Isnin, 3 Januari 2011

Sedia

Semester baru di tahun 2011 bermula..hari ini hari pertama melangkah ke tempat kerja yang sentiasa diselubungi zombie..mereka telah kembali dari sangkar masing-masing. Asalnya mereka manusia biasa seperti kita semua.tetapi, bila saja mereka melangkah ke library, mereka sudah dijangkiti virus dari buku-buku. bermula dari situ, mereka ketagih. habis buku-buku di rak aku mereka selerakkan. habis jahanam susunan buku aku yang mengikut abjad matematik..kiraan setiap inci habis lari..penangan zombie memang boleh buat hati pedih. sakit ulu hati menengok kerenah zombie menelan bulat-bulat apa yang ada dekat buku..

setakat ni suasana dekat pusat IT tenang.mereka belum terjah.sebab tu aku rileks je sambil boleh update cerita ni. nanti bila mereka dah datang.habis aku terpaksa sediakan perisai, tempis-tempis gigitan mereka agar aku tak terjebak. semakin mula semester baru, dengar-dengar semakin bertambah jumlah mereka.takpe, nanti aku cari jalan. malam ni aku fikirkan taktik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan