Filem exploitasi dari Hong Kong ni memang garang habis..sempena selsema dan sakit-sakit ni buat kan aku teringat pada filem ni..tapi watak Ah Kai dalam cerita ni memang bapak setan jahatnya..orang yang bertanggungjawab buat huru hara dan menyebarkan virus Ebola..dah la jahat, jadi pembawa virus penyakit pulak tu.Adegan pertama Ah Kai cuba merogol bini bos dia tapi kantoi dengan bos dia.Tapi Ah Kai berjaya membunuh bos dan konco-konco dia dengan kejamnya..kemudian membunuh bini bos dia..kemudian baru je Ah kai nak membakar anak bos dia, Akhirnya tak jadi setelah jiran sebelah perasan dan Ah Kai pun melarikan diri..
Ah Kai melarikan diri ke Afrika Selatan dan bekerja di restoran cina di sana serta tinggal bersama bos barunya..Di Sana Ah Kai turut membuat hal di mana Ah Kai tak tahan di buli oleh bini bos dan orang putih di sana, lalu Ah Kai pun berang dan membunuh Bos barunya bersama bini bos baru tu..Sebelum tu Ah Kai dah dijangkiti Virus Ebola setelah merogol orang Asli Afrika..
mayat bos dan bini dia tadi Ah Kai cincang-cincang dan buat hidangan daging berger di restoran tersebut..melalui makanan tu habis tersebar virus Ebola di serata Afrika selatan..Ah Kai jugak merompak wang-wang dari Bos dia dan gunakan wang tu untuk balik ke Hong Kong..
Sampai kat Hong Kong, Ah Kai mula menyebarkan virus Ebola pula di sana..dengan kelicikan Ah Kai polis-polis sangat sukar nak menjejaki dia..semakin ramai orang dijangkiti virus maut ni..sehinggalah watak budak kecil yang dulunya Ah kai nak bakar tu muncul di Hong Kong..dan dengan bantuan perempuan tu, barulah Ah Kai ditemui dan memang drastik gila la kematian Ah Kai..
filem ni bagi aku memang terbaik dari segi pembawakan watak dia..lakonan Anthony Wong memang jadik..filem ni memang antara 10 filem gore terbaik yang aku paling suka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan