Isnin, 4 Februari 2013

kembali

2013 aku dah jumpa balik tune. comeback kali ni lagi simple. tahun 2013 di buka dengan tour ke indonesia untuk menonton weezer! dalam sejarah hidup aku, aku tak pernah terfikir nak bayar tengok konsert sampai rm400. atau sejuta lebih duit rupiah. Tapi minat mengatasi segalanya. Tak sangka dulu seingat aku masa tingkatan 3 aku baru diperkenalkan dengan muzik weezer ni. masa tu aku dengar album pinkerton, kaset pinjam. lepas je dengar satu album, hari-hari aku asyik main lagu weezer jer, ada jugak pasang lagu lain, masa tu kebanyakan nya lagu punk rock. tapi mesti ada selit sikit slot untuk weezer. Rupanya sampai sekarang aku masih macam ni. kira lah dah bape tahun. sampai sekarang aku masih pasang lagu weezer. kuat ke tak kuat meminati weezer tu hanya diri je yang tau biarpun takde kumpul vinyl ke kaset ke CD ke album2 weezer, tapi memadai lah..untuk menunjukkan betapa aku teringin nak tengok live weezer depan mata..itu kali, aku tekad dan akhirnya impian terlaksana.


OK memori weezer tu sudah terpahat dalam benua otak.sampai susah aku nak ungkapkan kat sini dia punya penangan.cukup la dengan memori yang ada tersemat dalam gambar, dan sikit share di facebook. ok selain tu, pertama kali aku jejak kaki ke Jakarta Indonesia..kalau naik flight tu aku kira dah dua kali dah. ada sekali tu pergi ke Sabah. jadi dah ada pengalaman la, teruja tu sikit2 aja.

Di Jakarta, aku berjumpa kawan yang sebelum ni aku hanya kontek di facebook jer, itu pun pasal minat muzik, dan segalanya bermula dengan cerita band dan kerjasama nak bikin split CD sama dengan diorang. tapi masih dalam pembikinan. Apa yang aku nak cerita, diorang banyak tolong tunjuk jalan, tunjuk tempat makan, tunjuk transpot. dan kenangan yang paling best aku ronda2 naik motor dengan Junet jam 2 pagi. pusing2 bandar jakarta dengan tak pakai helmet..sampai la jam 4 pagi..Lepas tu pulak masa sebelum balik ke Malaysia, aku ronda2 pulak dengan motor Mario, kali ni siang pulak. jadi merasa la suasana jalan jem di kota jakarta.



4 hari di Indonesia, kadang-kadang rasa tak cukup, tapi itu je budget/ cuti yang ada..lagipun anak bini tak ikut, rindu pun dah menebal. balik la aku di mana bumi dipijak, ke tempat asal, aku harap boleh berjumpa lagi sahabat di Jakarta.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan