Hari ini saya, nor siti monika jingle ingin menyampaikan keadaan trafik di sekitar selangor terutama klang, shah alam, dan area2 bukit jelutong.. trafik hari ini macam gampang. sapa -sapa yang lalu jalan dari kesas tu semua bawak kete macam gampang. kereta berhimpit himpit macam kambing biri-biri keluar kandang, manakala motosikal pula berusaha keras mencilok-cilok sampai ada yang marah-marah sampai ludah di helmet sendiri, ini kerana terlupa untuk membuka wiser.
Seterusnya di highway federal keadaan terkawal pada mulanya jadi macam gampang juga sebab kereta sebijik sorang jer, lepas tu berlaku kemalangan akibat kebodohan pemandu tidak memberi signal. lalu berlakulah pergaduhan yang macam gampang, sebab kasi duit jer dah setel. kasi la penumbuk sedas dua.
Jalanraya sekitar shah alam pula agak terkawal kerana semua orang bawak kenderaan macam orang gila. nasib baik saya tak menggampangkan pemandu, sebab saya pun guna jalan terutama kat bulatan selangor.ok jalan motosikal pula bagus, saya tabik. sebab penunggang bawak moto kelihatan riang dan sambil makan aiskrim di pagi-pagi buta.
Seterusnya lebuhraya baru lembah kelang pula trafik macam celaka, tapi hanya sesak dekat2 nak keluar simpang jer, ini kerana diorang punya pasal la, saya malas nak ambik tau. Lebuhraya guthrie corridor pula acah acah tenang dan di sini pemandu di galakkan memecut laju asalkan jangan lupa menekan brek bila nak dekat tol atau trafik light ok, siap ko kalau tak dengar cakap saya.
Ok jalan batu arang pula menuju ke meru, puncak alam, memang amin. keadaan menyenangkan perut ibu mengandung. tenang, damai, dan boleh hirup udara nyaman. tapi mmmmmm..keadaan sebaliknya berlaku dari arah meru ke susur keluar sg, buloh dan highway guthrie tadi..keadaan trafik memang macam gampang. di sini pemandu diuji keimanan sepenuhnya dimana trafik sangat sesak dan pandai-pandai ko lah dengar radio ke taip sms ke bbm ke untuk hilangkan boring. padan muka lu orang.
sekian saja. pandulah dengan berhelmet dan patuhi arahan orang tua iaitu mak bapak kamu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan