Pendedahan mimpi #2.
(siri mimpi pertama di sini)
Semalam aku bermimpi macam terlibat dalam satu drama, atau mungkin filem yang tiada kesudahan ceritanya..(kerana hari sudah pagi dan aku bingkas bangun tido dengan tanda tanya).
Mengikut pada ingatan aku yang samar-samar ni,mimpinya lebih kurang macam ni, Ada satu kumpulan remaja, lelaki dan perempuan terlibat sama, tinggal dalam satu rumah, aku tak tahulah rumah sewa atau kem,tetapi nampak seperti kem...
Tetapi ada jugak kelihatan macam tapak kilang dan sekumpulan remaja ni juga seingat aku adalah kumpulan pekerja kilang, tetapi terdiri dari pemuzik dan samar-samar juga aku ingin katakan mungkin banduan kepada satu organisasi atau kumpulan penjenayah...kerana ada satu ketika dua orang remaja ini keluar rumah tetapi diburu oleh sekumpulan makhluk yang tak pasti samada manusia atau alien, atau robot, yang pasti ianya sememangnya ganas..mengejar dua remaja tadi..
Yang peliknya salah satu remaja yang terdiri dari lelaki dan perempuan ini kelihatan seperti kekasih, dan automatiknya watak lelaki itu tiba-tiba adalah aku, dan perempuan itu adalah isteri aku.pandangan kali ini adalah seperti wayang filem found footage di mana aku melihat pandangan goyang-goyang, seperti berlari, dan imej dalam kelajuan.Sambil memegang tangan kekasih,kami berlari ke sana kemari, dan aku masih ingat debaran melihat mahkluk yang seperti bayangan ini seperti memegang senjata berat tetapi tak melepaskan tembakan hanya mengejar.
Ada satu part ni dimana aku bersandar,menyorok di satu hujung dinding,kemudian aku mencapai batu dan menunggu bila muncul saja bayangan itu aku akan mengetuk kepalanya..
Kemudian pandangan aku tiba-tiba pada scene balik rumah, rumah sewa barangkali bersama-sama geng remaja awalnya tadi..kali ini seingat aku ada kumpulan yang bercerita ternampak hantu ketika hendak pulang ke rumah..
Ada juga scene di mana kami satu rumah ni mandi bersama-sama di mana rumah itu kelihatan usang pula, seperti mandi di kolej asrama,scene di bilik mandi dengan air pancut berderet sambil persekitaran kelihatan hutan, semak samun dan sekali lagi ada kelibat asing yang memerhati dan ahli-ahli yang mandi kali ni muncul imej orang yang aku kenali..(kawan aku yang tak perlu aku sebutkan di sini). yang bestnya kami mandi pakai spender tanpa segan silu dan bertukar-tukar sabun mandi..sehinggalah tinggal berduaan(lelaki) dan masa ni timbul perasaan seram.lagi sekali kelihatan imej memerhati, aku dan kawan aku tu bertanya sesama sendiri kemana lagi kawan-kawan yang lain pergi,kemudian aku menjeling di celah-celah semak dan hutan, kelihatan kawan-kawan yang lain tadi sedang enak bermandi swimming pool berbikini (wanita mat salleh kot) dan berspender bagi pihak lelaki.imej kali ni memang vintage dan seperti imej mat salleh sedang berparty sakan di dalam hutan sambil mandi kolam dengan gembira..
Pengakhiran cerita ini adalah sangat pelik, sebelum aku tersedar dari lamunan, aku dapat lihat imej yang seperti ending kredit di mana jelas sekali cerita yang aku mimpikan malam tadi adalah bertajuk " Cinta Amar Amir"dengan tulisan berwarna oren dan memakai font seperti airbrush.Ahhh..peliknya!