Rupanya aku ada satu gejala. Ini baru aku perasan, aku suka bercerita bende yang dah lama dan lepas -lepas. biasanya orang update bende yang berlaku semalam atau baru kejap tadi, tapi aku suka buka cerita yang bertahun berbulan dan perkara masa lepas. Ini kerana otak aku sedang beratur, peristiwa yang lepas masih banyak menunggu giliran, tapi kadang-kadang ada jugak terbiadap memotong barisan macam pemandu-pemandu kat jalan raya. Punya lama entry hari Isnin beratur untuk di post, dah tiba tiba entry hari Jumaat lepas yang sedap-sedap mencelah antara hari sabtu dan ahad. Terus pintas buat muka tak bersalah, tapi peristiwa ada bentuk muka ke?
Yang pasti lepas ni dah takde cerita kucing dah, dan zombi di library kerana Aku dah ada cerita lain yang boleh dijadikan zombi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan