Jumaat, 30 April 2010

Prihatin.

Pagi tadi masa nak pergi kerja aku layanla MTV kat TV kan, pastu munculla video klip lagu Harapan Tanpa Suara nyanyian artis-artis Malaysia pasal kempen prihatin yang motifnya untuk memberi kesedaran dan pencegahan pembuangan bayi..



Jadi, terlintasla kat kepala aku ni pasal berita-berita yang selalu ditengok, dibaca, didengar kat media-media..yelah memang gejala yang sudah semakin meruncing..sesiapa pun yang punya Otak mesti sedih, marah & simpati dengan perkara ini..Kenapa ada manusia yang sanggup buang malah ada yang bakar bayi itu kan..apalah dosa.tetapi sebagai masyarakat apa pula tindakan kita?

kempen yang dijalankan tu berhasil ke?
berita pembuangan bayi tetap keluar...

perkara ini bermain di fikiran aku sambil aku memandu kereta..Aku tak mahu melihat pada perkara yang besar-besar..cukuplah aku melihat di persekitaran yang berlaku pada keluarga aku, jiran-jiran..dimana gejala sosial yang berada di mana-mana..mempengaruhi juga keluarga aku..terjadi kepada adik aku..tetapi aku tak mahu mengulas lanjut di sini..

Yang penting di sini adalah mangsa itu..bayi itu..jagalah elok-elok seperti juga kisah kucing di kampungku..yang aku rasakan patut menjadi ikon kepada konsep "‘anak orang anak kita’."

Ibu kucing dalam gambar ni, mempunyai 3 ekor anak je..kakak aku menjumpai 2 ekor anak kucing yang dibuang tidak dibela oleh manusia..lalu dia ambil bawa balik..(dalam gambar yang berwarna putih tompok tu..) kesian jer tengok anak kucing tu mengiau-ngiau nak susu ibu kucing..lalu kitorang ni cuba lah ambil anak kucing ni dan bawa ke ibu kucing ni untuk menyusu sekali dengan anak dia..betapa terkejutnya kami di mana ibu kucing ni baik betul bagi anak kucing yang lain ni menyusu dengannya..dan sampai sekarang pun si ibu kucing ni memberikan belaian sama rata kepada anak dan anaknya yang baru itu...

Apakah nilai etika kucing lebih bagus dari manusia zaman kini?
ataupun kasih sayang itu terhapus disebabkan banyak sangat tengok cerita horror/ gore?
ataupun sebab kucing tak digoda syaitan berbanding manusia?
ataupun having fun?..

Khamis, 29 April 2010

mudah.

Cerita yang nak aku kemukakan ni amatlah mudah. Semudah kelip mata, dan tak perlu di fikir panjang..tapi kenapa perkara mudah kadang kala tidak dianggap mudah?

Terpulanglah kepada orang itu kerana ini hanyalah riadah..tetapi sebabkan dah memang orang itu mudah untuk malas. Jadi perkara yang mudah tidak di endah dan bukan satu kesalahan pun..sikap mudah itu takdelah menyusahkan..tetapi perkara lama memang bukan mudah untuk di jadikan perkara baru..Aku pun kadang kala leka akan perkara yang mudah-mudah. kerana tidak dipermudahkan dari dahulu..sudah tabiat..memang perkara ni mudah diungkapkan dengan pepatah ini

" bersusah dahulu bersenang kemudian "

Jawapan mudah kepada perkara yang aku asyik susahkan dari tadi ni adalah peristiwa aku pergi Ke masjid untuk bersembahyang Jumaat tadi..hehe..memang majoritinya nak masuk ke masjid selipar di letak menghala ke arah masuk masjid..kerana...mudah bukan? takde masalah pun..

tapi kalau cuba bila nak masuk ke masjid selipar diletakkan menghala ke arah untuk keluar masjid...mudah juga kan? susah ke? aku cuba la lakukan perkara yang memang kadang-kadang aku lupa buat.

OK keadaan bila sudah selesai semua keluar ke masjid apa jadi?..sama saja kan..tetap boleh pulang dengan jayanya..tapi aku rasa aku lebih mudah dan cepat untuk keluar kerana aku sudah permudahkan terlebih dahulu ketika hendak masuk masjid tadi..

Jadi aku rasa ini adalah amalan yang menunjukkan sikap tak perlu untuk mudah..kerana malas menjadi mudah..tak perlu disusahkan perkara yang mudah..tetapi kesannya adalah seperti pepatah di atas tadi..itulah realiti.

Rabu, 28 April 2010

Nak sangat kan?

Ok ni khas untuk entry kat bawah ni..ha nah ko nak sangat berhibur kan?Sabtu ko cuti kan..jangan ngada, minggu ni dah la tak balik Pahang jumpa bini..tak balik dengan Namo untuk praktis dengan Toxictoy..Yelah nak wat camne kan kena kerje hari Ahad..Takpe-takpe..Yang penting Sabtu nih engko nak pergi ke tak?

Ahad nyer pulak...

hmmm....

Nyibuk!


Memang dah takde peluang ni!.kenapalah time aku nak berhibur sikit ada je tak ngam masanya. Dulu time nak main kat JB sama tarikh dengan aku kahwin pulak, minggu lepas nak main futsal kena pergi kursus BTN pulak,kali ni nak pergi berGONjeng kena kerja malam pulak..Adakah ini petanda untuk aku bersara?!..Hanjeng betul.

Selasa, 27 April 2010

playlist.

Huh, hari ni keje macam tak keje.Masuk pukul 2 petang, pukul 3 lebih dah pergi cafe minum petang..masuk keje balik pastu 6.30 petang dah kuar pulak pergi Alam Setan (plaza Alam Sentral)..kalau dah bertemu si Pamex memang ada jer program kitorang..tapi kali ni bukan nak cerita pasal kami yang dah memang serabai kepala nak itu ini..nak cerita pasal petang tu si Pamex nak beli Car Modulator untuk nak buat main playlist lagu die la..dalam kereta..pergi la usha kat PAS kan..jadi terpikir la pulak aku kan nak share kalau engko ada modulator apa playlist lagu engko hari-hari?..kan dah mudah copy jer lagu dalam thumbdrive pastu kasi cucuk kat CM tu..ha dah bleh main lagu kegemaran..tapi apakah lagu anda itu?

Ok, welcome to anti-radio song.
Engko mesti dah muak atau bosan dengan lagu yang main kat radio kan, sebab tu nak guna CM..
Ok sebabkan sekarang aku dah pindah Klang jadi jauh perjalanan ke tempat keje..dulu aku sumbat banyak-banyak lagu kat thumbdrive nak main dalam kerete tapi pegi keja tak sampai 10 minit dah sampai..lagu pon boleh main 2,3 jer..sia-sia je letak banyak-banyak.

Tapi sekarang hah,25 minit baru sampai ke tempat keje..baru la boleh puas sikit layan lagu dalam kereta..hehehe..ok playlist aku hari ni..aku memang duk syok layan band Ska/punk/core :

my playlist today.

1. Fruity
2. Catch22
3. Operation Ivy
4. Duck Missile
5. Assorted Jelly Bean
6. Scafull King
7. Dance Hall Crashers - He Wants Me Back
8. Mephiskapheles - Introduction to the Yellow Passion
9. Teddy Ska Band
10. Stick No Bill
11. Jet Coaster
12. Black Sky- sisi
13.
Arigatoo - Petualangan VW Combi
14. Djaua - Nona Manis
15. The Larks

Memang best skankin dan banging dalam kereta!~
let's share what's your playlist now...

Isnin, 26 April 2010

Aman.

Walaupun 2 hari berkunjung.Rasa tak cukup balik kampung, bertemu isteri, mak & bapak..itu pun sebulan 2 kali juga balik, Rumah di sana perlu diuruskan, dipenuhi dengan aura kasih sayang agar tak sunyi.Jadi, aku mesti mewujudkan suasana keluarga barulah Ellia rasa tak seperti rumah bujang..hehe..walaupun ruang kosong masih banyak perlu diisi..keadaan seperti padang jarak padang terkukur atau suasana koboi inilah senang untuk kami berlari-lari anak, kejar mengejar di dalam rumah..nanti dah diisi dengan perabot dah tak boleh dah..apapun sedikit demi sedikit akan kami penuhi rumah itu dengan lebih kasih sayang tapi bukannya sofa-sofa pun..hahahha..

ikutkan hati aku ni, aku nak ada ruang bacaan je dah cukup, nak adakan satu sudut mini library..dan bilik tayangan yang lengkap dengan sistem audio yang berdentum..

ruang tayangan kami yang ringkas..

Hari Sabtu tu terpaksa pulak tunggu Ellia habis sekolah..dia mengajar kelas ganti..jadi dari pagi sampai tengahari kena tunggu dia, sementara tu adala juga aku yang pemalas ni sapu-sapu halaman depan rumah tu, kemas-kemas sikit apa yang patut.Perut lapar tapi gagahkan jugalah nak tunggu bini balik baru la makan kan...Rehat-rehat sambil layan TV, bukak Laptop layan tenet..teringatla pulakkan cerita Ellia dengan anak muridnya bersukan..hias-hias rumah sukan..

kahkahkah..boleh tahan rumah biru..maskot arnab..ni semua idea Ellia.

Oh,aku sangat terlupa untuk buatkan air untuk Ellia ye..Sorry.penat ye dia balik kerja..tulah tak biasakan hidup dah berdua..tapi jarang-jarang berdua.lainkali aku akan lebih peka ye dengan keadaan begini..dan lainkali kita beli peti ais ye..barula boleh minum air sejuk..hehehe.

Petang tu kami gerak pergi ke rumah mak & bapak di Padang Piol.sebelum tu singgahla pasar malam pekena rangka ayam, yong taufu & satay..beginilah rutin kalau balik kampung..sekejap je dah hari Ahad..dan keesokannya aku dah kena kerja..perjalanan nak balik ke KL, Shah alam, Klang seorang diri rasa tak best je kan..tapi apa boleh buat..

takpelah, minggu seterusnya tunggu lagi I pulang ok..hehe..I tak kisah yang penting I aman di sana...

Sabtu, 24 April 2010

Tepat.

tu dia Semalam tepat pukul 5.00 petang..habis je keje terus punch card,thumb print.
terus bergegas keluar dari UiTM.terus menghala ke lebuhraya persekutuan, MRR2, dan lebuhraya karak..perjalanan sangat lancar hasil usaha tepati waktu..

Aku berjaya keluar dari kesesakan jalanraya petang Jumaat.