Isnin, 17 Januari 2011

lemak


Suatu hari di carrefour baru bukak.

bende canggih macam ni bukan boleh caya.
Keputusannya....

Tapi aku boleh lagi terima kenyataan, setakat lebih 0.05kg lepas berak je dah boleh kurangkan berat kot..jadi, Isteriku, adinda jangan bimbang.Kekanda kayuh basikal 2,3 round pusing taman dah boleh dapat balik petak 6 kat perut Kekanda. ok?

ni tangan sambil tunjuk thumb up depan monitor.so, jangan bimbang ok!

Khamis, 13 Januari 2011

Hiburan.

Pahang band at its best!..dari Kuantan ke Mentakab ke Temerloh ke Jerantut.ada goregrind, grindcore, thrashcore, melodic punk..Ini show kental, jenis lagu kategori balada terbaek yang patut layak masuk AJL, jahat berilmiah, sopan pantun, memaki hamun penjenayah, bertamadun, 1,2,3 Malaysia, cocok dengan jiwa kelajuan, kentut tak bunyi (sebab bising), lanyok puas-puas, dan terakhir program realiti tak masuk TV!

Rabu, 12 Januari 2011

Terjah!

lepak-lepak malam ni dengan kawan dan berakustik!
Toxictoy membuka tirai 2011 dengan persembahan pertama secara akustik!

Masalahnya harini aku kena keja dari pagi terus kena OT sampai ke malam.
berat hati nak gitau budak band, tapi nak buat camne.

Harini keje dah dress lain macam, dah ready balik kang nak singgah tasik dulu.
baju lain dah sumbat dalam beg, tapi spoil mata jadi sakit, nanah.
bukan saja-saja nak buat effect horror, yelah the korok ada kot.sesuai konsep.
tapi ni spesis ketumbit. camne nak perform mata cenggini. buatnya show ni masuk melodi.
spoil la.

Aku harap Man ngan Nama ready, aku tak main pun takpe kot.hehe.

Petanda

Memang permulaan tahun 2011 yang jahanam! sekali lagi lewat bulan ni, memang dapat hadiah 'istimewa'.

Aku tak kira, aku nak salahkan zombie,dayang-dayang dan serata parasit kat dalam 'lubuk mara' ni! sebab kalau dah bawak sekor sebijik kete, memang sesak la jalan!cube sedor sikit dan tak kedekut nak kongsi.kalau nak bawak sorang jugak baek bawak motor!nek beskal!nek bas!

err..pukul berapa awak bangun pagi ya?

Rabu, 5 Januari 2011

muncul.

Kegilaan masa remaja muncul kembali.Tahun 2011 ni aku percaya aku akan lebih banyak membaca.tak kirala mana sumber bacaan yang aku dapat.yang pasti aku akan mendalami banyak ilmu pengetahuan.chewah, ini dah macam paksa diri gayanya.macam nak jadi profesor dahi luas.dengan style rambut beruban dimakan lemak ilmu.

Sebenarnya aku nak cerita yang aku start mengumpul komik kembali.itu jer.sebab aku jumpa satu kedai komik ni yang ada edisi penuh komik yang aku minat..dulu masa belajar, sumber komik memang mudah dapat. pinjam je komik dari kawan dah boleh baca macam-macam jenis cerita komik..Tapi antara yang menjadi kegemaran aku,tetap genre Gore,thriller & kadang-kadang lucu.Dekat rumah, aku kumpul komik "Eiji Psychometrer" & "Bremen" dari majalah komik kreko.


Sekarang ni aku nak kumpul pulak buku komik " Pencak Nujum"@ FIST OF THE NORTH STAR.cerita yang klasik dan penuh dengan adegan action dan violence.baru je kumpul vol 1-3..kat kedai tu ada full volume.tu yang aku semangat balik nak baca komik ni. secara santai boleh jugak aku mengisi masa yang terluang dengan baca komik sementara nak tunggu bini aku bersiap-siap :).

Selasa, 4 Januari 2011

Belenggu

Sementara menunggu dapat kunci rumah ni, aku usha-usha lagi rumah-rumah lain sekitar Taman Sentosa.Ikutkan nak protes sikit dekat Wahid satey ni yang tak habis-habis buat lawak.Takpe tunggu la nanti turn dia nak kontek aku, masa tu aku tak jawap call.sms only ok.

Pagi tadi bawak le kete mundar mandir kawasan rumah taman tu, ada banyak rumah kosong. kontek la satu nama ni Miss An Lim kita..aku tanyala dia kata ada satu rumah dua tengkat tu sewa Rm500 sebulan.ok, sama dengan Wahid. tapi dia punya Total cecah RM2200.hui lagi mahal dari Wahid.cancel la ini macam. biar pun rumah bukan depan loji taik.

tak putus asa cari lagi, jumpa pulak satu rumah ni dengan nombor tepon yang tak cantek tu aku tepon la jugak,namanya Ben..Ok kali ni Rumah sewa tu RM450 sebulan. dua tingkat jugak.tapi 3 bilik jerk..macam ok.murah sikit.Aku pun buat la janji nak tengok dalam rumah..Petang tu aku keluar, tengok dalam rumah..hui..tak bleh lawan rumah Wahid. Wahid lagi sedap mata memandang. Wahid ada bau singh, mana nak dapat...maka, aku rasa menang lagi la ke wahid & sabor lagi la aku dengan kerenah Wahid ni nampak gayanya.Sebab ikutkan proses rumah si Ben tu pun makan seminggu dua minggu jugak baru boleh duduk.setelah pikir panjang...apa kata aku layan dulu filem pendek ni.rileks-rileks kan tenangkan fikiran.






Isnin, 3 Januari 2011

Sedia

Semester baru di tahun 2011 bermula..hari ini hari pertama melangkah ke tempat kerja yang sentiasa diselubungi zombie..mereka telah kembali dari sangkar masing-masing. Asalnya mereka manusia biasa seperti kita semua.tetapi, bila saja mereka melangkah ke library, mereka sudah dijangkiti virus dari buku-buku. bermula dari situ, mereka ketagih. habis buku-buku di rak aku mereka selerakkan. habis jahanam susunan buku aku yang mengikut abjad matematik..kiraan setiap inci habis lari..penangan zombie memang boleh buat hati pedih. sakit ulu hati menengok kerenah zombie menelan bulat-bulat apa yang ada dekat buku..

setakat ni suasana dekat pusat IT tenang.mereka belum terjah.sebab tu aku rileks je sambil boleh update cerita ni. nanti bila mereka dah datang.habis aku terpaksa sediakan perisai, tempis-tempis gigitan mereka agar aku tak terjebak. semakin mula semester baru, dengar-dengar semakin bertambah jumlah mereka.takpe, nanti aku cari jalan. malam ni aku fikirkan taktik!

Ahad, 2 Januari 2011

bosan.

Manusia berubah.
memang manusia sentiasa berubah.
kalau betul aku membosankan,
biar saja aku mati.

Sabtu, 1 Januari 2011

ceramah 2011

Dunia sungguh mengagumkan.berusia beribu tahun bertahan hingga ke hari ini..makhluk asing belum lagi berupaya menakluk bumi. mungkin belum jumpa lagi koordinat bumi kat mana.bila masa ia dah jumpa. Masa tu manusia akan terima padah. hero-hero kat facebook pun hanya boleh update status ketakutan je waktu tu.takde lagi kisah-kisah hiburan, kisah-kisah masalah peribadi. yang ada hanyalah doa agar bumi kembali aman.

jadi di tahun 2011, Aku seperti biasa bersama orang-orang yang berada di sekeliling meneruskan kehidupan. meneruskan kerja, meneruskan doa, meneruskan mengkaji dan memuja kejadian bumi & alam. Perubahan demi perubahan bakal terjadi. dari kahwin bertukar kepada bapak. begitu jugak nasib. Apa yang bakal terjadi, akan aku harungi. sebab itulah kehidupan.

Siapa sangka kematian bakal berlaku di tahun 2011?pernah tak terfikir nyawa kita akan padam pada tahun 2011? dah puaskah kita hidup? Apa lagi impian yang tak tercapai.

Kesimpulannya kawan, kalau takut mati..yang bujang tu, cepat merasa kahwin. yang kahwin tu cepat merasa jadi bapak atau mak.Yang banyak buat dosa cepat sedor diri. yang banyak pergi oversea tu, Haji dah pergi ke belum? Yang nak cepat kaya tu, mmm kongsi2 le tips..aku taktau. aku pun nak kaya beb.

Selamat Tinggal 2010.
Blog aku still on brader.walaupun bajet burst.oh yeah?

oh yeah...