sudah tiba, 3 ekor anaknya kecil-kecil molek sedang enak berada di depan rumahku.buka saja pintu dah kelihatan mereka membuat port di depan pintu rumah..persoalannya ialah kenapa berada di rumahku tetapi tidak di rumah tuannya? ini tak boleh jadi, lalu ku halau mereka seperti anjing walaupun mereka itu kucing. tidaklah terlalu ganas, tetapi cukup membuatkan ibunya lari melintang pukang dan meninggalkan anak beliau berurusan denganku.

Jahanam punya emak.tinggalkan anak bila berlaku musibat.yang si anak pula bijak juga lari ke bawah keretaku yang sedang elok parking di hadapan rumah.langsung aku lihat hilang entah kemana.ini tak lain tak bukan mesti menyorok dekat tayar kereta atau bumper kereta yang mana menyukarkan aku mengambil apatah lagi menghalau mereka.lalu ku biarkan begitu saja, tak kuasa nak melayan..dan pagi itu, aku bawa motorsikal saja dan biarkan kereta di rumah...

debaran ceritanya disini..nak dijadikan cerita, motosikal yang aku naiki hari itu mengalami kerosakan, sudahlah aku sudah lambat ke ofis..buat hal pula motor rosak, perjalanan masih jauh ke ofis, dan jauh juga untuk patah balik ke rumah.Lalu aku mula bertafakur mencari idea-idea bernas macam mana aku nak handle permasalahan ni..akhirnya aku menolaklah motor yang beratnya boleh kata boleh membuat kan aku berpeluh jantan..hidung kembang kempis menolak motor, muka menahan malu tapi sabar dengan keadaan sekeliling.

Berkat kesungguhan,akhirnya sampai juga ke workshop yang berdekatan..kemudian motor ku dibaiki.aku menelefon isteriku untuk mengambilku dan menghantar pulang ke rumah untuk mengambil keretaku.hari itu aku gagah juga hendak pergi kerja..di lajukan cerita ini, seperti biasa aku pandulah kereta pula ke ofis,motor aku tinggal ke bengkel nanti petang baru aku deal kembali..dalam perjalanan aku bawak memang laju, maklumlah dah lambat dan hari itu aku ada urusan penting di ofis..ada seketika aku bertembung dengan lopak dan bonggol yang agak tinggi..

tiba-tiba aku merasakan macam ada tak kena dan sekilas aku memandang ke cermin pandang belakang, pada masa tu aku ternampak kelibat mahkluk kecil berguling-guling keluar dari bawah kenderaan aku.Alamak!ini tak lain tak bukan mesti anak kucing awal pagi tadi!rupanya mereka masih ada bawah kereta aku,tidak,mungkin di dalam bumper atau celah-celah kereta yang boleh mereka menyorok.Hal ini memang diluar jangkaan dan kawalan aku. aku tak sangka mereka masih berada di situ dan kebetulan aku terpandang cermin belakang dan masa itu juga terpandang si anak kucing itu tergolek-golek keluar...

Aku tak tau la apa nasib mereka, aku dalam keadaan memandu yang agak laju..langsung kelibatnya tidak kelihatan.nak berhenti ada banyak lagi kereta dekat belakang dan harapnya tak dilanggarlah anak kucing itu.aku merasa bersalah..aku tidak berdendam dengan si ibu kucing tetapi aku jangkakan sudah nasibnya bakal kehilangan anaknya lagi sekali...Aku tak berhenti, aku cuma berharap kucing itu tidak apa-apa..yang pasti cuma seekor yang kelihatan keluar tergolek, yang 2 ekor lagi aku tak tau la macam mana pula,mungkinkah sudah awal-awal lagi tergolek keluar tanpa pengetahuan aku?atau cuma seekor saja yang berada di bawah kereta..

kepada ibu kucing sebelah rumah, maafkan saya dan kepada tuan punya kucing maafkan saya, dan sehingga ke hari ini cuma seekor saja anaknya yang berada di samping si ibu..huh.nasib ada juga anaknya yang selamat, aku ingatkan sudah arwah ketiga-tiga anaknya..

Alasan

Sebentar, sebelum aku mula buka cerita, aku nak beritahu bahawa aku seorang yang suka kucing ok.bukan saja-saja aku mahu membuang kucing kesayangan aku.Tetapi disebabkan nak bagi pengalaman yang luas seperti kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan itu lah aku menutup perasaan belas ikhsanku demi memberi peluang kepada Livi & Edo membina hidup baru yang bakal cerah.

Kedua, Cat hilang.aku rindu Cat,tapi aku tak tau mana nak cari Cat.jadi aku percaya naluri anak/ibu akan terjalinnya satu kuasa telepati yang kuat.dengan ini,dengan menghantar Edo & Livi ke lembah yang lebih luas, ini dapat memberi peluang pada anak-anak muda seperti mereka mencari ibu mereka,Catrina.

Baiklah, alasan ketigaku lagi lah tersangat logik. Ini semua demi masa depan keturunanku.tutup kata, tak perlu panjang lebar.jauhi penyakit.sekian.

Rabu, 14 September 2011

Misteri

Sekuel terakhir bagi cerita Livi,Edo & Cat adalah aku sekeluarga mewujudkan suasana misteri di kalangan kejiranan dengan ura-ura kehilangan kucing secara tiba-tiba di masa cuti perayaan..Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebelum pulang beraya di kampung,aku membuang Livi & Edo dengan membawa mereka menaiki kereta dan memindahkan mereka ke zon yang lebih selesa agar tampak berdikari, aman dan damai...bukan itu sahaja kucing sebelah yang selalu menyusahkan aku pun menjadi mangsa buangan aku.ini semua atas desakan tak tahan dengan "hasil seni" oleh para kucing yang memperagakan sekumpulan tahi pelbagai bentuk berlonggok di hadapan pagar rumah.

Sekembalinya jiran sebelah rumah dari cuti raya, mereka merasa pelik.takde lagi kelibat kucing mereka.terus di hadapnya makanan kucing mereka..tidak disentuh..lalu mereka langsung memanggil-manggil nama kucing kesayangan tetapi akhirnya tak muncul-muncul juga..pada waktu itu, secara tak sengaja aku berada di luar rumah. langsung di tanyakan kepada aku kemana hilangnya kucing mereka itu.

Dengan wajah palsu dan menampilkan riak muka sedih dan mata agak kuyu, lakonan berkesan ini penuh emosi ditambah pula dengan dialog "entahlah, saya pun sedih kak, kucing saya yang saya bela dari kecik, mandikan dan bagi makanan mahal-mahal tu dah hilang! Ini yang saya pelik ni kak!saya pun cuti balik kampung.sedar-sedar je kucing dah takde"...

Kami masing-masing masuk ke dalam rumah, sama-sama menutup pintu..dum! dum!..mungkin akak sebelah rumah sedang bersedih.tapi aku pula setelah menutup pintu, aku ketawa dalam hati..tangan digenggam rapat..menumbuk ke arah udara! gaya seperti menang oscar!