Jumaat, 11 Jun 2010

Later.

Ada banyak movie horror /gore dalam simpanan..hanya tunggu untuk didedahkan je kat sini..disebabkan kemalasan yang memuncak..kemudian nanti la aku utuskan kisahnya ye..kahkahkah..otak aku dah makin blow dah dengan adegan-adegan yang hampir sama, sampai tengok darah dan cebisan-cebisan daging bertaburan pun dah makin hambar..banyak juga yang menarik..unsur komedi juga buat aku lagi tertarik dari unsur kejar-mengejar kaum wanita di akhir cerita...biarla lebih ridicolous dari series sampai lebihkan borak dari adegan yang dinanti-nantikan..


Sukan.

Makaih.dah lama tak bersukan.takpelah.Memang aku dah plan..lepas dah masuk keje syif nanti aku nak ajak Amer (rakan setugas) main badminton..tak pun ajak Pamex..saja kasi ada aktiviti..sebenarnya kenapa tetibe nak main badminton?tak main sukan lain?..

sebab ni..(poyo & acah-acah)
King (2009)


antara barisan watak utama.
behind the scene

Sekilas Tentang Filem King


Filem ini menceritakan tentang perjuangan seorang anak dari desa yang berusaha untuk jadi pemain badminton terkemuka seperti idola dia iaitu Liem Swie King.Sebab tu tajuk die KING..ambil inspirasi daripada kehidupan pemain lagenda tu.Filem ni menarik bagi aku.sebab bukan saja pasal badminton tetapi pasal kesungguhan dalam mencapai cita-cita..kalau orang kampung seperti aku ni mesti lebih terasa apa yang guntur (watak utama) alami..beban kewangan keluarga dan sebagainya..juga dalam filem ni diterapkan semangat setiakawan antara guntur dan Raden..memang anda akan teringatkan laskar pelangi jika menonton filem ni..sinematografi dia memang terbaek la..dan tu yang buat aku terus ikut kusyuk melayan filem ni sambil melihat keindahan desa kat Indonesia sana..juga..yang paling terbaek dalam King..emosi lagu latar dalam setiap perjalanan cerita di garap dengan bagus sekali.Memang gempakla hasil keje arahan Ari Sihasale,Musik illustrator, Aksan sjuman & titi Sjuman..dan last sekali lakonan Rangga Aditya sebagai Guntur & Lucky Martin sebagai Raden..bagus-bagus!~asyik...

gambar ambik dari : http://www.aleniapictures.com/kingmovie/home.php

Khamis, 10 Jun 2010

plan.

2 Minggu cuti sekolah ni apa aku nak buat sempena bini ada di sisi?rancang nak bercuti tapi terbantut la..orang tua ajak bawak die sekali bercuti..adui aku bukan taknak.memang nak sangat walaupun cuti tahunan aku tinggal 5 hari je ni.semua tu aku tak kisah, yang aku kisah ni pasal bulan ni kewangan terpaksa lebih menjurus ke aras keperluan kereta aku.huhu...Roadtax mati 1 Julai, insuran nak kena renew, dan pertukaran owner kete kena buat..(yes! dah abis bayar kereta!)..mana nak bercuti ni kalau poket kosong..makanya, semua orang harap bersabar, hehe..kita postpone bercuti eh..hehe..pe pun aktiviti cuti yang pertama buat masa nih adalah, menonton wayang bersama Ellia di TGV..layan Shrek..oklah buat santai-santai...line best oleh puss in the boot.."re-donkeylous!!"aku nak layan Freddy Kruger..tapi last tayangan dia pukul 6.35 pulak..penatlah..balik keje terus nak pergi Bukit Tinggi..takpelah,sekali-sekala tengok katun best jugak.

masih ada masa nak plan ni..bercuti....hmmm...jap buat kire-kire!~

Khamis, 3 Jun 2010

Call.

Pendedahan mimpi. # 1

semalam aku mimpi...

" situasi kat dalam hutan atau kebun sape ntah..sebab macam ada ura-ura sebatang pokok durian.
aku ngan segelintir manusia kena tangkap, dijadikan tebusan kot..tak pasti..tapi dikurung dalam kandang.luas. siap dipagar ngan kayu..

yang aku ingat. maybe terorist, atau askar bintang 3, atau askar jepun.aku tak pasti.atau aku rasa penjahat dalam citer naruto kot.tak salah aku..sebabnya camni.

diorang saiko aku ngan beberapa tahanan..diorang bakar pagar tu ngan api.maknanya ini macam nak bakar kitorang(tahanan)..dah macam askar nazi pun ada ni..pastu sebelum api marak..aku tengok ada la segelintir tahanan yang lari keluar dari kurungan..berlari ke sungai belakang tempat aku ditahan..pastu ada yang menjerit baek lari dari di bakar dalam ni!

pastu aku terpandang seorang tua, die kata "aku taknak lari..korang larila..nanti kena bunuh!"
aku dapat lihat..3,4 orang yang lari tadi dikejar oleh kelibat manusia yang memegang pedang samurai..kejar semua tahanan yang lari..masa tu memang panik..aku tak tau nak lari atau nak stay..api makin marak..tetibe aku terlintas..dalam fikiran aku..mati la aku..pastu aku ada henpon..aku hanya ingat nak telepon bini aku jer..nak gitau yang aku maybe takle jumpa dia dah..genting ni, macam nak mati la kot..pastu aku call la..tak dapat-dapat..huh!..pastu aku dah gelabah..nak lari ke tak..ada yang macam boleh selamat jer kalau lari..

Tetibe henset aku berbunyi..vibrate die kuat giler..pastu aku tengok nama yang kol aku tuh!..eh!?SI GERSANG..?!
alamak, sapa nih?ingatkan bini aku kol..aku tak jawab..last-last aku lari jugak..kandang dah terbakar..aku perasan ada askar yang nak kejar aku..berdebar-berdebar!!
tapi aku dapat rasakan betapa laju aku lari..dah macam citer kubungman pun ada..lari dalam hutan..memang ramai yang kejar aku..tapi tak dapat..diorang kejar ikut jalan sungai, aku jalan darat..pastu aku letih berlari..aku terbaring..kunun nyorok kat tanah..."

itu jer..mimpi aku..(yang aku ingat).

petanda :

bila aku bangun pagi tadi..pas bersiap untuk pergi kerje..terus aku kol bini aku..tanya kabar, sembang-sembang...malam tadi langsung aku tak kol die,terus tertido..maybe aku..rindu die kot..sampai terbawak dalam mimpi..dan...
kalau situasi genting camtu,perkara yang paling kite ingat adalah orang yang kita paling sayang kot..terus 2 kali aku kol die,saja bawak sembang-sembang lagi pagi tadi.

dan..pada Ellia jangan lambat jawab telefon ok..!

mimpi.

Pendedahan mimpi.

dah lama aku cadang nak buat catatan,tulis kat buku tiap kali aku bermimpi.itupun kalau aku ingat apa yang aku mimpi lepas bangun dari tido...tapi tak terbuat-buat pun. selalunya ada mimpi yang menghantui aku sepanjang hari..kadang-kadang jadi persoalan sampai jenuh nak refresh balik mimpi tu..ada yang jadi dejavu.macam pernah je berlaku peristiwa ni dalam mimpi minggu lepas..kadang-kadang ada jugak mimpi tu dah jadi macam drama..bersambung-sambung..tapi wataknya lain-lain..tempat die je sama..yang pelik lagi kelakar tu pun menarik jugak kalau di buat catatan..

Ok, sekarang ni di sebabkan dah ada blog..aku pun nak buat satu ruangan pendedahan mimpi.
aku nak catatkan apa saja cerita dalam mimpi aku..mimpi tido ye bukan mimpi khayal dalam sedar..sebab misteri mimpi ni memang best kalau di catatkan..sebab bagi aku,mengarut macam mana pun tulah sebenarnya yang menunjukkan situasi atau emosi terkini yang tertanam dalam otak kita.die macam ikut peredaran masa..contohnya kalau sekarang aktiviti ko tengah syok menjual tapai dengan galaknya..sampai tido termimpi2-mimpi ko tengah membungkus nak jual tapai pastu datang orang putih pergi borong tapai ko sampai sold out tetibe datang penyamun mengelar leher orang putih tu dengan pembaris besi sebab nak rompak tapai ko dari orang putih tu..ha contoh la kan..dah kata mimpi..dan yang paling bestnya mimpi ni..adalah, die macam ada petanda tau..tu la yang tiap kali mimpi je.mesti kite jadi nak buat kesimpulan..apa sebenarnya mimpi tu nak cerite..oh rupanya aku lupa nak bayar sewa tapak pasar malam tempat aku jual tapai tu...(contoh)..

hmmm tak sabar nak tulis ni.semakin pelik mimpi semakin menarik.harap-harap ingatan aku kuatla untuk ingat balik apa aku mimpi malam tadi.yeah!
Let's fucking do it!come on nigthmare!come on keep on dreaming!

Rabu, 2 Jun 2010

Cium.

FADHILAT BERCIUM. WAJIB DIBACA. ISLAM SESUNGGUHNYA MEMANG INDAH & CANTIK.
lepas baca ni, paling busuk pun ciumlah pasangan suami isteri anda sekali pun jadilah sblm pi keje kew..lagi byk lagi bagus!..xkisahlah sape2 leh start dulu..hehe..jgn segan2..byk fadhilatnyer.....yg lum kahwin, jgn mandai2 nak cium pakwe/makwe anda sekalian lak..neraka hukumnya..buat pedoman jek dulu..hehe..selamat membaca.


Fadhilat Bercium???

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan.....
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga
efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung
per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan
nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan
nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan
pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan
stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan
hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak
melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang
merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan
tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah
tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu
menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah
boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan
memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi
kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu
membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan
kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air
liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu
mengurangi sakit.

* sumber - dari email aku.
alamak..bini takde kat umah plak nak cium...
~

Selasa, 1 Jun 2010

next.


more info check out : http://www.myspace.com/toxictoypiol
&
http://www.toxictoypadangpiol.blogspot.com/

Minggu ni aku kena berlatih...full takde rehat. sabtu & Ahad.
ini 1st time.lari-lari.Sabtu di Melaka Ahad pergi KL..ok la tu.
playlist malam ni aku nak tanya Ken Ron.
Aku cadang nak cover Inspection12- Hear Anything?.